BAB 33

84 7 4
                                    

"Mana dia ni, call tak dijawab, Whatsapp double-tick, last seen tak bergerak.... Ish, risau lah!"-ujar Zahiem risau hingga didengari ibunya.

"Kenape tu Iem? Apa yang tak kena tu?"-tanya Ibu Zahiem.

"Menantu ibu tu lah... Iem call dia dari lepas maghrib tadi sampai sekarang tak dijawabnya. Risau la ibu.."-jelas Zahiem risau.

"Kamu dah cuba telefon housemate dia tu?"-tanya Ibu selamber.

"Sape bu? Nina? Mana lah Iem ada number dia bu...."-jujur Zahiem dibalas dengan jelingan maut ibunya.

"Sepatutnya kamu kena ambil tahu siapa orang terdekat isteri kamu tu, senang kalau jadi apa-apa macam ni." -nasihat Ibu Zahiem sambil menekan punat handphonenya mencari kenalan yang bernama Nina. Kurang 30 saat, number telefon Nina berada di tangan Zahiem. "What do I have to do first? Whatsapp or call terus?"-tanya Zahiem dalam hati.

"Apa yang kamu termenung lagi tu, Iem?" -tanya Ibu pelik.

"Tak ibu, Iem confuse nak call terus atau nak Whatsapp je dulu..." -balas Zahiem selamber.

"Ya Allah, kenapa kamu kena fikir benda senang macam tu sekali? Call je lah terus... Apa masalah kamu?"-bebel Ibunya.

"Ye lah bu... Iem taknak la nanti ganggu Nina tu pulak. Iem call jap eh ibu." -balas Zahiem sambil tersengih malu.

Zahiem cuba menelefon Nina hampir 10 kali dan akhirnya dijawab dengan suara yang paling manja. Tergugat iman lelaki Zahiem. 

"Hello, ye b. I mengantuk sangat ni... Esok je la call I boleh?"-ujar Nina dalam keadaan mamun.

"Errr hemmm! Assalamualaikum! Ni aku lah Zahiem."-jelas Zahiem tergelak.

"Eh... Hmm walaikumsalam. Apa hang nak?"-tanya Nina terus segar bugar matanya kerana terkejut.

"Nak tanya mana wife eh? Aku call dia dari tadi tak dijawab.... Whatsapp tak dibalas... Anything happens there?"-tanya Zahiem serius.

"Jap, aku rasa dia ade je kat bilik tu... Kitaorang penat sikit harini, banyak meeting and kerja kitaorang buat. Balik terus tidur. Hang nak cakap dengan bini hang ka? Jap!"-tanya Nina selamber. Mestilah nak! 

Nina bangun ke pintu biliknya dan terus ke bilik Ayuni. 

"Babe.... babe..."-ketuk Nina memanggil sahabatnya.

"Ye ye, masuk je lah. Tak kunci!" -suruh Ayuni yang masih berada atas sejadahnya.

"Hang baru bangun ka?" -tanya Nina terkejut. Kalau dia dah lama bangun, takkan dia sengaja taknak jawab panggilan Zahiem.

"Ha... celapak bangun sebab lupa tak maghrib lagi. Kenapa cari aku?" -tanya Ayuni buat Nina tersedar tujuan utamanya.

"Ni ha! Laki hang call aku sebab hang tak jawab call dia." -jelas Nina sambil menyerahkan handphone kesayangannya kepada Ayuni.

"Hello abang?" -ujar Ayuni ringkas.

"Hello sayang. Alhamdulillah. Sayang pergi mana? Abang call, Whatsapp tak berbalas." -bebel Zahiem buat Ayuni tersenyum. Risau jugak dia dekat aku ye.

"Ada je bang, sayang tertidur tadi lepas balik dari kedai..... Ha kedai. Letih sangat seharian meeting." -jelas Ayuni yang hampir membuka mulut tentang suprisenya.

"Ohh penat betul ye, dua-dua orang tertidur? Takpe la kalau macam tu. Emm, abang call number sayang je lah boleh? Bagi balik phone Nina tu, kang putih mata dia dengar kita on call." -suruh Zahiem buat Ayuni tergelak.

"Okay-okay. Lagi 5 minit abang call." -pesan Ayuni kepada suaminya dan Ayuni menyerah semula telefon milik Nina, kepadanya.

"Thanks babe." -ucap Ayuni tersenyum.

"Ye la, welcome. Dah la aku pun nak pi solat ni. Bye." -balas Nina sambil menutup semula pintu bilik Ayuni.

Selepas pintu bilik ditutup, handphone kesayangan Ayuni juga berbunyi. Siapa lagi kalau bukan suami clingynya itu. Mereka pun bergayut dan bersembang tentang kehidupan harian mereka masing-masing. Nasib lah Ayuni sangat berhati-hati dan tak memecah rahsia tentang suprise yang akan dibuatnya.


Hi everyone. After two years, here we go. My hobby coming back with a lot of support from my love and you guys especially. I'll keep update, inshaaAllah. Doakan my ideas melimpah ruah soon. 


CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now