aku masih lagi mendiamkan diri sepanjang perjalanan yang tah ke mana hala tujunya. sesekala aku lihat dari ekor mata adam memandangku
'' ok wife.. kita dah sampai. ini rumah kita mari masuk kedalam saya akan ceritakan semuanya'' lembut saja suara yang keluar dari adam. aku masih lagi tak bersuara hanya menurut katanya
rumah banglo besar ni rumah dia?? . Dato' ??
berbagai soalan timbul tapi tak mampu aku luahkan padanya.sampai di depan pintu aku di jemput masuk seorang wanita sekitar umur 50 an. aku senyum bersalam dengannya penuh sopan.'' wah Dato ' inikah alisya yang sering Dato' cerita tu '' kata wanita dihadapanku. kulihat adam mengangguk senyum.
'' come alisya.. ini bik yam dia penjaga dalam rumah ni ''aku senyum dan menunduk hormat serta bersalaman dengan bik yam.
rumahnya sangat besar dengan dekorasi yang sangat cantik didalamnya. aku terpegun seketika menikmati kecantikan rumah tersebut
'' awak mesti penat kan. mari kita kebilik ada yang ingin saya ceritakan''
aku mula rasa bimbang tapi masih menurut tanpa kata.kami masuk ke dalam lif menuju ke tingkat 2.fuh dalam rumah ada lif dasyat gilee la dia ni.
sampai di atas tanganku dipimpin ke bilik. di hadapanku ada 3 buah bilik bertentangan dan bahagian tengahnya ada ruang tamu yang besar lengkap dengan set tv, menuju ke luar ada balcony di sebalik langsir
'' ini bilik saya.. 2 lagi tu bilik kosong memang saya sediakan jika ada tetamu.. duduk lah make your self comfortable '' jelas adam padaku sambil dia menanggalkan baju yang di pakainya dengan hanya bersinglet dia datang padaku membawa sebuah kotak
di tarik kerusi dan duduk menghadapku'' alisya saya tahu awak masih tak faham dengan apa yang sedang berlaku. saya akan ceritakan semuanya. ''
dia kemudian memulakan ceritanya dari mula, adakalanya aku berkerut mendengarnya. terkejut bukan kepalang bila aku mengetahui sebenarnya aku bukanlah anak kandung mama dan papa. rupanya kami di besarkan di rumah anak yatim iaitu rumah kenangan di terengganu. aku dijumpai di tinggalkan di sebuah surau kecil di sebuah perkampungan berdekatan, orang kampung kemudiannya menyerahkan aku ke rumah kenangan. di situ lah adam mula menjagaku. ketika itu aku masih bayi. kata adam aku seorang bayi yang tak banyak ragam hingga adam begitu suka menawarkan diri untuk menjagaku bila ummu sibuk dengan anak² yang lain. sungguh aku tidak dapat mengingati semua yang di ceritakan. yang aku tau hanyalah aku punya mama dan papa. katanya kami mula berpisah waktu aku berusia 1 ½ tahun. ketika keluarga ku memutuskan untuk mengambilku sebagai anak angkat mereka. aku bersyukur orang tuaku menjaga dan mendidik diriku dengan baik sekali. aku juga rasa sedih bila mengenangkan siapa orangtuaku yang sebenar.
kata adam dia tidak mau putus hubungan denganku dan sering minta ummu sentiasa hubungi keluargaku untuk mengetahui keadaanku.
hinggalah satu hari adam menyampaikan hasratnya ingin menjadikan aku sebagai isteri yang sah dan mendapat persetujuan keluargaku. habis mendengar cerita yang sebenar dari adam. aku jadi termenung seketika. mampukah aku redha dia
atas apa yang aku ketahui kini begitu besar kasih sayang adam padaku sorang gadis yang tiada keistimewaan langsung.'' hei wife.. awak jangan fikirkan sangat benda yang dah lepas. past is past, kita mulakan hidup baru... awak dan saya.. so chill ok '' kata adam seraya mencuit hidungku. aku hanya mampu tersenyum saja.
'' tukarla baju dulu then kita turun makan. saya dah lapar ni'' adam bangun menuju ke wardrobe dan mengambil bajunya. aku masih lagi duduk di sofa. dia kemudian berhenti pelik memandangku.
''awak tak nak segarkan diri ke. ''
'' emm.. macam mana saya nak tukar baju encik. saya kan datang sini sehelai sepinggang''jelasku sambil menunjukkan baju yang kupakai.
''opss my mistake.. by the way saya ada sediakan baju untuk awak. sekejap ya. '' dia kemudian mengambil beg kertas dan menyerahkannya padaku
'' and another thing.. stop call me encik. I'm your husband now. you may call sayang.. abang.. or... darling '' dia berlalu dariku sambil mengenyitkan matanya.
ish suka hati je nak suh aku panggil dia macam².. getusku dalam hati. tak berlengah aku bergerak ke bilik sebelah tanpa di suruh untuk segarkan diri
usai mandi aku mengeringkan rambut terdengar namaku di panggil. segera aku menyahut dan buka pintu. terkejut aku bila adam sudah ada di depan pintu. Ya Allah indah betul ciptaan Tuhan. wajahnya begitu menggoda sekali baru hari ni aku betul2 pandang tepat ke wajahnya. adam terus menarik tanganku untuk turun kebawah.aku hanya menurut saja.
####
malam telah larut sejak makan siang aku lebih banyak diamkan diri di balcony atas. terperanjat bila tiba² ada tangan yang menyentuh pinggangku dari belakang
'' eh maaf encik saya tak tolong apa² pun sejak tadi''
''again?? u still call me encik..?'' adam meraup rambutnya kebelakang.
'' maaf saya masih belom biasa lagi.. beri saya masa ye''
adam hanya diam memandang ke depan.''encik.. eh emm awak.. malam ni saya tidor di mana'' aku ajukan pertanyaan bagi menghilangkan suasana sunyi
''alisya tak nak tidur dengan saya ke .. we are married yea. dimana isteri tidur kalau bukan bersama suaminya''
ok ohhh.. this is awkward. macam mana aku nak tidur dengan dia pulak. aku pasti menjelang besok aku pasti di ceraikan adam.
'' emm awak.. saya belum sedia lagi... emm lagipun kita belum kenal sangat hati budi masing² betul tak '' aku beri alasan yang tak tau lagi bertahan sampai bila.
adam memandangku dengan tenang dan angguk setuju. dia kemudian memberikan senyuman manisnya padaku
'' tak pe sya. saya faham. take your time. saya takkan paksa awak selagi awak tak bersedia ok ''
'' awak bole tidur di bilik sebelah. so good nite wife, esok kita bincang about our wedding ceremony ye''
adam memelukku seketika sebelum kebiliknya. aku seperti terkena renjatan elektrik akibat pelukannya. andainya aku akan sentiasa berada dalam pelukan itu.
sya : assalammualaikum anika. awk bz ke
anika : tak la penat sikit je biasala kan. so macam mana en suami. sweet tak. handsome tak. cer story sikit
aku tergelak seketika membaca mesej dari anika. bukan main excited lagi dia. aku ceritakan semuanya pada anika tiada tertinggal walau sedikitpun
anika : so awak rasa suami awk tu kategori orang macam mana.
sya : awk.. kalau la awk nak tau saya la orang paling bahagia hari ni tapi saya takut nak tidur. takut mimpi ni semuanya hilang dan saya kembali seperti dulu.
saya rasa dia seorang lelaki yang baik dan bertanggjawab.tak sangka saya di sayangi oleh seorang jejaka hensem.. macam tak padan je dgn saya tau
malam tu aku chat dengan anika sampai jam 4 pagi.semoga esok menjadi lebih baik dari hari ini.
YOU ARE READING
Hanya Kau Untuk Ku
Romansmengisahkan seorang anak yatim yang sentiasa cuba berusaha menjadi seorang yang sangat tabah selepas kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan.Dia tidak pernah tahu jika dia masih punya saudara lain selain keluarganya sahaja. hidup perlu diterusk...