"Assalamualaikum mama ,afhy dah balik!" Sebaik saja afhy membuka kasut sekolahnya, lantas dia masuk ke dalam rumah.
"Afhy, sini sayang.." panggil mama lembut. Aku tak faham ada apa sebenarnya yang berlaku di ruang tamu sekarang? Siapakah mereka semua yang senyum-senyum memandangku sekarang? Pelbagai persoalan muncul dikepalaku yang tidak satu pun mempunyai jawapan.
Aku melabuhkan punggung di sofa perantaraan mama dan seorang wanita berpangkat ibu dalam lingkungan 40-an. Dengan berbeg sekolah yang masih melekat dibelakangku aku bersuara, "ada apa ni ma?"
Puan Marlia merangkap ibu kepada nur wafhyssa membalas lembut, "kenalkan ini Datin Farina Maimunah dan Dato' Tengku Fateh Mukhriz. Kalau kamu masih ingat, dulu mereka ni lah yang selalu datang ke kampung kita dulu masa kamu kecil. Mungkin kamu tak ingat"
Aku bersalaman dengan Datin Farina Maimunah, dia mengucup dahiku lembut. Terbit rasa kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak. Manakala aku hanya melontarkan senyuman manis pada Dato' Tengku Fateh Munkhriz. Dia juga membalas senyumanku.
Tapi kenapa mereka ke sini ?
"Fifiy, dah besar kamu nak. Kamu tak kenal mamy rina lagi ke?" Tanya Datin Farina. Mamy? Setahu aku ada seorang ibu sahaja? "Ini papa sayang..masa kamu kecil dulu kamu selalu panggil papa, papa riz.masa berlalu cepat sangat, tak samgka kamu dah jadi remaja cantik macam ibu kamu"
Amboihhh kena puji. Kembang sedepaa ni.
Tapi , apa semua ni? Pening.Aku memandang muka mama dengan muka TAK•FAHAM•
"Masa kecil kamu selalu main dengan hadif. Tapi kamu berdua terpaksa berpisah semasa umur 6 tahun, sebab mamy rina dengan papa riz tak dapat balik ke kampung atas urusan syarikat dan butik mamy rina yang merundum jatuh" mama memahamkan situasi,namun TETAP payah nak manghadamnya.
Aku bertanya walaupun ada rasa malu sedikit, "mamy rina dengan papa riz ni orang kampung sini ke?"
"Tak fifiy,mamy rina dengan papa riz bersahabat baik dengan mak ayah kamu. Kami selalu datang ke kampung kamu dulu. Kamu pula selalu aje main dengan didif" terang mamy rina dengan jelasnya
Mamy rina tahu nama masa kecil aku,mesti keluarga yang berada di depan aku sekarang ada kait rapat dengan hidup aku rasanya. Didif ? Ni mak ayah didif ? Ya allah, lamanya aku tak jumpa sahabat kecil aku tu
"Apa kaitan mamy rina sekeluarga dengan kami sekeluarga?" Nah ambek kau, kalau cikgu Nura tahu bm aku macam ni habis lah. Ayat bm kau ni afhy takde yang lagi cantik ke ayatnya? Tak boleh blah dohh
Mama menggeleng, mungkin dah fed up dengan aku kot hahaha. "Kaitannya dengan keluarga kita adalah keluarga yang rapat. Kamu langsung tak ingat ke afhy?" Seloroh mama. Tulaa afhy, orang makan nasi kau makan semut padan muka lupa ingatan.
"Afhy ingat sikit je hehe" nak sembunyi muka ka mana dohh?
"Didif mana rina?" Tanya mama. Ye tak ye, aku nak juga jumpa didif. Lama gila tak jumpa budak chubby pipi pau tu eheheh. Terbit rasa rindu di hati la pula.
"Oh, didif dalam perjalanan ke sini tadi,kejap lagi sampailah tu" balas mamy rina
Agaknya macam mana rupa didif sekarang? Masih chubby lagi ke macam dulu? Aku masih ingat yang aku dengan dia gaduh pasal ayam goreng,padahal masih banyak lagi di dapur. Mahu juga berebut apa yang terhidang di ruang tamu. Sungguh rindu masa jadi budak dulu. Tapi tak silap aku, aku ada 2 orang lagi sahabat kecil. Nama panggilan dia vivin dan wiwin.
Nama sebenar didif ialah Tengku Muhammad Hadif bin Tengku Fateh Munkhriz. Sorang lagi sahabat lelaki aku tu nama dia Nik Adam Danial bin Nik Fakrul Mustapa. Terbitnya nama vivin tu dari nama alvin chipmunks. Sebab dulu kitorang memang layan habis citer-citer kartun nih. Yang sorang lagi tu pula Nur Adwin Adawiyah Binti Razif yang digelar sebagai wiwin.
Dulu kami empat orang ni main sesama kat depan halaman rumah aku. Kami suka tolong nek jah buat kuih, tolong tok ayah cuci kereta, main cikgu-cikgu, main doktor-doktor dan banyak lagi lah. Hai lah rindu sangat zaman kecil tu. Sekarang aku tak tahu macam mana rupa didif,vivin dan wiwin. Lama tak jumpa mereka.
"Assalamualaikum" seorang lelaki berbaju Nike kelabu lengan panjang dan mengenakan seluar jeans hitam, menyapa seisi rumah itu.
"Dif mari masuk"
YOU ARE READING
AKU TERIMA NIKAHNYA
Teen Fiction' macam ni kah jalan hidup dunia remajaku? dengan hadirnya lelaki bukan pilihan hati. mama setuju pertunangkan aku pada awal usiaku 17 tahun? Sesungguhnya jika ini takdir yang diberikan padaku, aku terima seadanya ' luah nur wafhyssa dalam hati . ST...