Kakinya yang sakit tidak dihiraukan. Langkahnya kian dipercepatkan. Walaupun demikian, hatinya berbelah bahagi mengenangkan keadaan Mark, yang ketinggalan di belakang. Amara ingin berpatah balik mendapatkan Mark tetapi langkahnya serta-merta terhenti. Dia teragak-agak untuk terus melangkah.
“Amra, jangan ke sini! Selamatkan diri kau!” Teriakan Mark mematahkan hasrat Amara yang ingin kembali mendapatkannya. Kelihatan susuk tubuh yang amat dikenalinya, berdiri di belakang Mark, tetapi belumpun sempat Amara berbuat apa-apa, tubuh Mark sudah jatuh ke jalan berbatu kasar itu ditolak oleh lelaki itu. Mark mendongak dan cuba bangun. Cuba berhadapan dengan temannya itu, Joel Mardy. Sinis sekali wajah itu pada pandangannya.
“Kau fikir kau siapa hah?! Suka hati kau saja nak bawa perempuan tu keluar! Kau tahu dia tu sudah aku mark awal-awal!” Jerit Joel di muka Mark dengan marahnya. Kolar baju Mark dicengkamnya erat membuatkan badan Mark terangkat sedikit dan rapat ke badan Joel. Mark cuba mencari jalan untuk menenangkan Joel yang bagaikan dirasuk syaitan itu.
“Joe, jangan macam ni. Aku ajak Amra ke majlis hari jadi anak buah aku je. Semua pun aku jemput dan bukannya dia seorang saja,” ucap Mark cuba meredakan kemarahan lelaki itu. Namun sia-sia saja apabila Joel melepaskan tumbukan ke muka Mark. Mark jatuh sekali lagi ke jalan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Cairan merah yang mengalir dari hujung bibirnya tidak dipedulikan. Hatinya bimbang akan keadaan Amara. Gadis yang dikenalinya beberapa tahun yang lalu itu.Dilihatnya, Joel sedang menuju ke arah Amara yang tidak jauh dari mereka.
Amara cuba melarikan dirinya. Terkial-kial dia cuba memijak jalan yang berbatu kasar itu. Sebahagian dari kakinya luka teruk namun itu tidak dihiraukannya lagi. Dia ingin lari dari lelaki itu. Gila! Itulah yang dirasakannya kini. Air mata memang tidak pernah putus dari mengalir sejak adegan kejar-mengejar atas motor itu tadi. Rentapan di rambutnya menghentikan langkahnya. Amara menjerit kesakitan. Cengkaman di lehernya memaksa dirinya untuk menatap mata Joel dengan perasaan yang bercampur aduk. Joel tersengih sinis.
“Ooo...shhh...shut up your mouth bitch!!! Sukakan kau buat aku naik gila macam ni? Aku ajak kau keluar, kau tolak...tapi apabila jantan tak guna tu yang ajak kau, bukan main lagi kau eh?! Dasar perempuan murahan!” Joel melepaskan kemarahannya dengan cacian dan makian yang bukan alang-alang. Amara hanya mampu menangis menahan segala keperitan.
Joel kembali memegang dagu Amara kasar. Ditiliknya wajah gadis itu dengan mata liarnya memerhati segenap tubuh Amara yang hanya dibaluti singlet dan slim jeans itu. Cantik. Kecil-kecil molek. Amara makin mengongoi ketakutan. Matanya turut memandang mata Joel. Joel cuba mencium bibir Amara tetapi tidak kesampaian apabila Amara menolak tubuh Joel kasar. Terkebelakang sedikit Joel kesan impak tolakan itu. Apalagi naik minyaklah Joel dengan tindakan Amara. Ditariknya tubuh Amara rapat dengannya. Ditamparnya pipi Amara yang tembam itu kedua-dua belah.
Berpinar mata Amara seketika.Telinganya berdengung. Kepalanya seakan-akan mahu tanggal dari tubuhnya tatkala menerima tamparan bertubi-tubi itu. Amara jatuh dan terbaring di jalan. Pandangannya seakan gelap. Pipinya terasa pijar. Panas. Joel terus menghampiri Amara berserta sebuah topi keledar. Rasa marahnya masih lagi bersisa. Saat dia cuba menghentam topi keledar itu ke muka Amara, Joel ditolak dari belakang. Mark bertindak menjadi hero demi menyelamatkan Amara dari terus menjadi mangsa Joel.
“Lari Amra!!! Masuk rumah tu dan kunci pintu!” Teriakkan Mark menguatkan hati Amara untuk bingkas bangun dan melarikan diri menuju ke rumah kompeni yang terletak bersebelahan jalan. Joel panas dengan tindakan Mark. Tanpa mempedulikan kecederaan yang dialami oleh Mark, Joel membelasah Mark semahunya, sampai lembik tubuh Mark. Puas hatinya melihat Mark yang seakan lunyai dikerjakannya. Diludahnya ke badan Mark yang terlantar lemah.
*********************************************************************
Air mata yang mengalir sedari tadi dibiarkan tanpa diseka. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Ketakutan jelas terbayang di wajahnya yang sedang menahan kesakitan. Darah yang mengalir dari rekahan bibir mungilnya tidak dipedulikan. Yang penting baginya saat ini, tempat untuk dia membolos dan menyembunyikan diri dari lelaki durjana itu.
Tap!Tap!Tap! Tapak kaki yang mula kedengaran mendekati ruang itu, menambahkan rasa gementar di hatinya. Amara mulai menangis. Tertahan-tahan suaranya. Jelas tidak menyukai keadaan genting itu. Pandangannya terarah ke sebuah bilik kecil kosong di sudut banglo sederhana itu. Selaju mungkin, Amara melarikan dan menyembunyikan dirinya di situ. Ditekup mulutnya menahan suara tangisannya agar tidak kedengaran dan menarik perhatian pemburunya itu. Derap kaki kian kedengaran dan tiba-tiba menghilang.
“Come on Amra!!! You can hide but you can’t run, baby,” laungan suara lelaki itu jelas kedengaran di luar bilik persembunyiannya, disusuli dengan irama siulan yang amat dibencinya. Irama yang seakan sebati dengan diri lelaki jahat itu. Seolah-olah mengolok dan mengejek akan dirinya yang lemah.
Terasa air liur kesat di kerongkongnya. Menggigil tubuhnya menahan kesakitan dan ketakutan yang melanda dirinya saat ini. Amara sedar keadaan tidak memihak kepadanya. Pintu yang ditahan sejak tadi ditolak kasar oleh lelaki yang amat ditakutinya itu. Amara terpelanting ke belakang. Jatuh dan tubuhnya terhentak kasar ke lantai bilik yang suram itu.
Di hadapannya kini, kelihatan sesusuk tubuh kekar yang tinggi menatap sinis kepadanya. Perlahan-lahan lelaki itu mencangkung menghadapnya. Amara mengengsot ke belakang. Cuba untuk menjauhkan diri dari lelaki itu. Joel tersengih sambil melurut-lurut dagunya. Matanya meneliti segenap pelusuk tubuh Amara yang terdedah. Cantik dan menarik sekali. Dirapati lagi tubuh Amara yang kini tersandar di dinding. Tidak ada tempat lagi untuk Amara mengelak.
Joel memegang dagu Amara kasar. Memaksa si gadis untuk menatap wajahnya. Amara terpaksa menghadap muka yang digeruninya itu. Tajam matanya merenung ke mata Joel. Dalam takut ada beraninya juga dia untuk menghadap makhluk di depannya itu. Semakin lebar sengihan seram di wajah Joel. Dijilat bibirnya sendiri penuh ghairah. Pipi Amara yang kelihatan agak tembam itu, diusapnya lembut. Terketar-ketar bibir Amara mahu menuturkan sesuatu.
“Please, Joe…maafkan aku. Aku janji aku takkan buat lagi,” rayuan Amara mengundang gelak besar jejaka berhati hitam itu. Amara tahu keadaan menjadi semakin susah. Dia juga tahu bila-bila masa sahaja, tubuh badannya akan menerima habuan yang memeritkan daripada Joel.
“Amra…Amra…Amra…kau fikir aku bodoh?! Kau tahukan benda-benda yang aku tak suka, tapi kau buat juga. Susah sangatkah hah?!”Keras suara Joel membentak seraya menarik rambut panjang milik Amara kasar.
Amara kembali menangis. Kulit kepalanya bagaikan dicarik-carik. Pedas dan perit. Dia mendongak memandang Joel yang masih belum puas menyeksanya. Lelaki itu tengah menyalakan sebatang rokok. Tidak ada riak kasihan di wajah bengis jejaka itu. Dihembuskannya asap rokok yang disedut ke wajah Amara. Amara memalingkan wajahnya. Sarat rasa di dadanya. Amara cuba menggagahkan dirinya untuk bangun namun gagal apabila Joel menolak tubuhnya kasar.
“Tolonglah Joe…Aku tak buat salah pun. Aku cuma hadir jemputan parti hari jadi kawan kau sendiri, Joe! Not more than that,” ucap Amara demi mengurangkan rasa amarah lelaki itu. Lirih suaranya kedengaran. Bukan simpati yang dia dapat tetapi tamparan yang bertubi-tubi mendarat di pipinya. Kebas dan pijar terasa.
Akhirnya benda yang amat digeruninya terjadi juga. Amara cuba untuk menepis tamparan Joel namun gagal. Joel semakin galak melayangkan tamparannya ke wajah gadis itu tanpa belas.
“Tiada apa-apa kau cakap? Kalau tak, takkan Mark dengan bangganya memperkenalkan kau sebagai datenya di parti itu!Hahh…kenapa? Ptuihhh…perempuan sama saja!!!Dasar sundal!!!” Teriakan Joel bergema. Diludahnya Amara yang berada di depannya. Amara yang tidak berdaya cuba sekali lagi untuk bangun dan lari. Dia berjaya meloloskan dirinya seketika dari ruangan itu dan lari menuju ke tandas yang terletak di bahagian dapur.
Sempat tangannya mencapai sebilah pisau pemotong sayur yang terletak di atas singki berdekatan. Pintu tandas dikunci dari dalam. Dadanya berombak kencang. Kesakitan di wajahnya tidak dihiraukan lagi. Satu tekad di hati, iaitu mati. Amara seakan-akan sudah patah semangat untuk berdepan dengan manusia bertopengkan syaitan itu. Serik. Menangis air mata darah sekalipun tidak dapat menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa Joel kali ini.
Amara hanya membatukan dirinya menanti kemunculan si gila itu. Tubuhnya terasa ngilu. Bibirnya yang sememangnya luka bertambah parah setelah ditampar berkali-kali oleh Joel. Kembang terasa wajah laksana bayinya itu. Tiada lagi kecomelan di situ.
“Come on baby, keluarlah dari tandas tu before I lose my patience!!!” Gertakan Joel sedikit sebanyak menakutkan Amara. Badannya bertambah menggigil. Pisau di tangan digenggamnya erat. Apa nak jadi kali ni, biarlah. Aku dah tak sanggup lagi. Desis hati Amara geram.
Perlahan-lahan tangannya membuka pintu tersebut. Matanya melilau memerhatikan keluar namun bayang Joel tidak kelihatan. Amara menapak keluar. Namun belum sempat dia memanjangkan lagi langkahnya, Joel meluru masuk ke dalam. Amara kaget. Spontan pisau yang digenggamnya dihalakan ke arah Joel. Terkejut Joel dengan tindakan drastik Amara. Kepalanya digeleng-geleng kanan dan kiri, sambil tersenyum sinis memandang Amara yang ketakutan. Amara berundur ke belakang. Teragak-agak. Di hatinya hanya tersemat sesuatu, iaitu mati.
“Rapatlah kalau berani, Joe. Setapak lagi kau melangkah, leher aku yang akan menjadi mangsa pisau ini!” Ugut Amara seraya mengalih pisau yang terarah ke Joel sebentar tadi lehernya dan menekan kuat. Tersiat sedikit kulit lehernya yang cerah itu. Joel mulai cemas melihat keadaan itu. Apalagi melihat darah yang mulai mengalir dari luka yang terhasil dari pisau tersebut. Direnungnya wajah tekad Amara.
Jelas kebimbangan di wajah kalut Joel. Dia mungkin tidak menyangka yang gadis itu tekad untuk mencederakan dirinya sendiri. Joel seakan-akan buntu. Dia mengundurkan langkahnya sambil tangannya seakan-akan mengawasi pergerakan Amara. Risau gadis itu akan hilang pertimbangan dan masalah besar pula yang akan dihadapinya.
“Don’t do it, dear. You knew that I love you so much,” pujuk Joel lembut. Namun Amara hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tangisan yang masih bersisa semakin menjadi. Hatinya lebih sakit berbanding penderaan fizikal yang dialaminya. Bukan sekali dua Joel memperlakukannya sedemikian malah telah berulang kali. Dan, kini Amara sudah tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan keadaan itu berterusan.
“Cukuplah, Joe. Aku muak sudah dengan kata-kata tipu muslihat kau. Biarlah aku mati dari terus hidup macam ni,” tegas suara Amara menuturkan kata-kata itu. Sedu-sedannya juga jelas kedengaran. Tangannya semakin menekan kuat ke lehernya yang mula terasa pedih itu. Darah kelihatan jelas mengalir dari luka yang terhasil dari tekanan kuat mata pisau tersebut.
Joel mulai panik. Terasa dirinya tercabar dengan tindakan berani Amara. Otaknya bekerja keras memerah idea untuk melembutkan hati perempuan itu. Dia tidak mahu dirinya dipersalahkan seandainya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas gadis berbangsa Melanau itu.
“Put the knife down, dear. I promise I won’t hurt you,” ucap Joel lagi. Sehabis daya dia melembutkan suaranya untuk memujuk Amara. Amara mara ke hadapan memaksa Joel turut berundur keluar dari bilik air tersebut. Masing-masing seakan-akan mengawasi sesame sendiri. Joel menelan air liurnya memerhati tepat ke wajah Amara yang basah dengan air mata. Baju Amara turut merah dibasahi darah. Pemandangan yang tidak sepatutnya terjadi.
“Tiga tahun kita bersama, Joe. Tiga tahun itu juga aku hidup dalam trauma. Ketakutan dengan bayang-bayang hitam yakni kau yang sentiasa menghantui aku. Pantang salah atau silap sedikit yang aku buat, pasti sepak terajang kau menerjah ke muka dan tubuh aku. Mungkin mati adalah jalan penyelesaian untuk kita, supaya kau tidak perlu susah-susah lagi untuk terus mengawal hidup aku!” Amara melepaskan yang terbuku di dadanya. Langkahnya juga semakin menghampiri Joel yang turut berundur member laluan kepada Amara.
Joel memerhati setiap gerak langkah Amara. Tidak terlepas walau sepicing pun dari pandangan matanya. Bimbang gadis itu akan terus bertindak gila. Dia bersiap siaga untuk merampas pisau tersebut dari terus berada di tangan Amara.
“Amra, tolong jangan buat kerja gila, Amra. Aku minta maaf dan aku betul-betul janji aku takkan buat kau macam tu lagi. Tolonglah, Amra,” suara Joel yang semakin lembut seakan-akan menjinakkan Amara daripada terus bertindak tekad. Bagaikan terpujuk, Amara menjauhkan sedikit mata pisau itu dari terus menekan lehernya.
Walaupun begitu, dia masih menggenggam erat pisau itu dan memandang tepat ke arah Joel. Hatinya masih ragu-ragu dengan kata-kata Joel. Lehernya terasa perit. Sakit dan pedih. Joel merenung wajah Amara yang turut memandangnya dan tersenyum. Sinis sekali senyuman itu namun tidak disedari Amara yang masih menahan pedih di lehernya.
Dengan tidak semena-mena, Joel meluru laju lalu memeluk Amara erat dan merampas pisau itu dari tangan Amara. Kasar. Dibuangnya pisau itu ke belakang. Amara tahu dia tertipu. Ternyata Joel cuma menggula-gulakannya dengan kata-kata manisnya sahaja. Amara meronta-ronta dari pelukan kuat Joel, namun gagal. Tenaga lelaki itu terlalu kuat untuk tubuh kecilnya. Joel ketawa berdekah tanda kemenangan. Ditariknya rambut Amara kasar.
“ Kau mahu sangat matikan? Sini aku bagi apa yang kau mahu!” Bentakkan Joel keras lalu menarik Amara ke muka pintu dapur dan serentak dengan itu juga kepala Amara dihentaknya kuat ke dinding simen di situ.
Bukkk!!! Pandangan Amara kelam. Berpusing-pusing. Wajah Joel diperhatikan namun kurang jelas. Sekali lagi Joel menarik rambut Amara kasar lalu menghentak untuk kali kedua. Joel ketawa besar bagaikan orang hilang akal melihat Amara tidak berdaya untuk melawan balik.
Amara memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Bisa dan sakit. Disentuhnya rambut yang terasa basah. Air apakah ini? Amara meneliti tapak tangannya yang basah, merah. Darah? Joel belum menyedari keadaan Amara yang parah. Dia mara dan menarik rambut Amara untuk ke sekian kalinya. Namun belum sempat Joel bertindak ganas, teriakkan seseorang mematikan niat jahat Joel.
“Joe!!!Kau sudah gilakah? Kau mahu bunuh anak orang?!” Niza bertempik dan meleraikan tangan Joel dari rambut Amara. Air mata mulai membasahi pipi gadis itu melihat keadaan Amara yang kritikal. Dipangkunya tubuh Amara. Lantai tempat perbaringan Amara mulai dibanjiri darah yang mengalir deras dari kecederaan di kepala gadis malang itu.
Wajah Niza yang menangis kian jauh. Joel mundar-mandir di hadapan Niza dan dirinya. Pandangannya mulai gelap. Suara-suara orang kedengaran semakin menjauh. Amara tidak sedarkan diri. Niza meraung memanggil nama Amara. Tidak terbayang penderitaan sahabatnya itu. Selama ini Amara tidak pernah memberitahu sesiapa masalah yang dihadapinya. Penyesalan mulai bertampuk di dasar hati Niza kerana dialah yang menjadi telangkai dalam menyatukan pasangan kekasih itu.
YOU ARE READING
Tak Dapat Apa-apa
RandomBerdasarkan kisah benar dan dari pengalaman seseorang. Segala nama watak yang tertulis di dalam sudah diubah demi untuk menjaga identiti pemilik cerita.