CHAPTER 50

1.8K 219 26
                                    

BLUES POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BLUES POV

SAYA tutup semula pintu yang saya buka tadi bila lihat seorang gadis yang kelihatan macam saya. Dia renung muka saya semacam dan jantung rasa macam tak bermaya saat tu.

TOK. TOK. TOK

Dia ketuk pintu lagi. Saya buka semula dan terus masuk ke dalam Apartment Willy. Perempuan tu pandang saya dan riak wajah dia dah berubah. Tadi dia nampak macam benci saya tapi saat tu dia senyum penuh makna sambil peluk saya erat.
Hmmm.

RUANG tamu jadi sunyi. Kami masing- masing saling berpandangan. Saya tengok dia, perempuan tu pun tengok saya. Wajah dia memang sama macam saya. Ketinggian, warna dan warna rambut juga sama. Dah puas saling berpandangan, perempuan tu akhirnya duduk dekat dengan saya.

"Kau tak tahu saya ni siapa kan? Kesian. Blues, Saya Grey. Kita adik beradik kembar." Perempuan tu kenalkan diri dia.

Saya terkejut dan tak boleh alihkan pandangan selain tengok dia.

"Kembar?" Saya garu kepala. Grey angguk kepala.

"Tengok ni." Grey keluarkan sekeping gambar dan berikan kepada saya. Saya ambil gambar tu dan lihat sendiri siapa yang ada di dalam gambar tu. Dua orang bayi kembar dan mungkin itu adalah kami berdua semasa kami masih kecil lagi. Saya tersenyum. Saya ada kembar? Tapi kenapa saya tak tahu dan tak ingat lansung?

Grey peluk saya lagi.

"Mak tunggu kau balik setiap hari tau tak! Kau mesti tak ingat kan...? Hmmm. Mungkin saya boleh bagitau kau apa yang sebenarnya dah terjadi." Grey usap rambut saya. Kami duduk rapat- rapat. Dia pegang erat tangan saya dan mula menceritakan apa yang terjadi.

Grey bagitau saya yang sejak kecil lagi saya selalu sakit. Kami berdua tak rapat sebab saya asyik jatuh sakit dan dia tak boleh dekati saya. Dia kata mak dan ayah selalu keluarkan duit yang banyak sebab nak beli ubat saya. Dia kata lagi, saya tak nak bercakap dengan dia dan lebih suka bersendirian. Dia kata saya suka berkawan dengan hantu. Saya diam saja sebab saya tak tahu apa yang berlaku kepada diri saya yang sebenarnya.

Rupanya selama ini ayah yang bawa saya pergi jauh daripada mak dan Grey. Tapi di mana ayah? Goren kata dia dah mati. Mungkin ayah memang dah mati.

"Kau tau mana ayah pergi? Dia yang jaga kau kan?" Tanya Grey.

Saya geleng kepala.

"Saya tak tahu apa yang berlaku kepada ayah. Saya hanya sedar yang saya sendirian dan orang yang jaga saya tu kata ayah dah mati."

Bila dengar saya cakap macam tu, Grey terus menangis. Dia peluk saya dan buat saya ikut menangis.

"Apa saya nak bagitau mak nanti. Dia tunggu ayah dan kau balik sampai dia tak nak pindah kemana- mana. Kami hidup susah Blues... susah sangat. Nenek selalu marahkan saya... dia dera saya dengan ilmu hitam dia... sampai sekarang saya..."

THE GAMESTER'S BLUESWhere stories live. Discover now