part 43

459 14 1
                                    

Mula-mula Neal ingat benda ini hanya sementara.-Alisya yang jarang-jarang berjumpa dengannya. 

Tetapi dia silap. 

Di majlis hari jadinya yang ke -13~

"Alisya tak dapat datang. Dia ada benda lain nak buat."

Benci betul dia melihat senyuman yang disengajakan itu. Jauh dihatinya, dia tahu itu satu pembohongan. 

Keesokan harinya, Neal datang ke rumah Alisya dengan harapan untuk berjumpa dengan Alisya. Namun, sebaik sahaja pintu dibuka, Mek Jah pantas menahan dirinya. Dan disebalik tubuh Mek Jah,  Neal lihat dia berdiri memandangnya.  Neal lihat senyuman sinis nya.

" Alisya tak nak jumpa kau!" Satu pembohongan lagi.

Dengan berat hati, Mek Jah menutup pintu, membiarkan Neal berseorangan di luar rumah.

Perkara ini berulang-ulang beribu kali. Dan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menghentikan semua ini. Dia cuma budak lelaki yang berusia 13 tahun yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia tiada kuasa, dan tiada hak. 

Tetapi, putus asa? Tidak sama sekali.

Dia terus mencuba. Hinggalah pintu pagar rumah banglo itu dikunci.

Tidak lagi menerima kehadirannya.

Menamatkan kunjungannya.

Membuatkan Neal marah dan kecewa lalu menyalahkan dirinya yang lemah.

Sehari, seminggu, sebulan... dan akhirnya setahun berlalu.

Mereka berdua tidak pernah bertemu lagi. 

Tetapi, Neal tidak pernah sekalipun berhenti mengharap. 

Ya, memang Alisya tidak pernah lagi keluar dari rumah banglo itu. Ya, memang Alisya sudah berhenti hadir ke sekolah. Malah, Neal juga  sudah lama tidak mendengar bunyi piano dari rumah banglo itu.

Tetapi, Neal tidak pernah berhenti memikirkan Alisya.

Bulan November, hujung tahun~

Neal bergegas ke sekolah rendah kampungnya. Hari ini, result UPSR keluar dan dia dapat tahu yang Alisya hadir ke sekolah untuk mengambil keputusannya. Alisya merupakan salah seorang pelajar yang mendapat 5A. 

Sebaik sahaja sampai di sekolah, dia melilau seakan gila mencari Alisya.

" Alisya, dia dah balik." 

" Baru juga dia balik, rasanya baru je dalam 10 minit begitu."

Tanpa lengah, Neal berlari keluar, cuba mengejar Alisya, berharap  yang dia masih sempat menahan Alisya. Lariannya berakhir di depan banglo Alisya. Dari jauh, dia lihat Alisya sedang berdiri di depan pintu masuk.Disisinya ada Mek Jah dan insan yang menjadi punca perpisahan ini.

" Alisya!!! " 

Teriakannya menarik perhatian Alisya yang kelihatan sugul. 

Alisya menoleh dan wajah yang muram itu berubah ceria. Untuk kali pertama, mereka dapat menatap wajah masing-masing walaupun dari jauh. 

  "Alisya!! Tahniahhhhhhhhhhhh!!! Tahniah!!!!!!!!!!!! Horeyy!! Horeyy!!!" laung Neal sekuat boleh.

Neal tahu dia tak mungkin dapat menghampiri Alisya. 

Tetapi dia mahu Alisya tahu yang dia masih menantikan Alisya.

Neal meloncat-loncat tinggi, melambai-lambai dan membuat pelbagai gaya untuk Alisya lihat.

" Hahahaha!!" 

Senyuman Alisya semakin melebar diselangi dengan ketawa. Dia mengesat air mata yang bertakung di matanya. Dia terlalu rindu pada Neal. 

" Horeyy!! Tahniah!!! Alisya! Tahniah sebab dapat 5A!!" jerit Neal lagi. 

Alisya turut melambai pada Neal. Namun ia hanya sekejap. Neal lihat tangan Alisya direntap kasar. Dan dengan paksaan, Alisya ditarik masuk ke rumah.

Pintu ditutup dan dikunci.

Neal berdiri kaku, merenung banglo yang terkunci dari pandangannya. Pintu banglo ini tak mungkin terbuka lagi untuknya. 

Selama-lamanya.



Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now