BAB 1

203 5 2
                                    

" Panas betul cuaca hari ni" keluh Maghfirah sambil berjalan ke fakultinya. Fakultinya terletak agak jauh lebih kurang 4km dari rumahnya. Maghfirah menyeka peluhnya yang makin kian terhasil. Walaupun bertudung labuh dan memakai baju labuh, tidak menghalang Maghfirah umtuk ke kelasnya. 

"Irah!!! Wait!" jerit satu suara dari belakang Maghfirah. Maghfirah berpaling dan tersenyum melihat kawannya, Jenny berlari-lari anak ke arah dia.  "Sampai hati you tak tunggu I", marah Jenny. Walaupun Jenny orang Australia, tapi dia fasih berbahasa melayu. "Bukan aku tak tunggu, kau tu lambat sangat. Kelas kita lagi 10 minit nak mula", balas Maghfirah sambil mengelengkan kepala. Jenny hanya senyum macam kerang busuk. Jenny ni dengan makeup berpisah tiada. Keluar kedai depan rumah pun nak bermekap. 

Setelah selesai kuliah....

Maghfirah cepat mengemas begnya untuk pulang segera ke rumah untuk menunaikan solat asar. Maghfirah berjalan laju sehingga terlanggar seorang lelaki. Jatuh semua buku-buku di tangan Maghfirah. "BUTA KA?! LAIN KALI JALAN TENGOK DEPAN BUKAN TENGOK BAWAH" jerkah lelaki tersebut. "Maaf encik. Saya tak sengaja"Maghfirah menundukkan kepalanya banyak kali untuk tanda meminta maaf. Lelaki terus berlalu pergi. 'Laki tu dah kenapa marah-marah macam tu. Salah aku juga' desus Maghfirah dalam hati. Dia cepat-cepat kutip buku-buku dia yang berterabur. 

Dari jauh kelihatan sepasang mata melihat Maghfirah dengan perasaan bersalah. Nak menolong tapi egonya tinggi. Hanya mengeluh sendirian bila melihat Maghfirah terkial-kial mengutip buku-bukunya. 

"Jenny,Laila kau tahu tak tadi aku terlanggar laki dari mana tah. Dia boleh jerkah aku depan ramai orang. Aku minta maaf pun dia buat dek ja blah macam tu"ngadu Maghfirah kepada rakan rumahnya. "Awat dia buat lagu tu. Kalau dapat kat aku, mampuih budak tu", marah Laila dengan dialek utara dia. "Slow down Laila. You speak too fast. I tahu you marah", ujar Jenny. Dia tak beberapa faham sangat bila Laila bercakap dengan loghat utaranya. "Tak pa lah. Aku ok ja. Salah aku juga kelam kabut sangat smpai tak tengok depan," ujar Maghfirah tersenyum. Mereka berdua hanya diamkan diri bila Maghfirah cakap bergitu. Maghfirah ni memang senang memaafkan orang dan dia bukan seorang pendendam.  

Malam itu, Maghfirah ulang kaji balik apa yang diajar tadi pagi. Tupp! Ada sampul berwarna putih jatuh dari bukunya. Maghfirah mengutip surat itu dan ia tertulis Kepada: Maghfirah .

Dia merasa pelik bagaimana surat tu oleh ada dalam bukunya. Dia membuka surat tersebut.

Kepada Maghfirah yang ku cintai, 

Aku dah lama perhatikan kamu. Kamu seorang yang lemah lembut dan budi bahasa. Permakaian kamu sejuk mata memandang. Aku dah lama minat dekat kamu. Kita belajar satu universiti yang sama. Mungkin kalau bertemu jodoh, kita akan berjumpa. 

-dari peminat rahsiamu-

PS: Minta maaf sebab penulisan saya tidak berapa baik. Saya tengah berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Saya harap saya dapat tingkatkan kemahiran penulisan saya. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA ITU PSIKOWhere stories live. Discover now