BAB 30

178 12 1
                                    

"Phone sayang bunyi tu, kenapa tak jawab?" -tanya Zahiem pelik.

"Mana ada. Phone abang lah bunyi. Apa daaaa, phone sendiri pun tak tahu." -perli Ayuni.

"Oh ye eh? Sorry sebab still angau dengan sayang kot.... Sayang tolong ambil jap phone dalam clucth abang?" -minta Zahiem. Ayuni mengambil clucth Gucci suaminya yang berada di handbrake dan mengambil handphone kemudian menyerahkan handphone itu kepada suaminya walaupun hatinya retak separuh apabila melihat nama pemanggil tersebut. "Tolong lah pergi jauh-jauh, aku baru nak bahagia ni." -halau Ayuni dalam hati.

Zahiem kemudian menyambut handphonenya dan menjawab panggilan Aniza dengan loudspeaker. Sengaja dia nak isterinya tahu yang dia tak ada apa-apa hubungan dengan Aniza, tetapi lain pula jadinya.

"Hello, awak kat mana Zahiem? Kenapa lambat sangat jawab phone?" -tanya Aniza kalut.

"Saya tengah drive ni, Aniza. Anything?" -balas Zahiem serius.

"Awak dekat mana ya? Lepas berjumpa dengan perempuan tu, awak terus diam dan tak contact saya semula, kenapa?" -tanya Aniza lagi.

"Any problems there's? Saya memang kena bagitahu dekat awak ke kat mana saya berada dan tengah buat ape? And if I contact with Puan Ayuni pun kenape?" -tanya Zahiem sinis. Ayuni juga tersenyum sinis. Padan muka hang, kacau lagi laki aku.

"Awak dah lama cuti. Kes yang awak kena handle pun saya dah tolong handle kan, bila awak nak masuk kerja? Sepatutnya awak on duty 7pm kejap lagi kan? Saya call ni sebab nak bagitahu awak lah yang takde sapa boleh cover awak lagi, dan awak kena masuk kerja malam ni jugak." -jelas Aniza mengalah.

"Are you sure?" -tanya Zahiem terkejut. 

"Alamak, aku dah janji nak dinner sama-sama malam ni." -kata Zahiem dalam hati sambil menjeling isterinya yang tengah kudap keropok twister. Ayuni sebenarnya buat-buat tak dengar perbualan suaminya dan Aniza, padahal hati tengah berapi.

"Yes, very sure. Kalau tak, takde lah saya nak call kacau awak and tanya awak kat mana..." -balas Aniza.

"Could you do me a favor?" -tanya Zahiem.

"No, Zahiem. Not this time, awak kena on duty malam ni. Why lately ni awak suka sangat ponteng kerja? Mana Zahiem yang saya kenal dulu, komited dengan kerjanya?" -tolak Aniza kerana tahu sangat apa yang rakan kerjanya nak minta tolong. 

Zahiem terkedu. Benar, dia sangat menitik-beratkan kerjayanya sebagai inspektor polis yang berkaliber. Baginya kalau tak ada benda penting dan memudaratkan, dia akan hadir ke kerja macam biasa.

"Okay thanks, see you tonight." -balas Zahiem sempoi lalu memutuskan panggilan.

"It's okay abang. Abang nak pergi bertugas, bukan pergi main-main. Betul cakap Aniza, lately ni abang suka sangat ponteng kerja... datang pada sayang.... warded. So, just go first, pasal janji kita tu boleh tangguh kemudian, okay?" -jelas Ayuni terlebih dahulu sebelum Zahiem membuka mulut memujuknya.

Jauh di dalam sudut hati Ayuni, di terasa apa yang dikatakan oleh Inspektor Aniza sebentar tadi. Adakah kerana berkahwin dengannya buat Zahiem tak pedulikan kerjayanya? Adakah dia terlalu menyusahkan Zahiem sampai suaminya tidak komited dengan kerjanya? Adakah semua salahnya? Sepatutnya aku yang perlu berdikari yang tidak menyusahkan dirinya.

"Abang minta maaf, sayang. Abang dah janji dengan sayang, tapi abang yang mungkir janji tu." -pohon Zahiem lemah.

"Kan sayang dah cakap, it's okay. Sayang kan dah jadi isteri polis, so sayang pun kena kuat dan tabah macam polis jugak. Trust me." -pujuk Ayuni Zahira walaupun hatinya juga sedih.

"Terima kasih sayang sebab memahami abang." -ucap Zahiem sambil mengengam tangan isterinya. Mereka tersenyum bahagia. 

Selesai Zahiem menolong isterinya mengemas barang basah yang di beli tadi, Zahiem membuka laci untuk mencari sudu kecil untuk membancuh secawan kopi, tapi apa yang dijumpainya adalah ubat-ubatan Ayuni. 

"Takkan ubat spare banyak macam ni? Awat pelik sangat nama ubat ni?" -tanya Zahiem sendirian. Akhirnya dia mengeluarkan handphone Oppo R9nya dan mengambil semua nama-nama ubat isterinya. Hampir 8 minit, nama 12 jenis ubat-ubatan Ayuni ada dalam gengaman dia. Tapi apa dia nak buat? 

"Dah habis kemas ke bang? Jom lah, nanti lewat pulak abang nak balik Perlis?" -tanya Ayuni buat Zahiem gelabah.

"Ye lah, jom lah. Abang tunggu sayang je dari tadi. Make-up sedia, lepas tu balik nak buang pulak. Apa benda lah sayang ni..." -ucap Zahiem cover gelabah punya pasal.

"You know nothing about make-up, so shut up and lets go!" -arah Ayuni siap jeling. Acah queen control sebab geram pada Zahiem yang tak reti hargai dia cantik-cantik untuk suaminya juga. Bangga la sikit kalau jalan pegang tangan tu. Kang aku macam mak lampir, hang jugak cari orang lain. Lepas tu aku jadi janda. Oh no!

"Baik bossku! Jom jom, kunci mana sayang?" -turut Zahiem. Belum sempat Ayuni menyembur pelurunya, Zahiem tersengih nakal.

Selepas menjamu selera di Dave Deli Aman Central, mereka berdua masuk ke Parkson. Ayuni pula yang jadi teruja. Tak sangka Parkson banyak sales dan macam nak borong semua benda. Ayuni dan Zahiem membeli-belah sepuasnya untuk rewards diri sendiri dan bagi Ayuni, membeli-belah dengan suaminya adalah moment paling best sebab suaminya kaki shopping juga! 

"Abang taknak balik ke? Sayang penat dah shopping?" -tanya Ayuni.

"Aik, selalunya laki yang ajak balik dulu, ni sayang terbalik pulak!" -perli Zahiem.

"Sayang pun terkejut yang abang kuat shopping macam ni, sayang bukan selalu pun dapat shopping macam ni. Bukan sebab takda duit, tapi takda masa." -jelas Ayuni. 

"Sama lah dengan abang, sayang. Abang minat shopping ni, tapi takda geng. Kalau ajak officemate pun, diorang tengok je, Abang beli. Jadi tak best lah. Tapi takpe, ada hikmahnya abang dapat isteri yang suka shopping tapi tak membazir macam sayang. Selamat duit abang." -balas Zahiem bangga.

"Ye betul tu, baguskan isteri abang, tak membazir. Nah resit, pergi bayar sana. Jom balik dah pukul 4 dah. Jap lagi abang nak drive jauh pulak." -pujuk Ayuni.

"Hmm, baru nak lupakan and taknak balik..." -manja Zahiem sambil menyambut resit di tangan isterinya.

"Jangan nak mengadalah. Awak dah lama cuti okay? Weeked kita boleh jumpa, don't worry." -pujuk Ayuni sekali lagi.

Selesai Zahiem membuat bayaran, mereka pulang ke kondo Ayuni semula untuk suaminya bersiap pulang ke Perlis. Zahiem juga telah membeli sebiji luggage kecil untuknya ulang alik dari Perlis ke Alor Setar. Kerap lagilah dia balik berjumpa dengan isteri kesayanganya.

Ting tonggg!!! Tingg Tonggg!! 


Ha gais, siapa yang datang tu? Buka la pintu!

Nak sambungannya? Do voted and comment okay!

Xoxo, Ayuni Zahira.



CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now