ATN 2

8 1 0
                                    

"Dif mari masuk" sapa Puan Marlia. Aku juga memandang sahabat kecilku yang kian lama tak berjumpa. Mesti kami awkward, oleh kerana sudah cukup lama tidak bertemu apa lagi bersapa. Ya allah, betulkah dia ni didif? Didif yang chubby pipi pau masa kecil? Didif yang dulunya sama tinggi dengan aku? Sungguh lain rupanya berbanding masa kecil.

Memanglah lain aduhai afhy oi, orang meningkat dewasa lah

Hadif menyalam tangan Datin Farina,Dato Tengku Fateh dan Puan Marlia. Matanya juga sempat melirih padaku. Aku melarikan pandanganku ke arah lain. Kekok menyelubungi diri. Hadif duduk di sebelah papa riz.

"Dif, kamu masih kenal mama lia?" Tanya Puan Marlia. Aku pula hanya menunduk ke bawah. Tak sangka muka hadif yang chubby macam pau dulu sekarang dah ada jawline. Penampilannya juga kemas dan kurus. Mungkin dia kini menjaga makannya tidak seperti dulu. Tapi aku? Masih lagi melahap dohh

"Alhamdulillah didif masih kenal mama lia lagi" senyuman hadif menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Suaranya juga sudah mencapai tahap remaja. Garau yow

Puan Marlia menepuk pehaku lembut yang menyebabkan lamunanku terhenti. "Haa tengok tu afhy, didif masih pula ingat mama. Takkan kamu tak ingat lansung mamy rina dengan papa riz?" Tanya Puan Marlia. Haduih mama ni, anakmu yini banyak makan semut daa .

Mama rina dan papa riz ketawa melihat perlakuanku yang tersengih-sengih macam kerang busuk. " Emm ..afhy naik atas dululah" sengaja nak cari jalan untuk melarikan diri,mataku sempat memandang hadif yang berada di sebelah papa riz. Tak sangka kami bertentangan mata, langsung aku berlari anak untuk naik ke atas tangga tanpa melihat ke hadapan. Tak semena-menanya aku jatuh tersungkur di anak tangga kedua. Perlakuanku mengejutkan seisi ruang tamu.

"Ya allah, fifiy kamu okay ke?" Mama dan mamy rina menuju ke arahku. Ish tak guna punya tangga, masa ni lah kau nak bagi aku jatuh. "Teruk ke rina kaki fifiy tu?" Tanya papa riz mula risau.

"Takdelah,tak payah risau sikit aje ni terkehel aje kut" kataku, walaupun sebenarnya sakit yang teramatlah sakit . Lain pula sakitnya kali ni, jangan lah patah wahai kaki. Apa tidaknya,cara aku jatuh tu sungguh tragedik sebab kaki aku terhentak kat pemegang tangga pastu beg aku terhumban then terjatuh atas kaki aku yang terhentak tu. Pepatah mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga

Aku menggagahkan diri untuk berdiri. Mama dan mamy rina menolongku bangun. " Okay, afhy naik dulu" kataku lantas memberikan senyuman. Aduh sakinya kaki, macam mana aku nak naik ni, rasa macam patah je ni huwaaaa tolong lah jangan

"Fifiy, boleh ke naik sorang?"

"Boleh uncle" senyum petak diberikan pada Tengku Fateh. "Panggil ajelah 'papa riz' macam masa kecik-kecik dulu" lama aku tak merasakan kasih sayang seorang ayah, sejak ayah meninggalkan kami sekeluarga ketika aku berusia 4 tahun. Kemudian 2 tahun selepasnya papa riz sekeluarga pula tak pulang lagi ke kampung, walaupun aku selalu menunggu kedatangan papa riz sekeluarga di luar rumah, tapi semuanya hampa pabila orang yang ditunggu tidak muncul-muncul.

12 tahun selepasnya, papa riz kini kembali ke kampung. Mungkin syarikat mereka di kl sudah stabil.

Aku menapak selangkah ke anak tangga pertama. Tiba-tiba badanku berasa tidak seimbang. Mujur mama dan mamy rina sempat menyambutku. Fiuhh. "Kita bawa ke hospital lah kalau macam ni" nampak wajah risau dimuka mereka semua. Aduh, aku ni menyusahkan betullah. Mama mengangguk perlahan dan memandangku.

Aku pasrah, lagipun aku rasa kaki aku perlu di scan. Aduihh macam-macam betul.

"Astagfirullahalazim, saya lupa lah rina mana saya letak kunci kereta." Papa riz menepuk dahi kemudian meramas di setiap poket baju dan seluarnya. "Mana saya letak tadi ye?" Mama dan mamy rina juga turut membantu mencari di setiap pelosok rumah namun pencarian mereka hampa.

"Didif kan ada kereta, minta didif hantarkan ajelah" seloroh mamy rina. Mataku membuntang, tolonglah jangan didif hantar aku. Aku dah lah awkward dengan dia bukan macam masa kecik dulu masing-masing tak tahu malu. "Bolehkan didif?" Tanya mamy rina.

Aku? Aku yang mesti hantar budak perempuan ni? Hm,takpelah dia ni sahabat kecil aku juga, apesal lah dia boleh jatuh. Tulaa mesti terkejut tengok aku sekarang, didif sekarang bukan macam didif dulu lah fifiy. "Boleh mamy" balas hadif selamba. Hadif bangun dari sofa empuk dan menuju ke kereta hyundai hitam miliknya yang diparkir elok di halaman rumah.

Oh mamaaa, kenapa takdir afhy macam ni ma?? Mama dan mamy rina membantu aku masuk ke kereta hadif. Pintu kereta disebelah tempat duduk pemandu dibuka mamy rina. Whattt?! Noo janganlah bagi afhy duduk kat sebelah dia mamy rinaaa. Dengan muka pasrah, aku melabuhkan punggung di tempat duduk sebelah pemandu. Rimaslah,dengan berbaju sekolah lagi aduihh. Sebaik aku selamat masuk ke dalam perut kereta,mamy rina menutup pintu kereta tersebut.

Cermin kereta di bahagianku diturunkan oleh hadif atas permintaan mamy rina. "Dif bawa fifiy elok-elok ke hospital ya. Guna kad kredit yang papa bagi untuk bayar bil hospital nanti." Pesan mamy rina. Mama pula memandang aku dengan senyuman. Oh tolonglah? Takkan aku pergi berdua aje dengan si hadif ni? Hadif mengangguk faham lantas cermin dinaikkan semula dan dia memusing stereng kereta keluar dari halaman rumah. Hadif memecut laju ke jalan raya utama.

Hanya bunyi radio kereta yang kedengaran ketika itu. Jam menunjukkan jam 5:35 petang. Aku balik sekolah lambat sebab kelas tambahan SPM tahun ni. Sadis hahaha naik pecah kepala asyik belajar aje namun itulah kenyataannya hidul seorang pelajar.

"Masih kenal aku tak?" Suara hadif memulakan perbicaraan kami. Aku memandangnya sekilas lalu memandang pemandangan di luar tingkap semula. "Tak" balasku pendek.

Hadif hanya menayang muka selamba. "Oh" . Giliran aku pula bertanya kali ini "ada jumpa vivin dengan wiwin tak?" Hadif memandangku tapi aku endahkan. "Vivin dengan wiwin masih kenal pula" bidasnya. "Suka hatilah" balasku perlahan tapu masih boleh didengarinya. Lebih kurang 3 minit membisu, hadif bersuara lagi, " vivin dengan wiwin ada je kat kl"

Aku tersentak.

Aku rindu vivin dengan wiwin huwaaaaa. Tapi, diorang masih ingat aku ke?

"Vivin dengan wiwin still lagi ingat kau. And they also wish one dat we will meet again as chilhood friends" tutur hadif sambil memandang aku sebentar. Yelaa mana boleh lama-lama , tengah driving oww

Tau-tau aje apa yang sedang aku fikirkan. Tapi syukurlah diorang masih ingat aku. "Tapi kat sana diorang tak panggil mereka vivin atau wiwin. Vivin kat sekolah kena panggil danial,wiwin pula kena panggil wiyah. Kitaorang tiga aje yang panggil nama panggilan kita masa kecik.

Ya allah, bagusnya mereka bertiga tetap bersama. Tapi aku bersyukur mereka tak melupakan persahabatan kami yang sudah tersimpan lama. Mungkin jika diibaratkan sebagai buku , sudah begitu tebal habuknya barangkali.

Aku tidak membalas kata-kata hadif. Berat sangat mulut ni mahu bercakap dengannya. Sedangkan masa waktu kecil dahulu, kami lah yang paling petah bercakap. Mulut murai kata orang.

"Kau ...... tak rindu aku?" Tanya hadif sambil dia menggaru tengkuknya entah gatal entah tidak. Pertanyaan hadif kubiar tanpa jawapan






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU TERIMA NIKAHNYAWhere stories live. Discover now