Bride

65 9 2
                                    

Bang!

Bang!

Lelaki bertopeng muka itu melepaskan dua das tembakan,tepat mengenai dahi  Tuan Jung. Kepala Tuan Jung pecah berkecai,darah tersembur ke lantai bersama cebisan cebisan halus otak yang dah hancur,ada yang melekat sampai ke dinding dan siling. Tuan Jung terus rebah,terjelopok ke atas lantai tanpa nyawa.

Puan Jung menjerit tanpa henti meminta pertolongan sambil memeluk anak perempuannya erat. Lelaki bertopeng itu datang mendekatinya pula.

"Suami kau tu,tak guna. Dia dah rampas kau dari aku,dia rampas apa yang sepatutnya jadi milik aku. Dan sebagai balasan dia patut mati........"

"Kau pun sama Jung Aeran,"pistol dihalakan lurus ke arah Puan Jung. Puan Jung menangis teresak esak,melutut di hadapan lelaki itu untuk meraih simpati.

"Tolong jangan bunuh aku. Anak aku perlukan aku. Tolong!"Puan Jung merayu rayu. Kanak kanak kecil itu pula menyorok di belakang ibunya itu,menangis kerana ketakutan.

"Bye Aeran!"tiada kompromi,lelaki tersebut menebak dada Puan Jung dengan tiga das tembakan bertalu talu.

Tubuh Puan Jung berlumuran dengan darah. Tiga biji peluru terbenam di dalam dadanya.

"Omma!"

"Aeri,lari! Lari sekarang. Selamatkan diri kamu sayang!"jerit Puan Jung pada anaknya itu. Aeri bingkas bangun dan lari,lari sejauh yang dia mampu walaupun ketika itu hatinya berat untuk meninggalkan ommanya.

*     *     *    *

"Omma!"Aeri bingkas bangun. Dadanya turun naik,jantung di dalam tubuh berdegung kencang. Peluh sejuk membasahi gigi rambut. Aeri selak selimut yang menutupi separuh tubuhnya. Kedua dua lututnya dipeluk erat.

Aeri mimpi benda yang sama,iaitu memori hitam dalam hidupnya  yang tak boleh dia lupakan sehingga buat dia jadi trauma.

Klakk! Pintu biliknya dikuak dari luar. Muncul seorang wanita tua separuh usia,melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Aeri senyum tawar pada wanita itu. Wanita itu labuhkan punggung di atas katil,bersebelahan Aeri.

"Bakal pengatin baru dah bangun!"

"Ada ada je ahjumma Lee ni,"

"Cepatlah pergi mandi. Tetamu tetamu semua dah tunggu kat bawah tu,nak tengok bakal pengatin baru yang cantik ni,"Ahjumma Lee mencuit dagu Aeri. Aeri tergelak kecil. Wanita tua itu memang pandai mengusiknya.

"Majlis kan lambat lagi,"

"Memanglah,tapi kenalah buat persiapan awal terutamanya Aeri ni. Kejap lagi mak andam nak datang. Dah,pergi mandi sekarang. Ahjumma ada sediakan bunga tu,"

"Bunga? Nak buat apa dengan bunga,"Aeri kerutkan dahinya.

"Mandi bungalah,nanti naik seri sikit muka tu. Nak jadi pengantin ni,kena berseri seri,"balas Ahjumma Lee.

Aeri turun dari katil,ambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

*    *     *    *

Ruang tamu penuh dengan para tetamu yang kebanyakannya terdiri saudara mara,sepupu dan rakan rakan Aeri. Suasana agak bising sedikit.

"Aeri! OMG,bakal pengantin uolls,"dua orang gadis itu bergelak tawa sambil bersama sama memeluk Aeri.

"Alahh beb,I sedih Aeri dah nak kahwin,"adu Jia merangkul erat lengan erat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bride-[oneshot]Where stories live. Discover now