Asap rokok memenuhi ruang bilik gelap itu. Di atas meja, kelihatan beberapa botol minuman keras yang masih penuh dan sebahagian lagi sudah diminum. Botol- botol yang lain berjatuhan di atas lantai.
"Arrr!" Takiya mencucuhkan hujung rokok di atas meja dan dia terus bangun dari sofa membawa sebotol lagi minuman keras bersamanya. Dia membuka pintu balkoni dan dia duduk di kerusi malas memerhatikan langit gelap yang ketika itu sedang mendung. Hujan akan dimuntahkan dari langit sebentar lagi.
Wajah dan senyuman Blues bersilih ganti dalam ingatannya.
"Kau boleh benci saya Blues, tapi kau akan tahu, suatu hari nanti. Semua yang saya buat ni disebabkan kau. Bila semua dah berlaku, kau pula hilangkan diri... saya dah tak boleh putar masa. Saya dah terlalu jauh..." Takiya bercakap sendirian. Dia menganggap Blues sedang duduk di kerusi sebelahnya ketika itu.
Takiya melayan rasa terkilan dan sedihnya sekejap sahaja. Dia bosan membiarkan diri dalam kesedihan mengingati Blues lalu dia pun meninggalkan tempat persembunyian rahsianya. Tiada siapa yang tahu tempat itu termasuk semua pengikutnya. Dia tidak percayakan sesiapapun dalam kalangan mereka.
Selepas kejadian di Mansion Goren, Takiya yakin Goren sudah mati. Dan dia yakin, Blues telah menyaksikan itu semua.
Menurut pengikutnya, Blues telah diselamatkan oleh dua orang lelaki yang mereka tidak kenali. Pengikutnya dibelasah dengan teruk sekali. Takiya mengambil langkah drastik dan membawa mereka semua pergi dari situ. Takiya sempat menoleh ke arah Goren yang terlentang dan dalam keadaan nyawa- nyawa ikan.
"Maafkan saya Goren. Saya hanya mahukan Blues. Saya dah janji dengan dia... sebab tu saya buat ni semua." Takiya memberikan penghormatan terakhir dan dia terus pergi dari situ tanpa berpaling lagi.
♥️♦️♠️♣️
PULAU HARPER
Tiba sahaja di Mansion, Orange dan Isterinya sedang minum petang di taman. Meredith meniup instrumen harmonika. Muzik yang dia mainkan membuat Blues terus memandangnya tanpa bergerak lagi. Willy masuk ke dalam mansion tanpa mempedulikan semua itu. Bunyi tiupan instrumen Harmonika sangat indah. Blues mahu duduk di Situ dan mendengar tiupan harmonika itu sehingga habis tapi beberapa orang pembantu rumah mendekatinya dan membawanya masuk ke dalam mansion.
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...