SKETSA 18: KAMBING BIRI-BIRI

823 92 13
                                    

WAWANCARA bermula di sebuah studio terbuka di sebelah Kandang Kambing NFSEE.






WARTAWAN: Baguslah ternakan biri-biri pak cik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

PAK CIK: Boleh aje…

WARTAWAN: Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

PAK CIK: Yang mana? Yang putih atau yang hitam?

WARTAWAN: Yang putih.

PAK CIK: Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

WARTAWAN: Yang hitam?

PAK CIK: Yang hitam pun sama.

WARTAWAN: Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

PAK CIK: Yang mana? Yang putih atau yang hitam?

WARTAWAN: Yang putih.

PAK CIK: Ah! Yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

WARTAWAN: Dan yang hitam?

PAK CIK: Yang hitam pun sama.

WARTAWAN: Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

PAK CIK: Yang mana? Yang putih ke yang hitam?

WARTAWAN: Yang putih.

PAK CIK: Aaa... yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

WARTAWAN: Dan yang hitam?

PAK CIK: Yang hitam pun sama.

WARTAWAN: Kenapa pak cik membezakan biri-biri pak cik yang putih dan yang hitam? Padahal jawapan semuanya sama aje?

PAK CIK: Mestilah… sebab biri-biri yang putih itu pak cik yang punya.

WARTAWAN: Ooo... gitu. Habis tu, yang hitam tu siapa punya?

PAK CIK: Yang hitam pun sama.






JANGAN STRES…‍‌‌‌‌‌‍‌‍‍‌ 😋😋😋

Moralnya, ketahuilah bahawa tunai dan unit itu sama. Ceh! tiber... 😂😂😂






Sumber: https://www.malaysianreview.com/173228/cerita-lawak-pecah-perut-yang-kelakar-gila/

De Humour ✔️Where stories live. Discover now