alisya buntu tapi dia cuba gagahkan diri. lupakan sementara apa yang terjadi di hari lahirnya. Ya Allah sesungguhnya kau takkan menduga hambaMu di luar kemampuannya.
alisya kini berkerja di johor baharu. selepas kejadian dia di rogol 2 kali oleh haris. dia nekad lari dari kediamannya dan berhijrah ke Johor Baharu. sudah biasa hidup sendiri dan sedikit simpanan alisya mulakan hidup baru dengan penuh hati2. sesungguhnya dia tidak mau menjadi hamba kepada Haris lagi. cukuplah apa yang terjadi. dia nekad untuk tidak dijumpai Haris lagi. buat masa ini. hidupnya aman seketika adakalanya dia teringat pada teman2 yang sudah akrab dengannya. tapi semua itu harus di korbankan demi keselamatannya
####
Haris tidak senang duduk selepas mendapati alisya hilang dari radarnya.Dia menggetap giginya menahan amarah. kemana pun kau pergi alisya aku akan tetap mencarimu. selagi aku belum puas hancurkan hidup kau.imbas kembali waktu di cuba lafazkan cintanya pada alisya tetapi kejadian lain yang menimpa dirinya
dia dibelasah oleh seorang lelaki yang tak di kenali. lelaki itu bertegas mahu dia tinggalkan alisya jika mau selamat. mengingati perkara itu hatinya sakit kembali. SIAAAALLL ARGHH..
haris menjerit. apa sebenarnya hubungan lelaki itu dengan alisya. dari tindakannya seperti dia ada hubungan dengan alisya. tapi siapa dia..
sejak itu haris nekad jika aku tak boleh miliki dia.. maka orang lain juga tidak.'' akan ku hancurkan hidup kau alisya hingga tiada siapa mahu menerima kau selain aku.. ''
####
sedang alisya asyik menyusun barang di kaunter. terdengar bunyi dari hpnya.
Anika : Assalammualaikum sya. maafkan anik lambat reply wasap ye. tiba2 ada hal td.
saya perempuan la sya. kenapa... awak hajatkan saya ni lelaki ke heheh
sya : Alhamdulillah anika. maaf sya tak maksud begitu. saya perlukan sokongan awak...benar2 anika.
Anika : sokongan dari segi apa tuh.. saya sedia membantu selagi mampu
Sya : nanti malam sya wasap ye. sekarang ni tengah kerja. assalammualaikum ☺️
####
Usai mandi dan solat sya baringkan diri di bilik sewanya. sejak dia pindah ke johor dia lebih selesa menyewa sebuah bilik yang lengkap dengan perabot sederhana. cukup selesa baginya dan paling penting selamat. segera di capai hpnya.
Sya : assalammualaikum anika. saya menggangu ke..
Anika : takla sya. saya pun baru je nak baring ni.
Sya : jika tak keberatan. sya nak kongsi luahan hati sya ni pada anika. dah tak terbendung untuk tanggung sendiri
alisya menulis dengan penuh debaran. betulkah tindakannya berkongsi rahsia dengan anika. tapi hanya dia saja yang alisya rasa selamat untuk berkongsi cerita. walau tak pernah berjumpa tapi alisya tau anika seorang yang berhemah dan telus
Anika : teruskan..
waktu berlalu malam itu segala yang terbuku di hati alisya telah dia terangkan dari A hingga Z pada anika
Anika : saya tak sangka semua ni terjadi pada awak alisya. awak tabahkan diri.
Sya : terima kasih anika. tapi sya tak pasti untuk ikut wasiat yang di tinggalkan arwah. bagaimana nanti penerimaan Adam pada sya..
Anika : serahkan pada Allah swt. pasti ada hikmah di atas segala yang terjadi pada sya. saya harap sya terima saja wasiat tu. tunggu dan lihat saja ke hadapan ye.
####
didalam bangunan mewah kelihatan seorang lelaki yang termenung memandang ke luar. tinggi lampai berbadan sasa. kulitnya putih merah, matanya berwarna hazel dengan potongan rambut pendek dan lurus. jambang nipisnya saja cukup untuk membuatkan wanita jatuh cinta padanya pada pandang pertama. dialah Dato' Adam Danial seorang tokoh perniagaan yang berjaya walaupun asalnya dia daripada golongan orang bukan berada.Dia berasal dari sebuah rumah anak yatim,di besarkan dengan penuh didikan.berkat didikan ummu di rumah anak yatim dia menjadi seorang yang berjaya kini. apa yang dia tahu maknya orang malaysia dan bapanya orang jerman. ya dia berdarah kacukan.
berpewatakan selamba tapi dia cukup bergaya orangnya.bukan kerana mengikuti perkembangan fesyen tapi dia di anugerahkan Tuhan dengan kesempurnaan tanpa perlu di tokok tambah lagi.
'' Dato' ada apa panggil saya kemari '' kata ramon. ramon ialah orang kuat yang sentiasa berada di sisi Adam.
'' have a sit ramon.. i need ur help '' adam menoleh dan melabuhkan punggungnya di sofa menghadap ramon. entah apa yang di bincangkan begitu serius antara mereka.
'' Alright then Dato' you have my word. saya akan arahkan budak² saya untuk mengikuti mereka '' ramon bangun dan bergerak ke pintu keluar
Adam hanya memandang dan kembali ke mejanya menyambung kembali tugas yang tergendala sebentar tadi.
sayang.. sabarlah ye... kata adam sambil dia melihat frame gambar yang berada di mejanya
####
malam tu adam tak dapat melelapkan mata. hatinya terlalu sakit kerana tidak dapat menerima apa yang telah di maklumkan padanya. sungguh, jika di ikutkan perasaan marahnya mau saja dia mencari lelaki tak guna itu. tapi demi menjaga reputasinya. khidmat ramon di perlukan bagi melangsaikan perkara itu.
'' aku takkan lepaskan kau.. '' tanpa sedar adam menggetap giginya menahan marahnya.
YOU ARE READING
Hanya Kau Untuk Ku
Romancemengisahkan seorang anak yatim yang sentiasa cuba berusaha menjadi seorang yang sangat tabah selepas kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan.Dia tidak pernah tahu jika dia masih punya saudara lain selain keluarganya sahaja. hidup perlu diterusk...