bab 12 setahun berlalu

2.9K 8 0
                                    

selamat pagi sya. anik ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur di murahkan rezeki dan sentiasa bahagia selalu.

aku tersenyum melihat mesej yang masuk. hari ni hpku di penuhi dengan ucapan dan doa dari mereka yang aku kenali. ye genapla umurku kini 20 tahun. tiba2 aku teringatkan surat dari mak mah. segera aku membuka kotak yang kemas dalam simpanan. perlahan aku mengeluarkan surat pemberian dari mak mah.

dengan lafaz bismilah aku buka sampul warna ungu di tanganku

assalammualaikum anakku anisya

saat sya membuka surat ini pastinya mama dan papa telah tiada. selamat hari lahir yang ke 20 sayang. doa kami sentiasa merestuimu walaupun kami telah tiada. anak mama telah dewasa kan. mama yakin sya akan menuruti permintaan mama dan papa walaupun kami telah tiada.

aku terasa berdebar seketika saat membaca dan mula menyambung kembali

apa yang kami ingin terangkan ini mugkin sya sendiri takkan faham. tapi percayalah segalanya telah di takdirkan untukmu sayang. untuk makluman sya. sejak kecil lagi kami telah berjanji akan menikahkan kamu berdua bila sampai masanya.

what.. nikah??.. semakin aku takut untuk habiskan bacaanku kini. aku tarik nafas seketika dan mula kembali

mama dan papa harap sya tabah dan sedia untuk perkara ini. percayalah keputusan ini di ambil setelah kami fikir sebaiknya. sya mungkin tidak ingat seseorang yang bernama Adam Danial bin Abdullah di dalam ingatan sya. waktu tu umur sya baru 2 tahun. abg Adam sentiasa melindungi dan menyayangi sya.abg Adam tua 8 tahun daripada sya. kamu berdua sangat rapat sayang. tapi kami telah berpindah kesini dan Adam masih di terengganu. sukar sebenarnya untuk menerangkan kedudukan kalian dihati mama. tapi kami yakin abg Adam akan jaga dan lindungi kamu bila kami tiada nanti. sya tak perlu mencari di mana Adam kerana bila sampai masanya. Adam akan muncul pada sya.. kerana itu memang janjinya.

sya pasti hairan dengan perancangan kami. tapi sebenarnya adam sentiasa berhubung dengan kami dari jarak jauh. percayalah sya Adam adalah lelaki yang sesuai dan terbaik dalam hidup sya di mata mama. kami harap sangat sya menuruti kemahuan kami. sesungguhnya doa dan restu kami sentiasa bersama sya.mama tahu Adam akan tunaikan janjinya pada kami untuk sentiasa bersama sya. untuk makluman sya Adam kini seorang ahli peniagaan yang berjaya. saat dia muncul di hadapan sya nanti. untuk kepastian sya, sya tanyakan saja padanya soalan ini

dimana pertemuan sya dan Abg Adam waktu sya 2 tahun. jika dia Adam yang mama maksudkan dia akan menjawab di RUMAH KENANGAN TERENGGANU

Akhir kata dari kami.. kebahagiaan sya adalah segalanya. tiada yang mustahil akan terjadi dalam hidup sya. sya ingatkan mama sentiasa katakan ini pada sya. jadi nak sebagai anak yang solehah kami harap sya jujur dan sedia menerima adam tanpa ragu. sampai di sini saja. kami sayang sya dunia dan akhirat.

habis 3 helai surat dari mama dan papa ku baca dengan teliti. aku mengeluh seketika. mampukah aku lakukan ini. percaturan apakah lagi yang bermain dalam kehidupanku. siapa Adam Danial? yang penting sekali siapa diriku yang tak suci lagi ni untuk berkahwin dengannya. haruskah aku turut kehendak orang tuaku yang telah pergi??

bermacam perkara kini timbul di benakku.

####

assalammualaikum anika. terima kasih atas ucapan awak.. maaf jika saya bertanya.. awak ada masa ke.

entah kenapa tiba2 aku terfikir untuk berkongsi cerita dengan anika. teman yang tak pernah kujumpa. tapi dia yang sentiasa dekat denganku.

waalaikumsalam sya..
sama2 ☺️biasa2 je..

ada yang sya nak kongsikan pada saya ke..

begitulah anika. sentiasa memahami kesulitanku dia benar2 menyenangkan hati sejak kami mula berbalas pesanan di hp.entah kenapa aku begitu selesa dengannya.

anika.. maafkan saya selama kita berhubung di talian ni. saya tak pernah tanya jantina awak. awak perempuan kan ☺️ mesej sent

dengan debaran alisya menunggu jawapan,tapi tiada balasan di terima

####
b

ayangkan ini sebagai dato' adam

ayangkan ini sebagai dato' adam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dato' Adam meraup wajahnya. apa yang ingin dia sampaikan. patutkah dia berterus terang.seketika dia memandang wasap yang di terima. terasa seperti dia keberatan untuk berterus terang pada buah hatinya itu.

selama ini dia hanya memerhatikan saja tanpa ragu. akhirnya persoalan itu timbul juga.seketika dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dahulu. biar semuanya reda..

ada hal yang lebih penting untuk dia selesaikan. Adam menyusun strategi bagi tindakan dia yang seterusnya. Dia pasti bila sampai masanya dia akan meluahkan apa yang di pendam selama ini.

'' sayang bila tiba masanya abang akan muncul dan menjagamu. abang akan kotakan janji abang. '' adam bicara sendiri

Hanya Kau Untuk KuWhere stories live. Discover now