"Kau lelaki yang paling tak guna yang pernah aku jumpa,Am! ," jerit Nayli. Nayli memang tak peduli dengan mata-mata yang memandangnya menjerit. Sungguh, Nayli rasa kecewa!
"Kau dah kenapa menjerit-jerit ni? Tak malu ke orang-orang tengok ni?."Izham menengkingku. Ah...Nayli tak peduli, malu kau sahaja yang kau tahu,bagaimana dengan sakit hati aku ini.
"Am,kau tahu kan aku cintakan kau. Sakit kau dulu masa kau duduk kat hospital,siapa yang jaga?Aku.Yang mandikan kau dulu yang tolong suapkan makan kau,pakaikan kau pakaian?Siapa,Am?Siapa??? Susah senang kau dulu dengan siapa? Kenapa Am kau perlukan perempuan lain,apa kurangnya aku?"
Nayli sudah menangis teresak esak. Nayli lihat dalam dalam mata Izham. Iya, Nayli dapat lihat dia bukan Izham yang dia kenal selama 3 tahun ini. Dia sudah berubah...Sudah berubah!!!
"Hei perempuan,tak payah nak ungkit cerita lama,kau tahu tak,mengenali kau adalah perkara yang paling menyesal yang pernah aku lakukan dalam hidup aku.Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi."Air mata Nayli sudah deras mengalir, sungguh Nayli tak mengerti bagaimana lelaki yang dia cintai,sayangi sudah hilang. Dimanakah kemesraan yang dulu,kata-kata manis yang pernah dia berikan untukku.Hilang!!!Semuanya hilang,dan Nayli tidak tahu punca sebenar bagaimana kasihnya sudah luntur buatnya.
"Am..,"Nayli memegang tangannya,namun Izham cepat menepisnya.
"Jangan pegang tangan aku lagi,kau tahu tak tangan kau kotor!,"Nayli menampar pipi Izham. Nayli terkedu, inilah penghinaan paling dasyat yang pernah aku terima sepanjang hayatku. Entah bagaimana tangan Nayli ringan sahaja untuk menampar pipi Izham ,pipi yang pernah diusap dan dibelai ketika dia hendak bermanja dengannya.
"Kurang ajar!!!,". Izham menjerit dan tangan Izham laju mengangkat tangan hendak menampar Nayli. Tiba-tiba ada tangan yang menahan tangan Izham yang sasa itu daripada singgah di pipi Nayli.
"Bro,kau nak marah perempuan ni boleh,tapi tak payah main kasar bro. Aku tak boleh kalau tengok lelaki yang berkasar kat perempuan ni,tak elok bro kalau orang pandang. Cuba elok sikit perangai tu,". Izham merengus dan cepat-cepat menarik tangannya yang ditahan oleh lelaki itu..
Izham segera pergi tetapi dia sempat meninggalkan pandangan yang tajam kepada Nayli. Ah,persetankan semua ini. Pergilah Am,aku dah tak larat nak lalui duka yang kau beri. Nayli melihat dari jauh Am pergi dengan air mata Nayli mulai kering dan baru Nayli tersedar sesuatu. Nayli menoleh kiri dan kanan, lelaki misteri yang membantunya tadi hilang ! Tidak sempat untuk dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki misteri itu yang telah meleraikan sengketanya. Jika tiada lelaki misteri itu pastinya di pipi Nayli sudah ada satu cap mohor, hadiah khas perpisahan oleh Izham.