+ 35

2.3K 290 153
                                    

suasana kelas 5-3 agak riuh kerana cikgu prinsip perakaunan mereka tidak hadir harini dan tiada cikgu ganti yang masuk.

masing-masing buat hal sendiri, ada yang tidur, bersembang bincang dosa orang dan mengulang kaji pelajaran. ehem anda yang mana satu?

semua lelaki kelas 5-3 buat bulatan mengelilingi meja jeongguk dan taehyung, mereka ingin bermain satu permainan.

"truth or dare jum." ajak joshua aka ketua kelas walaupun dia sepatutnya cari cikgu sekarang ni.

"jum!" sahut yang lain.

"okay kau mula dulu." joshua tunjuk taehyung yang berada di hadapannya.

"eh asal aku?"

"ikut lawan jam, cepatlah truth or dare?"

"haih yela, truth." jawab taehyung rilek.

"ceh takut nak buat dare lah tu, tak jantan la kau." kata jeonghan mengejek.

"suka hati aku ah." taehyung menyelak rambutnya.

"dalam kelas ni siapa yang kau suka?" tanya joshua sambil tersenyum menyakat.

"eh bodoh tak ada soalan lain ke?"

mereka semua menadah telinga dekat taehyung dan ingin tahu rahsianya.

"bagitahu jelah, nama pun truth or dare mestilah kena berani." kata joshua yang sengaja kenakan taehyung.

"okaylah aku bagitahu tapi janji eh jangan sakat aku."

"yeee." kata yang lain.

"tu." taehyung muncungkan bibirnya kepada kumpulan perempuan yang berada jauh sedikit dari mereka.

"sekyung?" tanya wonwoo separuh terkejut.

jeongguk yang diam dari tadi turut terkejut, tak sangka kawan baiknya on crush dekat girlfriend dia sendiri.

"ya." taehyung tersipu malu.

riak wajah jeongguk berubah menjadi kurang selesa, dia pun tak tahu kenapa rasa macam panas je bila nampak taehyung malu-malu sebab sekyung.

"seriuslah do, aku pun suka dia gak." kata mingyu.

"kau nak mati ke?" taehyung mengacukan penumbuk.

"HAHAHAHA gurau lah, jangan risau aku dah ada awek lah."

"alang-alang dah tahu korang support la aku, jangan pulak rembat crush aku dalam diam." kata taehyung.

"kau betul-betul sukakan sekyung ke?" tanya jeongguk dalam nada serius.

"ya, aku sukakan dia sangat suka hahahaha." taehyung tergelak malu-malu.

"aaa i see." kata jeongguk lalu bangun dari kerusi dan keluar dari kelas begitu sahaja.

jeongguk tak boleh nak tengok muka taehyung, entah kenapa dia rasa taehyung tu saingan dia.

kelas addmath sudah pun tamat dan masing-masing mengemas buku. lepasni waktu belajar sendiri dan terpulang dekat pelajar nak buat apa atau nak pergi mana yang penting masuk kelas bila subjek seterusnya.

taehyung yang tak pernah berminat dengan addmath, mengeluarkan buku latihan addmath dan terus menuju ke meja sekyung.

jeongguk memerhati gerak geri taehyung dari tempatnya.

biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」Where stories live. Discover now