11:06 p.m
Lay pulang dari rumah agam nya dengan membawa pulang sebuah kotak hitam..
Dia menaiki tangga rumahnya dan terus ke bilik. Baru sahaja masuk, Lay ternampak Lyia sedang lena tidur di atas katil , namun hanya tidur ayam.. Lyia tersedar apabila terpandang Lay berdiri di depan pintu bilik .
Lyia bangun dari tidur dan pandang Lay sedang berjalan ke arahnya..Lay duduk di tepinya di atas katil.
"Sayang tunggu ke?" Soal Lay.. Lyia senyum biasa..
Lay juga senyum dan bagi kotak hitam itu pada Lyia..
"Apa ni?" Soal Lyia
"Buka jelah" Lay
Kotak itu berisi kain lembut berwarna putih. Lyia membuka luas baju itu. Sehelai baju gaun serba putih dan cantik.
(Baju seperti di atas)
Terpegun Lyia memandangnya
"Untuk saya?" Soal Lyia, Lay angguk biasa
"Tak perlu pun cikgu beli, sudah banyak baju putih yang makcik itu bagi.." Kata Lyia..
"Yang orang tua tu bagi , semua nya buruk , murah ." Kata Lay, Lyia diam sambil pandang baju yg dipegangnya
"Saya nak sayang pakai baju ni esok." Lay sambil pandang gadis itu
"Mesti ada sebabnya... kan?" Lyia
"Sebab kawan saya datang ke sini esok.. Dia baru pulang dari Thailand. Jadi, saya nak awak pakai dengan cantik, biar dia tahu sejahat mana pun saya, saya pandai jaga awak." Kata Lay sambil usap rambut Lyia .
"Penting sangat ke kawan awak tu?" Soal Lyia lagi
"Tak sangat pun.."
"Dah lah, saya nak mandi.. Tolong buka butang baju boleh tak?" Lay perbetulkan kedudukan nya dan menghadap si Lyia itu.
"Huh!?" Lyia dalam kebingungan
"Buka jelah..." Lay pandang Lyia dengn lama.. Lyia berdehem seketika dan buka butang baju itu satu persatu. Lay tersenyum sambil belai rambut pendek Lyia yg ekar itu.
"Saya nak tidur..." Lyia buka butang bajunya hanya separuh dada dan baru sahaja dia merebahkan kepalanya pada bantal, Lay tariknya dan masuk kedalam pelukan maut.
"Cikgu ! Apani.." Lyia merungut dlm pelukan hangat itu..
"Maafkan saya apa yg berlaku hari ini.." Kata Lay , pelukan maut itu semakin kuat rasanya. Dia bagi ruang sedikit supaya Lyia boleh mendongak ke arahnya.
Lay senyum pandang Lyia dan lepaskan pelukan itu dn segera masuk ke bilik mandi.
Lyia yg atas katil tersenyum biasa kemudian gelengkan kepalanya. Kenapa kau Lyia? Kau jatuh hati dengan iblis tu ke?! Lyia terus balutkan dirinya dengan selimut.
_______________________________________
YOU ARE READING
Killers (Psycho) 2
TerrorTOLONG AKU ! AKU DICULIK ! AKU TAK TAHAN LAGI ! AKU DISEKSA ! AKU TAK SUCI LAGI ! AKU JADI BAHAN PEMUAS NAFSU DIA! AKU DAH SERIK ! AKU BENCI DIA ! DIA MENGANIAYAI KAWAN AKU ! DIA SEKSA KAWAN AKU ! DIBUNUH ! DITIKAM DENGAN KEJAM ! SANGGUP KAU SEKSA P...