Neal siap packing semua baju-baju dan barang-barangnya. Kenny pun sama. Sejak semalam lagi mereka sudah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kenny pun sudah ambil kereta dari bengkel.
Tiada apa lagi yang tinggal.
Model mini bangunan yang mereka siapkan pun sudah dibawa masuk ke kereta.
Neal perasan yang Kenny agak tergesa-gesa, tetapi dia tidak fikir ia satu isu.
Mungkin Kenny sudah bosan berada di desa seperti ini.
" Ada apa-apa lagi nak dibawa masuk ke kereta?" tegur Kenny menepuk bahu Neal.
Neal geleng kepala.
" Okey, jom!" ajak Kenny.
" Alisya, dia tahu ke kita akan balik hari ini?" tanya Neal.
" Sudah. Aku sudah beritahu dia. " bohong Kenny.
Hakikatnya, dia tidak pernah berjumpa Alisya sejak hal tempoh hari.
Dia juga tidak mahu Alisya hampir lagi dengan Neal.
Apa yang dia mahu adalah mereka pergi dari sini, secepat mungkin.
" Dia kata dia tak dapat datang. " kata Kenny lagi, terus berbohong.
" Hm... baiklah. Aku nak minum sekejap, kemudian kita gerak ok?"
" Ok."
Neal menuju ke dapur.
Gelas kosong diambilnya tetapi tidak di isinya dengan air. Sebaliknya, dia berdiri kaku mengenggam gelas, menahan marah.
Dia tahu Kenny menipunya. Mereka sudah kenal lama dan dia sangat masak dengan perangai Kenny.
Apa yang dia tidak faham adalah mengapa Kenny menipunya? Kenapa?
Alisya pun sama.
Kenapa sejak hari itu, dia langsung tidak dapat berjumpa Alisya.
Berpuluh kali dia pergi ke banglo Alisya, tetapi Alisya tidak mahu bertemunya.
Seolah-olah Alisya menyembunyikan diri darinya.
Kenapa?
Kenapa mereka berdua membuatnya begini?
Tetapi yang paling menganggu adalah perasaan di hatinya yang terasa serba tak kena.
Rasa marah berbaur kecewa dan kesedihan membelengu perasaannya.
Pendustaan ini, seolah-olah pernah dialaminya.
Situasi ini..
Dia tidak tahu mengapa...
Dahinya berkerut cuba mengingati.
Seingatnya, dia tidak pernah rasa seperti ini.
Perasaan ini..
*Aku rasa ada sebab jika kau tidak ingin mengingati sesuatu. Dan walau apa pun sebabnya, sesuatu yang sudah dilupakan, lebih baik kekal seperti itu. *
Mengapa dia ingin melupakan segala-gala memorinya bersama Alisya?
Apa yang terjadi?
Mengapa hatinya terasa pedih.
Dia ingin ingat..sebab itu.
Mungkin...
Darah tiba-tiba menitis pada tangannya yang memegang gelas.
Cepat-cepat Neal menyentuh hidungnya yang berdarah. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.
" Alisya tak nak jumpa kau."
"Alisya tak dapat datang. Dia ada benda lain nak buat."
" Sudah! Berhenti sebut tentang Alisya lagi!"
Suara asing itu bergema.
Di depannya, samar-samar Neal nampak dirinya ketika kecil.
Neal yang masih kecil itu memeluknya.
Dia terkejut, tubuhnya terasa berat. Terasa tubuhnya terhuyung-hayang.
Gelas di tangan terlepas dan berderai pecah.
Prakkkkk!!
..
.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...