Part 1 ✨

32 2 0
                                    


Triiiing!!!!

  Cuti musim panas telah berlalu. Sekolah kembali dibuka bagi permulaan sesi pembelajaran tahun baru. Kelas kembali dirombak. Beberapa wajah baru bakal ditemui.

  Wajah-wajah ceria penduduk pekan Seoul dapat dilihat pada pagi itu untuk memulakan aktiviti seharian masing-masing.

  Buk!

  Sebiji beg terhempas keatas permukaan tanah sebelum satu lagi beg turut mendarat berhampiran dengannya.

  Seorang pelajar perempuan dengan rambut yang diikat ekor kuda bersama uniform sekolah gagah memanjat tembok berketinggian dua meter di bahagian belakang sekolah itu. 'Han Na Mi' Jelas tertulis pada tag namanya.

  "Yaa, cepat sikitlah." Gerutu pelajar lelaki yang menjadi tangga bantuan untuk menaikkan si pendek Han Na Mi itu. 'Bae Jin Young'

  Pelajar lelaki itu memiliki ketinggian yang hampir mencecah 180cm. Sekali pandang wajahnya pergh handsome nak mati! Dua kali pandang dah boleh mati. 'Bae Jin Young'

  "Yarsh! Jangan pandang atas tak guna!" Tidak tentu pasal sahaja kasut Nami mendarat tepat diatas kepala Jinyoung yang sedang menjadi tangga Nami memanjat tembok belakang sekolah akibat daripada terlambat tadi.

  "Aku tak pandang pun lah! Cepatlah naik!" Pekik Jinyoung geram. Sudahlah bahunya menjadi landasan tapak kaki perempuan itu, kepalanya pula dihempuk kasut sekolah perempuan itu.

  "Senyap sikitlah! Nanti harimau polkadot tu jumpa kita!" Keras nada Nami separuh berbisik.

  "Salah kau lah kita lambat." Rungut Jinyoung yang tidak kenal erti serik.

  Dush!

  Ha. Sebelah lagi kasut Nami mendarat atas kepala Jinyoung. "Noona lah. Noona! Noona! Budak biadab!" Getus Nami meminta Jinyoung membahasakan dirinya sebagai 'kakak'.

  "Arasseo noona! Palli!" Jerkah Jinyoung yang kian menipis kesabarannya.

  Nami mendarat cantik diatas tanah lalu mencapai beg sekolahnya. Selang itu gadis itu mendongak melihat kasut sekolahnya dilambung Jinyoung pula dari sebalik tembok.

  Laju tangan Nami mencapai kasutnya yang sudah jatuh ke tanah. Namun, gerak geri Nami menjadi terhenti sejenak selepas melihat kelibat yang tidak seharusnya wujud sewaktu itu.

  "Yarsh!!! Saya nampak kamu! Berhenti!" Teriak seseorang dari jauh.

  Terlopong mulut Nami sebelum mendongak melihat Jinyoung yang baru sahaja memanjat tembok.

  "Jinyoung-ah! Annyeong! Harimau polkadot sampai! Pandai-pandai jaga diri!" Terus sahaja Nami mengambil langkah seribu terlebuh dahulu sambil menyandang beg sekolahnya bersama kasut di tangan.

  "Mwo?! Yaaa noona!!!" Jinyoung yang masih di atas tembok menggelabah melihat guru disiplin yang digelarkan harimau polkadot itu sedang meluru kearahnya.

  "Dapat kamu!"

  Tangkas sekali jari jemari guru lelaki itu menangkap cuping telinga Jinyoung yang masih di atas tembok.

  "Ah.. ah! Mian ssaem!!" Jinyoung sudah mengaduh kesakitan.

  Siapa tak kenal Mr.Kang atau gelaran popularnya harimau polkadot? Guru lelaki yang kerap mengenakan kemeja polkadot ini cukup digeruni semua pelajar.

  Terus sahaja Jinyoung tergolek diatas tanah apabila ditarik oleh guru disiplin tersebut. Merah cuping telinga comel milik Jinyoung.

  Nami yang sudah berlari dihadapan terlebih dahulu hanya tertawa geli hati meskipun ada rasa serba salah dalam dirinya. "Mian Jinyoung-ah..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

F.F.L (Fvck First Love)Where stories live. Discover now