Jungkook. Seorang jejaka yang amat kau benci kat sekolah. Kerja dia asyik nak kacau kau je. Kau ni pun reda je sebab malas nak layan. Makin layan makin jadi perangai si gigi arnab tu.
"Y/n!" Kau endahkan. Dasar attention seeker.
"Y/n~" Panggilnya dalam nada manja. Kau still palau dia even kau rasa geli sekarang.
"Y/n~~" Kau dah tak tahan dan kau pun toleh ke arah dia.
"Apa.." Cup! Satu kucupan hinggap kat bibir kau. Kau terkedu. Jungkook berdiri dan pergi kat geng dia, BTS.
"Dare aku dah selesai!" Ujarnya bangga. Ahli BTS yang lain tepuk tangan sempena kejayaan Jungkook.
"Tahniah Kook."
Kau hilang sabar. Kau pergi ke arah Jungkook dan pusingkan dia ke arah kau. PAP! Satu tamparan kuat kau hadiahkan kepada Jungkook.
"Dasar namja tak guna!" Kau pun blah dari situ. Berani dia permainkan perasaan kau? Ingat cium tu satu permainan ke? Kau kesat kasar air mata kau yang dah gugur. Geram. Tu yang kau rasa sekarang.
Kau pergi ke rooftop.
"JUNGKOOK TAK GUNA!! AKU BENCI KAU SEUMUR HIDUP AKU!!" Kau menjerit sepenuh hati. Kau lepaskan segala kemarahan kau.
"Y/n.." Panggilan tu membuatkan kau menoleh. Jungkook. Kau genggam tangan kau. Kalau boleh kau rasa nak tumbuk je biar jonggang gigi depan dia tu. Baru puas hati.
"Apa kau nak?! Tak puas lagi kacau hidup aku?! Tak puas lagi mainkan perasaan aku?! TAK PUAS?!!" Jerit kau geram. Genggaman tangan kau makin kuat.
"Y/n.." Jungkook mendekati kau dan sekali lagi dia cium bibir kau. Kau yang memang sudah bersedia menghadiahkan tumbukan padu ke perut Jungkook.
"Kau.. Dasar namja tak guna! Kau memang tak sedar diri kan?! Kau fikir aku ni siapa hah?! Perempuan murahan?!" Air mata kau sekali lagi menitis.
"Lepas ni aku taknak tengok muka kau! Dan jangan ganggu aku! AKU BENCI KAU!" Kau pun blah. Time kau lalu Jungkook, kau sengaja langgar bahu dia. Time tu, Jungkook pegang tangan kau.
"Y/n wait.."
"Lepaslah jantan tak guna! Jangan sentuh aku!" Kau cuba lepaskan tangan kau tapi Jungkook makin kuatkan pegangan.
"Lepaslah tak guna!" Kau meronta minta dilepaskan. Jungkook tarik kau dekat dan cium bibir kau lembut. Kau meronta namun Jungkook menahan pergerakan kau. Akhirnya kau membiarkan Jungkook mencium kau.
Jungkook lepaskan ciuman dan pandang kau. Kepala kau still tunduk. Bahu kau dipegang.
"Y/n... aku takkan pernah cium perempuan sembarangan. Aku cuma simpan untuk seorang perempuan yang aku sayang. Yang aku cinta." Jungkook mendongakkan kepala kau agar melihat dia.
"Dan orang tu ialah kau, Y/n." Kau mula menangis. Jungkook peluk kau erat.
"Aku benci kau, Jungkook. Aku benci kau!" Kau balas pelukan Jungkook.
"Shh... aku pun sayang kau." Ujar Jungkook sambil tangannya menepuk nepuk belakang kau. Kau menangis sepuasnya dalam dakapan Jungkook.
-TAMAT-
YOU ARE READING
Mini Fanfiction
DiversosFanfiction yang teramatlah pendek dengan idea yang taklah seberapa ada disini. Segalanya untuk hiburan semata mata.