Warn self harm!
Violence
18+ ⚠️Showtime
Ten berdiri di atas jambatan, matanya memandang ke arah tasik yang membiru di bawah jambatan.
Dengan perlahan, air matanya mula menitis pada pipinya. Dia merasakan dirinya tidak berguna.
Semua orang benci dia di sekolah, dia merasakan dirinya tidak berguna lagi di dunia. Ten memanjat palang jambatan dan berdiri di luar palang jambatan.
Ten menatap air tasik yang membiru dengan tatapan sayu. "Semua benci aku, even mak aku pun benci aku sebab papa dah pergi. "Sebak Ten, dia mengesat air matanya dengan kasar.
Ibu bapa Ten bercerai sebab ibunya seorang penjudi. Bapanya tidak tahan lagi dengan perangai ibunya dan mengambil keputusan untuk bercerai dan berkahwin lagi.
Sebenarnya bapa Ten masih menyayanginya dan mahu Ten tinggal bersama dengannya tetapi ibu kandungnya menghalang Ten untuk tinggal dengan bapa Ten.
Alasannya dia tidak mahu kesunyian. Tapi semua itu palsu, ibunya selalu balik lewat malam dalam keadaan mabuk. Ten sangat benci dengan sikap ibunya yang suka berjudi dan mabuk.
Ten menggeleng kepalanya. Dia nak akhiri semua yang rasa sakit dalam dada. Dia tidak mampu menahan rasa sakit itu lagi. Dia nak rasa sakit itu hilang.
Dengan membuat satu langkah dan dia pun terjun ke dalam tasik. Di dalam tasik, dia terkapai kapai sebab tidak tahu berenang. Dia berharap sangat yang dia akan mati.
Matanya berkedip dengan lemah memandang sekelilingnya.
Selamat tinggal dunia yang kejam
Dia memejamkan matanya, dia berharap dia akan menghembuskan nafaa terakhir dengan mati lemas. Namun belum tiba masanya Tuhan mengambil nyawanya. Seorang berenang ke arahnya dan membawanya balik ke darat.
Lelaki itu menarik tubuhnya ke darat. Dia membuat CPR agar Ten selamat. Setelah berkali kali mencuba, akhirnya dia berjaya. Ten terbatuk batuk dan air tasik keluar dari mulutnya.
Dia ingatkan dia dah mati tadi, dia memandang sekeliling dan ternampak lelaki yang menolongnya tadi. "Kau ok? "Tanya lelaki itu, jarak mereka snagat dekat dan Ten dapat merasakan nafas lelaki itu menyapu pipinya.
"A-aku ok... "Ujar Ten, dia bangkit dan memandang lelaki itu. "Terima kasih sebab selamatkan aku. "Ucap Ten sambil membungkuk hormat. Dia tidak tahu kenapa dia nak ucap terima kasih padahal tadi dia yang nak bunuh diri.
Tidakkah pelik itu.
Ten meminta diri untuk pulang tetapi lelaki itu mencegahnya. "Aku hantar kau balik, kau belum tentu ok lagi. "Ujar lelaki itu. Ten mengigit bawah bibirnya. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa, dia tidak suka diperhatikan sedangkan lelaki itu tidak memerhatikan dia.
"Bolelah, aku hantar kau balik, takut kau pengsan kat tengah jalan. "Ujar lelaki itu dengan nada risau. Akhirnya Ten mengangguk kepala, lelaki itu tersenyum memandangnya. "By the way, Aku Johnny. Kau? "Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Johnny menghulurkan tangan tanda nak bersalam.
YOU ARE READING
Your Favourite NCT Ships ✅
FanfictionJust NCT oneshot or two shot or three shot stories