BAB 31

191 12 4
                                    

"HALUUUUUUUUU, anyone kat dalam ni? Tengah bahagia pun jangan kunci aku kat luar..." -perli Nina dari luar rumah. Sebenarnya dia ada kunci rumah itu, tapi dia tahu yang suami sahabat baiknya ada di dalam, jadi lebih baik dia memberi salam sahaja. Kalau depa tengah 'bermanja' pun, tak kantoi sangat. Pergh.

"Ye sayangku? Baru jumpa jalan pulang ke ni?" -perli Ayuni semula sambil membuka padlock pagarnya.

"Eh, kalau aku balik awal, tak jadi lah cerita pasal hampa dua kan? So ada hikmah okay? Aku ingat hampa nak pi bercuti ke apa, sebab tu aku balik nak amek baju sikit." -jelas Nina. Takda niat menganggu pasangan itu, tapi dia terpaksa mengambil baju kerjanya di rumah Ayuni.

"Oh. Takyah la babe. He's going back satgi. Malam ni dia on duty. Hang tidur sini je lah, okay? Aku masak lamb chop untuk hang.... please?" -pujuk Ayuni.

"Onzz sisthur!" -balas Nina sambil happy dapat makan free. 

Lepas menutup pintu semula, Nina terus masuk ke dalam biliknya dan Ayuni terus ke biliknya juga menolong suaminya unpack baju-baju yang dibeli tadi. Bila dikira semua, hampir 14 helai baju dan 3 helai seluar yang suaminya belanjakan tadi. MashaAllah, kalau aku menangis dapat beli macam tu sebulan sekali.

"Ni gambar siapa, sayang?" -tanya Zahiem menahan amarahnya.

"Abang jumpa mana tu? Abang selongkar almari sayang ke?" -tanya Ayuni terkejut.

"Ni gambar sayang dengan siapa? Kenapa masih simpan gambar dengan lelaki lain? Berdua pula tu?" -tanya Zahiem lagi.

"Ni semua kenangan je abang. Sayang dah jadi milik abang kan?" -jelas Ayuni tenang.

"Kenangan? Gambar ni baru sebulan diambil..... kiranya selepas sayang dan jadi isteri abang? Masih kenangan? Sayang simpan gambar ni dalam almari pula tu, anything special about him?" -tanya Zahiem masih mengawal suara dan cemburunya. 

Disebabkan Ayuni hanya mendiamkan diri, Zahiem bertindak mengoyak gambar tersebut kemudian menimbulkan rasa amarah Ayuni.

"Abang ni dah kenapa kena koyak gambar tu?" -tanya Ayuni kasar.

"Abang tanya sekali lagi, anything speacial with that picture?" -tanya Zahiem semula.

"Special atau tak, abang takdak hak nak koyak gambar tu!" -marah Ayuni.

"Jadinya abang takda hak nak cemburu dengan sayang? Okay then. Lepas ni, apa sayang nak buat, sayang buat lah selagi tak melanggar hukum dan dosa. Abang percaya sayang. Abang balik dulu." -ucap Zahiem sebak. Dia mencium dahi isterinya lalu pergi ke pintu utama. Ayuni masih terkaku di dalam bilik tidurnya. 

Akhirnya mereka berdua menitiskan air mata. Ayuni sedar akan khilafnya terhadap suami sendiri manakala Zahiem berat hati meninggalkan isterinya dalam keadaan bergitu. Mahu saja dia berlari ke atas memeluk isterinya semula dan dengar penjelasan isterinya. Tapi di atas tuntutan kerja, dia terpaksa pergi.

"Hmmmm, huntunggg lah babe, bengkak mata menangis laki nak balik..." -perli Nina. Selepas Zahiem pamit untuk pulang ke Perlis, dia menangis hingga tertidur selama sejam. Nasiblah Nina mengejutnya untuk solat Maghrib. Selesai solat maghrib, dia terus mulakan misi memasak lamb chop untuk sahabat baiknya. 

"Hey guys, today aku nak masak lamb chopppp untuk kawan aku yang pemalas kat depan tu.... emm sedap kan? Hehe....." -perli Ayuni dalam story Whatsappnya. Sengaja dia merakamkan video itu untuk tatapan suaminya, tapi malangnya Zahiem menutup bluetick, jadi jika dia menjadi viewers pun, Ayuni tak tahu.

Selesai masak, Ayuni membelek story Whatsapp yang dimuatnaik olehnya dan friendlistnya, tiba-tiba terlihat nama suaminya. Ayuni segera menekan nama 'Hubsbaby' dan melihat story suaminya. 

"Kesiannya, makan nasi goreng je... mesti ibu bekalkan." -ujar Ayuni dalam hati. Sebaik melihat caption yang ditulis, Ayuni segera membatalkan niatnya untuk menghubungi suaminya. Sampainya hati dia. Kalau ye pun si Aniza tu bagi, tak payah la mention. Benci. 

Ting!

Ting!

Ting!


Haaa! Sapa Whatsapp pulak tu?!

Nak tahu sambungannya?

Dont forget to VOTED and COMMENT down below!

**Sorry if this BAB pendek sikit, doakan sis dapat idea banyak-banyak okay! By the way, sapa yang nak nama dia ada dalam novel sis, pls comment! Also anyone yang nak scene romantik apa ke, comment down below!

Much love, Ayuni Zahira.

 



CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now