2 7

1.3K 194 36
                                    

Jihyo berhenti menyiram pokok bunga apabila dia terasa seperti sedang diperhatikan. Matanya memandang sekeliling sebelum matanya terlihat pada mata yoongi. Bibirnya mula mengukir senyuman kecil.

" Yoongi? Buat apa dekat situ?"

Yoongi berjalan menghampiri gadis kesayangannya itu.

" Saja je tengok awak siram bunga. Awak nampak cantik, hyo."

Papp

Tangan kecil gadis itu sudahpun singgah di bahu yoongi.

" Awak ni ada ada je la!"

Yoongi tersenyum melihat mulut masam jihyo. Dia bahagia. Dia bahagia dapat hidup dengan jihyo. Tapi dia tahu, semua ini tak lama. Dia perlu lepaskan juga gadis itu.

Ada yang lebih layak daripada dia. Ada yang lebih layak untuk jaga jihyo.

Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata tidak lepas memandang tajam aksi mereka. Mata yang berkilau merah itu nampak seram. Seperti menyimpan api kemarahan yang akan meletus bila bila masa sahaja.

" Aku akan ambil kau tak lama lagi, jadi berseronok lah puas puas dulu di sini."

Tanpa menunggu lama, dia beredar meninggalkan kawasan itu.

♡ ♡ ♡

Jungkook melihat manusia yang sedang berjalan berpegangan tangan di dalam hutan itu. Bibirnya mula mengukir senyuman sinis.

Manusia zaman sekarang, hutan pun boleh jadi tempat nak dating. Entah apa lah mereka buat dalam hutan malam malam buta ni. Sedang matanya ralik melihat dua figura yang berjalan itu, tiba tiba si gadis mengaduh sakit.

Gadis itu jatuh terduduk sambil memegang kakinya.

" Oppa! U--ular!"

Terlihat jelas air mata yang sudah mengalir di pipi tembam gadis itu.

" Tahan, chagi. Kita pergi hospital, ya?"

Tanpa menunggu lagi, jungkook keluar dari tempat persembunyiannya. Mulitnya ringan berkata kata menegur pasangan kekasih itu.

" Kenapa ni?"

Terpancar riak kerisauan pada wajah si lelaki itu.

" Adi--adik saya, kena patuk ular! Tolong saya! "

Jungkook tersenyum sinis. Adik? Benarkah adik? Jungkook bergerak merapati si lelaki. Tangannya merangkul leher si lelaki itu.

" Adik atau kekasih kau?"

Serentak dengan itu, terus dia benamkan taring tajam nya ke dalam leher lelaki itu. Sudah lama dia tidak merasa darah segar dari badan manusia.

Sejak jihyo pergi darinya, hidup nya bagai orang gila. Dia rindu gadis itu. Atau lebih tepat, dia rindu darah manis gadis itu.

Sudah berapa banyak darah manusia yang dia rasa, tiada satu pun semanis darah jihyo. Tiada satu pun.

Selepas selesai dengan lelaki itu, dia bergerak pula pada gadis yang sudah nyawa nyawa ikan. Bisa dari ular tadi kuat sehinggakan gadis itu sudah terkulai. Tapi jungkook tahu, gadis itu masih hidup.

Tangan kasar jungkook mengusap rambut gadis itu.

" Sedap je buat benda tu dengan lelaki tu tadi? Apa rasanya? Lain kali, kalau nak buat, jangan buat dalam hutan, tau. Eh, mana ada lain kali dah. Sebab lepas ni kau pulak jadi macam dia. Terkulai sebab kehabisan darah. Eh, kau tau? Sejak Song jihyo tu pergi dari aku, aku tak tahulah berapa banyak dah manusia jadi mangsa aku. Aku nak darah macam perempuan tu! Tapi semuanya tak semanis darah dia! Jujur lah cakap, aku rindu dia, weyh! Tapi apa boleh buat, taehyung kata jihyo bahagia dengan yoongi, ala werewolf tu la. Aku memang ada niat nak ambil balik jihyo aku tapi tunggu lah dulu sebab aku malas nak berlawan ni. Aku yakin sangat lah, kalau aku pergi nak ambil jihyo tu, mesti yoongi tak bagi lepastu aku kena bertempur dengan dia. Ish, aku malas lah! "

Tanpa buang masa lagi jungkook benamkan taringnya ke dalam leher jinjang gadis itu. Macam yang dia cakap tadi, tiada darah lain yang dapat tandingi darah jihyo.

DOMINANT

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

[C] DominantWhere stories live. Discover now