¶D 8

118 4 0
                                    

Another Pov

"Erkk.." kiera dan fiona terdiam bila melihat adiknya itu merenung dengan tajam

'Fuhh sabar rose sabar, ni kalau aku tibai ni tak saja masuk dalam hospital'

"Tak sekarang ni kenapa kau tak bagitahu aku yang aku ni adik korang?! Kenapa hah kenapa?!!" jerit rose sambil mengalirkan air mata

Kiera dan fiona berpandangan antara satu sama lain dan menganggukan kepalanya serentak. Kiera datang memeluk rose disusuli oleh fiona. Tujuan mereka berbuat begitu supaya adiknya menjadi tenang.

"Ye ye kitaorang minta maaf sebab tak bagitahu kau yang kitaorang ni kakak kau, maafkan aku eh?" pujuk fiona mengusap sayang rambut adiknya

Rose menepis kedua dua tangan kakaknya dan keluar dari bilik itu dengan segera. 'Sampai hati fiona dengan kiera tipu aku'.

Rose berjalan tanpa arah tuju, kemudian dia terlanggar seseorang sedar dengan kesilapan itu rose meminta maaf

"Maafkan saya, saya tak sengaja" rose berkata sambil menundukkan kepalanya

"Rose? Kenapa ni? Rose menangis eh?" soal orang misteri itu

Rose mendongakkan kepalanya dan terkejut apabila orang yang menegurnya tadi ialah Aeron. Pak cik saudaranya. Rose mengeluh dan mengesat kasar air mata yang masih bersisa di pipinya

"Tak lah mana ada. Rose tak nangis pun. Kenapa cik?"

Aeron hanya tersenyum 'Hmphh rose rose perangai kau ni memang saling tak tumpah dengan raja syah'

"Oii rose!!"

Rose terkejut dan memusingkan badannya ke belakang. "Ouh ammar" keluhnya perlahan

Ammar semakin mendekat serentak memandang ke arah aeron. Senyumannya terukir "Yo bro lama tak jumpa kau. Menghilang kemana kau selama ni?" ammar mengajukan soalan

"Aku ada je cuma ada kerja sikit, jagalah makwe kau tu elok elok. Rose cik gi dulu tau. Bro kalau ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum" kata aeron dan terus beredar dari situ

"Waalaikumussalam" jawab rose dan ammar serentak

Ammar Pov

Heh tak caya siot, kawan baik aku merangkap pak cik rose balik ke sini. Rasa rindu tu adalah sikit haa bukan gay ye. Usai sahaja aeron pergi aku memandang ke arah rose

"Pehal kau pandang pandang, tahu lah aku ni gojes tapi tak payah lah pandang aku gitu" rose berujar selamba

Aku tergelak besar "What?! Cantik kau kata. Haha cantik lagi spirit aku ni. Pfftt hahaha"

"Shadow finger"

Aku terkejut, rose dah mengurungkan aku dalam jari bayang. Heh dia ingat aku takut, excuse me this is ammar okay aku tak akan mengalah

"Balls of fire" sekelip mata jari jemari bayang itu hilang dari pandangan aku

Dan sekarang ini rose kelihatan sangat marah. Dia cuba untuk melakukan serangannya terhadap aku. Heh I won't let it happen.

Dengan pantas aku sudah berada di hadapannya. Serangan yang aku lakukan sangat kuat menyebabkan beberapa pohon pokok yang berada di situ terbakar

Aku lihat ke arahnya, what?! Aku dah lakukan serangan yang agak kuat terhadap dia but dia still boleh tahan. Dia ni hantu ke manusia. Tiada sesiapa yang boleh lawan serangan aku yang satu itu

"Rose.. Hentikan aku tahu kau marah kakak kakak kau dan pada masa yang sama kau kecewa sebab kau tak percayakan aku. Tapi ini bukan caranya untuk kau lepaskan kemarahan kau. Lenyapkan kilat pink tu, aku tak izin kan kau pakai kilat pink tu sesuka hati. Kilat itu tak beberapa stabil lagi dengan kau. Get it?"

Puteri Duyung «OG»Where stories live. Discover now