Termenung

5 0 0
                                    

Zalikha merapati Hanis yang termenung di meja kerjanya .

"Hanis kau okay ? Lepas dari Kerabat diraja tu balik kau macam termenung je fikirkan something . Taknak share ?" kata Zalikha mengejutkan Hanis dari mengelamunnya

"Mana ada , cuma hmmmm duduk sini meh aku cerita" pelawa Hanis

Cepat cepat Zalikha duduk di kerusi sebelah Hanis . Bab membawang berikan sahaja kepada Zalikha . Dia digelar MakCik Bawang Office di tempat kerja mereka .

"Ha kenapa ?" tanya Zalikha

"Hm tadi aku served Permaisuri , tiba tiba dia ada tarik tangan aku kata nak jumpa aku lepas majlis . So lepas majlis dia secara private jumpa aku . dia kata dia nak jadikan aku ni menantu dia . dia bagi aku masa fikir sampai minggu depan . apa aku nak buat ni ???" rintih Hanis

"OMG ! WHAT ? LIKE SERIOUSLY ? WAH KAYA LA AKU LEPAS NI BERKAHWANKAN DENGAN ISTERI DIRAJA " seloroh Zalikha

"HELLO ! TAKNAK AKU ! Lepas apa yang jadi , aku malas la nak fikir semua ni . lagipun aku dah 25 masih muda lagi "

"Hello sayang , muda lah sangat ! sepatutnya umur macamni kau dah ada dua orang anak !" kata Zalikha bernada geram

"EEEEE lambat lagi la . hmmmmmm patut ke aku terima ? Aku ni anak yatim . Kau rasa tak menyusahkan diorang ke?"

"Eh menyusahkan apa . Sebenarnya aku ada dengan Mr. Joe borak dengan keluarga kerabat diraja tu . Mr. Joe cerita pasal kau dekat diorang . Itu yang agaknya diorang tertambat hati nak jadikan kau menantu . Ala apa salahnya ? kau kena jugak hidup dengan pasangan . Mungkin diorang nak tolong kau ke so dengan cara ni lah diorang bantu kau" nasihat Zalikha penuh yakin

"Hmmmmm betul juga tu . kalau aku terima tak nampak sangat aku ni pisau cukur ? yelah diorang kaya aku ni apa ada je . "
kesedihan menyelubungi diri Hanis

"Eh taklah ! Aku yakin ! wahhhhhh dapat makan nasi minyak nasi hujan panas nasi ambeng eh macam macamlah nasi aku nak makan lepas ni hehehehehe" seloroh Zalikha

"Amboiiiiii . ni belum aku kahwin lagi ni . hmmmmm takpe aku cuba istikharah dengan semua ni . InsyaAllah ada jawapannya . kau support aku tau Ka ! " kata Hanis memerlukan sokongan daripada sahabat baiknya itu . Zalikha lah satu satunya sahabt daripada tadika hingga ke alam pekerjaannya . Sudah bertahun lamanya dia mengenali Zalikha . Zalikha menjadi tempat bertumpang kasih tempat mengadunya.

"InsyaAllah . Aku ni kawan baik kau kena lah support kau okay ! dah jum balik . aku belanja aiskrim mcd amacam ?" janji Zalikha

"okay on !" sahut Hanis

Mereka beriringan keluar dari pejabat Hotel Hilton dan terus menuju ke kereta Hanis . Sedar tidak sedar satu mata merenung ke arah Hanis . Mata itu tidak melepas memandang Hanis yang sopan berkebaya hijau dan berselendang hijau cair . Susuk tubuh yang membuatkan hatinya bergetar sejak dari tadi semasa makan dalam majlis gilang gemilang itu . Kereta Audi itu terus meluncur lagi diiringi escort ke Kediaman Istananya . Kelihatan seorang lelaki kacak berkaca mata hitam memandang senyum dari dalam kereta mewah itu .

Menahan RinduWhere stories live. Discover now