-8

52 4 1
                                    

[ EUPHORIA | JJK ]

"Hoi" Taehyung pandang Hoseok yang menegurnya. Kerusi di sebelahnya ditarik Seokjin untuk duduk. Dia hanya membiarkan lalu sambung membaca buku teks sains. Malas nak layan dua orang budak lelaki yang tak matang ni.

"Wah, kurang ajar kau Tae. Aku ni lagi tua dari kau lah" Jin mencebikkan bibirnya lalu menjeling Taehyung yang masih membuat taktahu dengan kewujudan mereka berdua. Hendak sahaja Hoseok memukul si Taehyung itu.

"Taehyung, kitorang berdua ada benda nak cakap"

Masih lagi diam. Tetapi Taehyung membalas dengan lirikan mata. Membiarkan mereka memulakan percakapan.

"Kau sebenarnya, apa masalah kau eh semalam? Tiba-tiba nak emo. Kau tahu tak Namjoon pun salahkan aku. Padahal dah terang terang yang kau salah"

"Entah tu kau ni. Kau sukakan kalau  kita semua ni bergaduh? Semuanya disebabkan kau"

"Dahlah Hyung. Aku malas nak layan korang berdua. Kalau aku cakap yang betul pun, bukan korang nak percaya. Yelah, aku ni kan bukan kawan korang berdua kan? Takpa aku faham. Korang dah boleh balik kelas korang"

"Hey-"

"Hyung, kau jangan nak buat kecoh boleh tak? Apa masalah kau ni sebenarnya?" Jimin yang baru sahaja datang kesekolah mula memarahi Seokjin. "Tepi, aku nak duduk. Jangan berani kau nak duduk sini semata-mata untuk cari gaduh" badan Seokjin ditolak. Seokjin terus berdiri.

"Eh, Jimin. Kau pun sam-"

"Diam kau Hoseok. Kalau kau nak tahu, sebab mulut kau tulah kita semua bergaduh. Aku bukan nak biadab, tapi memang kau yang cari pasal dulu. Menuduh tanpa tahu apa-apa"

Hoseok terdiam. Sejujurnya dia sentap.

"Tapi betullah kan, Taehyung ni cem-"

"Hyung, kau masih nak cakap Taehyung ni cemburu?" tiba-tiba Yoongi yang berdiri di belakang Seokjin, memotong percakapan Seokjin. Namjoon juga ada disebelahnya.

"Sejak semalam hyung...sejak semalam kita bergaduh. Aku bagi kau peluang untuk berfikir siapa yang salah dalam hal ni. Tetapi kau masih menyalahkan Taehyung. Hyung, aku tak sangka kau bodoh" Yoongi masukkan tangannya di poket.

Jimin pandang Yoongi. Entah sejak bila Yoongi ada kat situ, dia pun taktahu.

"Aku cari kau Jimin. Tadi kata nak lepak sama-sama sebelum kelas mula tapi entah buat apa lambat sangat aku pun datanglah ke sini. Oh, rupanya masalah masih belum selesai"

Sekali lagi semua terdiam. Yoongi menggelengkan kepala. "Hyung...kau lagi tua daripada kami semua. Sepatutnya kau tahu cara untuk hentikan pergaduhan. Tapi tak, kau terus menerus cari pasal"

"Yang kau nak emo sangat ni kenapa, Yoon-"

"Sebab ini berkaitan dengan Jungkook lah aku emosi! Dan kauorang berdua, menuduh tanpa usul periksa! Taehyung yang jadi mangsa! Kalau kau tahu perkara yang sebenar, baru kau tahu siapa yang salah! Masa tu, korang minta maaf pun aku dan yang lain taknak layan lah!"

Suara Yoongi sudah mula kuat. Nasib baik hanya ada mereka disitu. Kalau tak, semua dah kecoh.

"Jungkook hari-hari pergi ke loker Nahee untuk letakkan bekal kat loker Nahee kan?"

"Nae, Hyung" Namjoon mengangguk laju.

"Kau dua orang, ikut aku. Sekarang!"

------------

"T-tak mungkin"

"Itu...itu bukan Nahee. Aku tak percaya itu Nahee"

Yoongi tersengih sinis. "Sekarang kau tahu apa maksud aku. Taehyung yang nampak benda ni dulu. Kau masih nak cakap dia cemburu?"

Mereka berdua diam. Tak percaya.

"5bulan Jungkook bawakan dia bekal. 5bulan tu jugalah bekal tu, Nahee buang dalam tongsampah. Dia dah tahu, Jungkook yang bawakan bekal tu. Makin dia benci nak makan"

Namjoon senyum nipis.

"Taehyung bukan cemburu. Dia marah. Dia marah bila Jungkook asyik cerita tentang kebaikan Nahee yang sebenarnya hanya tipu. Depan Jungkook dia baik, belakang Jungkook macam syaitan. Dia tak suka pun Jungkook sebenarnya. Dia cuma nak mainkan perasaan Jungkook"

Jimin menghela nafas sebelum menyambung percakapan. "Ingat kan, masa Jungkook bagi Bunga Ros dan Coklat pada Nahee? Kau mesti ingat Hoseok. Sebab kau yang temankan Jungkook masa tu"

Hoseok hanya mengangguk perlahan.

"Lepas ja Jungkook pergi, Nahee dan kawan dia terus pergi kat tempat pembakaran sampah. Benda yang Jungkook bagi kat dia tu, dia buang kat situ lepastu dia bakar. Nahee dan kawan dia pula anggap benda tu jadi bahan jenaka diorang. Diorang masih lagi boleh ketawa lepas buat Jungkook macam tu. Taehyung nampak semuanya. Dia rasa marah. Sebabtu masa Jungkook ceritakan pasal Nahee, dia taknak dengar. Dia pura-pura pergi tandas lepastu ajak aku. Tak...kitorang pergi taman. Masatu juga Si Taehyung tu ceritakan perangai Nahee tu. Semua dia nampak. Dia ceritakan juga pasal Nahee cium lelaki kat tempat yang tak ada orang. Tapi Nahee tu bodoh. Ada ke cium kat perpustakaan. Dah tahu si Taehyung tu selalu pergi situ lepas balik sekolah. Bodoh punya perempuan"

Namjoon anggukkan kepala. "Ya, memang Nahee tu bodoh. Kau orang berdua pun bodoh. Dahlah bodoh, bodoh pula tu"

"Hyung, sabar" Jimin usap belakang badan Namjoon. Takut Namjoon jadi macam Yoongi.

"Korang tak ingat ke apa yang jadi tahun lepas? Jungkook sedih sebab bekas teman wanita dia curang dengan dia? Sebulan dia diam Hyung. Tak tegur kita pun. Aku taknak benda ni berlaku lagi. Kau nak tengok Jungkook sedih lagi?"

Hoseok sudah menunduk. Nangis. Seokjin pula mengeluh.

Yoongi berdiri dihadapan Seokjin. Dia tersenyum nipis. "Ada masa Hyung. Kau minta maaflah kat Taehyung tu. Kesian dia. Dia yang jadi mangsa tuduhan korang. Pergilah minta maaf. "

Seokjin dan Hoseok menganggukkan kepala. Baru sahaja selangkah, pergerakan mereka terus terhenti.

Lelaki yang sedang menangis di hadapan mereka itu membuatkan mereka semua terdiam.

"J-Jungkook.."

Euphoria | jjkWhere stories live. Discover now