AMR V: THE GAMESTER'S BLUES
( Music By ALAN WALKER- Impossible)APARTMENT WILLY
Pagi itu saya bangun lebih awal untuk sediakan sarapan untuk Willy. Selepas balik daripada Pulau, hubungan kami tak ada lah nak dikatakan istimewa. Willy dan saya hanya tahu yang kami berdua memang saling menyukai sesama sendiri. Mungkin ke arah bercinta, tak sampai lagi.
Sambil tersenyum sendiri memerhatikan air kopi dalam gelas di atas meja, saya perhatikan juga makanan yang saya sediakan untuk Willy. Saya tak pasti jika dia menyukainya atau tidak. Tapi saya harap dia tak marah sebab saya bukannya masak sedap sangat.
"Termenung nampak? By the way, Goodmorning Blues. Willy masih tidur?"
Saya menoleh ke pintu dapur apabila terdengar suara Ted yang baru muncul. Seperti biasa dia bawakan makanan untuk Willy.
"Ni sarapan untuk Willy... kau dah masak? Hmmm. Kalau saya tahu saya tak beli makanan ni."
"It's okay. Willy tetap akan makan makanan yang awak beli tu... saya masak bukannya sedap pun. Tengoklah sendiri.. bawang pun dah hangus." Saya sedar diri.
Ted hanya tersenyum.
"Macam mana vacation korang? Anything happened that I don't know. Willy nampak happy semalam. What did You do to him?" Tanya Ted.
Saya tersipu malu.
"Nothing."
"Really? Willy tak pernah macam tu. Well, apa- apa pun I'm happy for him." Kata Ted. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan saya tapi bangun semula apabila Willy sudah muncul di hadapan meja makan.
"Kau nak apa datang ke sini?" Willy duduk di sebelah Blues dan dia mengucup pipi Blues tanpa mempedulikan Ted yang sedang memerhatikan mereka berdua.
"Ummmm. Saya cuma hantar breakfast... dan nak ingatkan malam ni.."
Willy menyuruh Ted berhenti bercakap saat itu juga.
"I know. Tak payah cakap... saya akan ke Kasino Hobit malam ni..."
Ted mengangguk. Tapi hati saya rasa ada sesuatu yang tak baik akan berlaku malam nanti.
"Wait, can I go with You?" Tanya Saya kepada Willy.
Pantas Willy menggeleng dan menyumbat secubit roti di dalam mulut saya. Itu tandanya dia tidak mahu saya bercakap lebih banyak.
"You stay here. Watch TV and learn how to cook."ujar Willy.
Saya hanya mencebik dan Ted pula menggeleng.
"Come on Willy? Kau pun nak kurung dia juga? Let her come with Us.."
Saya tersenyum kepada Ted. Dia memang memahami isi hati saya.
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Боевик#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...