"Sayang, abang nak rasa masakkan sayang malam ni boleh?" -tanya Zahiem penuh pengharapan.
"Boleh je tapi kena pi beli barang dapur lah, sebab memang tak ada apa kat dapur tu...." -balas Ayuni selamber.
"Hmm, tahu. Haritu masa first time abang datang rumah sayang, buka peti ais takde ape kecuali air tin and kotak. Sayang abang ni memang malas masak ke macam mana?" -tanya Zahiem menguji kesabaran Ayuni.
"Amboi, cakap kita malas masak pulak. Hmm, kalau laki kita ada kat rumah sedia-sedia takpa lah kita nak masak, ni laki kita pun macam tak wujud je wak....." -balas Ayuni geram. Puas hati aku!
"Aik, abang kena balik?" -tanya Zahiem kalah. Ya benar, memang silapnya kerana jauh dari isterinya dulu. Rasa menyesal itu wujud sejak kali pertama dia menjejak kaki di kondo isterinya pada malam itu tetapi egonya sangat tinggi waktu itu.
Perkara pertama yang membuat hatinya sebak apabila menjejakkan kaki ke dalam rumah Ayuni pada malam itu adalah gambar mereka berdua yang telah diposterkan besar di dinding rumah Ayuni. Walaupun Ayuni sedia tahu yang dirinya masih tak menerima isterinya sebagai isteri, Ayuni masih lagi sudi mengantung dan meletakkan pelbagai gambar perkahwinan mereka di dinding dan meja sebagai hiasan. Terima kasih sayang sedarkan abang.
"Ui abang? Mengelamun pulak dia! Teringat akak inspektor kita tu ke?" -tanya Ayuni bercanda.
"Sampai hati sayang fitnah abang, dalam kepala abang ni ada sayang je sayang. Abang sayang sayang sorang je sayang..." -balas Zahiem manja sambil cubaan memeluk isterinya. Uhhh nak muntah!
"Allahu mula lah drama versus jiwang dia.... Geli tahu tak?" -tanya Ayuni sambil mengelak dari dipeluk Zahiem.
"Alaaa. Nak geli-geli malam lah sayang... Sekarang tak best! Tapi kalau sayang nak abang okay je? Nak? Ke tak puas semalam?" -tanya Zahiem seolah minta penumbuk sulung dari isterinya.
Ayuni menjawab persoalan suaminya dengan jelingan yang tajam. Padahal mukanya sudah merah padam kerana terlalu malu dengan soalan suaminya. Brengsekkk kamu Zahiem menanyakan soalan itu! Haha.
"Awak tak siap lagi 3 minit, saya tinggal awak dekat rumah ni sorang-sorang!" -ugut Ayuni kerana Zahiem masih tidak memakai baju.
"Eh sayang, cik abang kesayangan awak ni pakai baju je tau, lepas tu boleh gerak. Awak tu yang nak pakai tudung lah, bedak lah, ape lah...." -ejek Zahiem lagi.
Masih membalas ejekkan suaminya dengan jelingan tajam. Nasib tak juling Ayuni mata aku! Stress lah dengan dia ni! Asyik kenakan aku je!
"Dah lah! Tunggu kejap nak pakai tudung je!" -balas Ayuni geram.
"Nampak lah muka bakal anak papa nanti time marah macam mane... Okay! Lepas ni papa try buat mama senyum pulak okay?!" -perli Zahiem selepas Ayuni bangun mencari tudung di dalam almari.
"Mengarut lah abang sorang-sorang. Sayang nak pergi dah! Bye!" -rajuk Ayuni sambil keluar bilik. Sebenarnya dia nak tergelak dan termakan dengan kata kata Zahiem, tapi dia tahan sebab nak tengok setakat mana Zahiem hendak memujuknya.
"I'mmmm coming baby! Tunggu papa okay!" -jerit Zahiem sambil berlari mencapai baju dan terus keluar bilik.
Sampainya mereka di Giant Al-Bukhari, Zahiem terus mencapai troli dan menyurung masuk ke dalam pasaraya besar itu dengan selamber. Ayuni mencebik, "capai troli awal-awal nak pi mana? Kat dalam nu berlambak lagi?" -dalam hati. Tapi Ayuni happy sebab itulah kali pertama dia membeli belah barangan dapur bersama suami. Selama ni kalau mama minta gi pasar, dia selalu tengok pasangan-pasangan yang bahagia je dapat membeli belah bersama. Tapi dia, ada suami, suami tak nak ambil tahu.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...