Dia mengingati perbualannya dengan Alisya tadi siang. Memori silamnya kembali berputaran, seperti baru sahaja semalam ianya berlaku.
Bermain-main di benak fikirannya, menganggunya...
Menemani Alisya dan membantu Alisya mencari memori lama, membuatkan dia jua kembali mengingati semuanya..
akan setiap butir bicara dan kisah mereka.
Adakah ini betul?
.
.
.
" Hachooo!! "
" Bersin je kamu ni dari tadi.. "tegur seorang wanita di awal usia 30-an. Neal tidak menjawab, sebaliknya lincah mengambil lauk ikan goreng ke nasinya. Kemudian bergerak hendak kembali ke biliknya.
" Neal, Nak pegi mane tu? Makan di meja makanlah. "
" Neal nak ulang kaji lah mak. Periksa nak dekat .. Achoo! Achoo!"
Neal bersin lebih teruk. Hingus meleleh dilapnya cepat-cepat.
" Kamu tak sihat ke ni?"
Dia mendekati Neal lalu meletakkan tangannya ke dahi Neal, cuba menjangka suhu badan anak tunggalnya ini.
" HAchoo!... takde pape la mak..hidung gatal jer. Achoo!" Neal menolak lembut tangan ibunya.
" Kamu ada simpan kucing ke?"
" Tak de lah, mana ada.. " bohong Neal.
" Kamu jangan macam-macam Neal. Kamu tu alergik teruk dengan bulu kucing tau!.." marah ibunya mengingatkan.
" Takkk... HAchoo.." balas Neal.
Neal terus masuk ke biliknya sambil diperhatikan oleh ibunya yang masih rasa suspicious. Sebaik sahaja masuk, dia mengunci pintu lalu mengeluarkan NEyAL yang diletakkan di dalam kotak kasut yang disembunyikan di bawah katil.
Miow! Miow!
" Shh...."
Neal memberikan ikan goreng yang telah digaul bersama nasi untuk NeYaL. Sambil memerhatikan NEyAL makan, dia mengusap-usap bulu NEyAL.
" Achoo! Haichuu!! "
Neal mengambil tisu dan menghembus hingus. Digosoknya hidung dan matanya yang mulai gatal. Memang dia tahu dirinya alergik dengan kucing, tak boleh lama-lama bergelumang dengan bulu kucing, tapi dia sengaja tidak memberitahu Alisya tentang itu. Lebih-lebih lagi bila tahu Alisya sangat sukakan kucing.
Kemudian, apabila mereka terjumpa NEyAL dalam longkang semasa dalam perjalanan ke sekolah, Neal terus tahu yang Alisya sudah jatuh hati dengan anak kucing yang comel ini.
Jadi, apabila Alisya kata dia hendak menjaga Neyal secara sembunyi, Neal ikutkan sahaja. Baginya, jika dapat menemani Alisya, bermain dengan Alisya, melihat tawa dan cerianya, Neal boleh hadapi alergik ini.
Alergik bukannya bahaya sangat.
" Hachoo!!..."
Wajah Neal terasa pedih dan bengkak. Dia baring di atas katil. Dadanya turun naik dengan rancak. Terasa sangat sukar untuk dia bernafas.
Neal terlena.
.
.
Titisan air terasa menitis di dahinya. Hujan ke?
Neal membuka matanya dan terkejut saat melihat Alisya sedang menangis di sisi nya . Dia memerhatikan sekeliling dan menyedari yang dirinya berada di hospital.
" Alisya?"
" Neal.. huhuhu.. Neal..." esakan Alisya semakin kuat.
" Kenapa ni?"
" Awak sakit sebab alergik dengan NEyAL. Apsal awak tak beritahu yang awak alergik dengan kucing?!" marah Alisya dalam tangisan yang masih tidak berhenti.
" Sebab.. saya tak tahu."
" Tipu! Mak awak cakap awak tahu!"
Neal tersenyum tipis. Kelakar pula melihat yang Alisya ni walaupun dalam tangis, sempat marah-marah jua.
" Sebab saya tak nak awak menangis...Saya akan buat apa saja untuk buatkan awak tidak mengalirkan air mata.." jelas Neal.
Wajah budak berusia 12 tahun yang sedang berlagak cool itu, Alisya renung. Serta merta air matanya mengalir deras macam banjir. Sampai meleleh-leleh hingusnya.
Berkerut-kerut muka Neal melihat keadaan ALisya yang comot itu.
" Eee...Awak ni selalu macam ni lemah sangat." kata Neal mengesat air mata Alisya.
" Tangisan awak buat saya tak selesa, jadi jangan menangis lagi.." pujuk Neal.
Alisya mengangguk.
Dia mengesat hingus dan air matanya, patuh dengan permintaan Neal dan cuba menahan diri dari terus menangis.
Neal senyum.
" Jangan menangis .. saya ada di sisi awak .. sentiasa."
.
.
.
.
Memori ini berakhir.
Neal masuk ke dalam rumah.
Siang tadi,dia ceritakan memori ini pada Alisya, tapi cuma sehingga takat itu.
Sengaja dia tidak ceritakan penamat memori itu.
Biarkan dia seorang sahaja yang mengingatinya..
.
.
.
.
.
Neal senyum.
Melihat Alisya yang comel itu sedang tersedu-sedan, cuba menahan tangis, hatinya tersentuh,
Dia mengosok lembut kepala Alisya. Memujuknya.
" Tahu tak saya sukakan awak sangat-sangat. " katanya.
" Saya lagi sangat-sangat suka kat awak. "
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...