7

79 17 0
                                    

Xiumin menghantar Jihyo balik.

"Jihyo..awak betul betul maksudkan ke apa yang awak cakapkan tadi?'' Soal Xiumin. Jihyo senyum. Dia memandang kedalam mata Xiumin lalu mengangguk. "Saya betul betul makdsudkan apa yang saya cakap. Tapi...'' Ayat Jihyo tergantung.

"Tapi?'' Soal Xiumin bila Jihyo tidak menghabiskan ayatnya. 

"Tapi saya tak layak untuk awak. Awak berhak untuk mendapatkan yang lebih sempurna daripada saya. 

"Apa yang awak merepek ni?" Soal Xiumin.

"Xiumin, masa saya tak panjang. Saya akan tinggalkan awak suatu hari nanti. Saya tak mampu...saya tak sanggup.." Airmata laju mengalir dipipi. Entah kenapa dia takut. Takut untuk berpisah dengan orang yang dia sayang. Xiumin menarik Jihyo kedalam pelukannya. Airmata jihyo makin laju mengalir. Dia sebak. 

"Jihyo...Izinkan saya untuk terus berada disisi awak. Berkongsi rasa sakit ni sama sama. Izinkan saya untuk sayang awak walaupun dalam masa yang singkat." Ucap Xiumin.

"Xiumin, terima kasih. Terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya waktu saya susah."

******************************************************************************************

Pagi pagi Jihyo sudah bangun untuk menyiapkan sarapan. Eunji kedapur lalu mengambil air didalam peti sejuk. "Eunji, mari makan. Unnie dah siap masak.'' Ajak Jihyo. "Eunji..Unnie minta maaf. Semua ni salah unnie.'' Ujar Jihyo bila Eunji tidak mengendahkannya. Eunji serba salah. Dia tidak salahkan Jihyo malah dia tidak salahkan Wonwoo. Dia salahkan dirinya sendiri. Dia tak patut ada perasaan macamtu.

"Unnie tahu unnie bukanlah unnie yang baik tapi unnie nak Eunji tahu yang unnie sayangkan Eunji. Unnie sedar unnie tak dapat nak bagi yang terbaik untuk eunji." Ujar Jihyo. Eunji pantas berlari memeluk Jihyo. Dia tidak suka dengar apa yang Jihyo cakapkan. Baginya Jihyo adalah yang terbaik. 

"Unnie, unnie tak salah pun. Eunji minta maaf. Bagi Eunji unnie lah yang terbaik. Eunji sayangkan unnie. Mianhae.'' Jihyo memeluk erat Eunji. 

'Eunji, unnie minta maaf sebab terpaksa tinggalkan Eunji suatu hari nanti.'

*******************************************************************************************

Loceng rumah Jihyo berbunyi. Eunji pantas bergerak membuka pintu. Wajah Wonwoo muncul didepan pintu. Sedikit janggal. "Masuklah.'' Pelawa Eunji.

"Eunji, aku nak cakap dengan kau.'' Eunji mengikut langkah Wonwoo.

Taman..

"Aku nak minta maaf." Wonwoo memulakan perbualan.

"Aku yang sepatutnya minta maaf dengan kau. Aku tahu aku tak patut ada apa apa perasaan dekat kau." Ujar Eunji. Wonwoo memandang Eunji lama.

"Tak payahlah pandang aku macam tu. Aku betul maksudkan apa yang aku cakap. Aku tak nak sebab benda ni hubungan kita jadi tak baik. Aku tak nak Jihyo unnie sedih tengok kita gaduh.'' Ujar Eunji. "Kau betul sukakan Jihyo unnie ke?" Soal Eunji bila wonwoo hanya diam.

''Ya. Aku sukakan Jihyo. Tapi aku baru sedar yang suka aku dekat Jihyo sebab dia baik. Sebab dia ambik kisah pasal aku. Aku baru sedar yang perasaan ini bukannya perasaan cinta. Mungkin sebab aku takde noona kot." Ujar Wonwoo lagi.

"So, kita dah okey?" Soal Eunji cuba mengalih topik. Wonwoo senyum lalu mengangguk.



***********************************************************************************

Wonwoo dan Eunji bergegas masuk kedalam hospital. Selepas mendapat panggilan daripada Xiumin yang mengatakan Jihyo masuk hospital, cepat cepat EUnji dan wonwoo bergegas ke hospital. Sungguh Eunji risau. 

"Oppa! Macamana dengan Unnie? Kenapa sebenarnya dengan Unnie?" Soal eunji risau. Xiumin diam. Dia memandang eunji. Mungkin sudah tiba masanya dia menceritakan perkara yang sebenar.

"Eunji, oppa harap lepas oppa bagitahu ni, Eunji sabar ye. Sebenarnya...'' Xiumin menceritakan perkara sebenar. Laju airmata eunji jatuh berguguran. Wonwoo terduduk mendengar apa yang diberitahu Xiumin. Tak sangka Jihyo sanggup merahsiakan perkara sebegitu dari mereka. 

Doktor yang merawat Jihyo keluar dari bilik itu. Eunji terus menerpa doktor itu. ''Doktor, macamana dengan keadaan unnie saya? Boleh saya masuk?'' Bertalu talu soalan diajukan kepada doktor itu. Wonwoo menenangkan Eunji. "Masuklah" Doktor itu mengangguk lalu membenarkan mereka untuk masuk. 

Jihyo yang terbaring lemah di katil tersenyum melihat orang orang yang dia sayang.

"Unnie..." Eunji tidak dapat menahan sebak. Dia terus berlari meluru memeluk Jihyo. Tidak dapat dia bayangkan kalau Unnienya tiada. Dengan siapa dia mahu bermanja? Dengan siapa dia mahu bergurau? Dengan siapa dia mahu hidup nanti?

"Sampai hati unnie rahsiakan penyakit unnie? Kenapa Unnie buat Eunji macam ni? Unnie tak sayangkan eunji ke? Unnie takkan tinggalkan eunji kan?" Soal Eunji bertalu talu. Jihyo hanya senyum. Sebak rasanya. 

"Eunji....Unnie minta maaf. Unnie cuma tak nak eunji risau.'' Jawab Jihyo. Sungguh dia risau, siapa akan menjaga donsaengnya bila dia tiada nanti.

You Are Not AloneWhere stories live. Discover now