mengisahkan seorang anak yatim yang sentiasa cuba berusaha menjadi seorang yang sangat tabah selepas kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan.Dia tidak pernah tahu jika dia masih punya saudara lain selain keluarganya sahaja.
hidup perlu diterusk...
selesai sudah majlis resepsi kami di sebuah hotel. tetamu yang datang langsung tak aku kenali.penat tak terhingga dengan sesi bergambar lagi. kebas rasa bibirku yang tak lekang memberikan senyuman.
'' finally wife kita dah boleh berehat jom kita ke bilik '' adam menarikku ke biliknya. aku akur sejak semalam aku masih lagi berasa segan dengan adam. chill la baru 2 hari je kot bergelar isteri adam. adam kemudian keluar dari bilik air hanya mengenakan tuala saja.
aku tak sengaja leka memandang tubuhnya yang sasa dengan six pack.. fuhh.. segera ku larikan pandangan bila mata kami bertentang. adam senyum nakal mentertawakan gelagatku.
'' hei wife.. bole tolong ambilkan seluar atas katil tu. '' minta adam. aku bangun dan menyerahkan padanya. tiba² dia mencium pipiku, aku terkejut hingga hampir jatuh ke belakang pantas adam menahan. mata kami bertentang seketika, adam merapatkan wajahnya padaku dan berbisik '' may i kiss ur lips my wife'' aku tak menjawab kecuali menutup mata. tiada apa² yang berlaku aku buka mata kembali dan adam membetulkan kedudukan kami. dia teruskan memakai pakaian. tanpa menunggu aku terus berlari ke bilikku.
Ya Allah.. marahkah dia padaku. berdosa kah aku kerana tak menjalankan tanggungjawabku..
======
sya : anika.. saya nak tanya pendapat awak. harus ke saya berterus terang pada adam tentang diri saya.
saya takut dia terseksa.. saya tau apa yang dia mahukan dari saya sebagai seorang isteri. tapi saya takut anika.
saya takut dia akan marah dan gelarkan saya penipu pula
anika : think positif alisya. ada ke dia tunjukkan kelakuan negatif pada awak. takde kan. so dia pasti seorang yang sangat memahami.
kenapa awak tak cuba berbual dgn dia.
Sya : saya takut anika.. saya takde kekuatan. dia terlalu sempurna untuk saya
nasihat demi nasihat akhirnya aku akur. semoga esok ada kekuatan untuk aku menghadapinya. sejenak aku berfikir seingat aku adam belum sekali pun bertanya tentang haris padaku.itu membuatkan aku keliru dengan sikapnya. adakah dia tahu tentang haris..
====
adam duduk bersandar di katilnya. haruskah dia berterus terang pada alisya tentang segalanya. dia merasakan anika perlu mainkan peranan dalam hal ini. siapa anika pada adam.. apa kaitan antara mereka berdua..
usai solat subuh bersama aku cuba untuk memulakan perbualan dengan adam
'' emm awak.. bole tak saya nak minta izin balik ke bilik sewa saya hari ni. saya nak bayar sewa bilik saya pada tuan rumah''
'' boleh tapi awak kena pergi dengan saya. sebab saya plan nak bawa awak ke satu tempat.'' kata adam
'' awak.. ada tak nak tanya saya apa² memandangkan dah 3 hari kita berkahwin awak langsung tak tanya apa² tentang saya'' soalku bersahaja. cuba memecahkan suasana sunyi antara kami berdua
adam memandangku tanpa reaksi.. kemudian dia meraup wajahnya dan tunduk. perlahan tangannya menyentuh pipi ku
''my wife.. saya takkan sesekali paksa awak untuk apa jua hal antara kita. saya tau saya ada hak untuk tahu. tapi saya lebih senang kalau awak sendiri dengan hati yang terbuka untuk cerita atau minta apa saja dari saya. remember I'm your husband.'' kata adam.. begitu tenang perwatakannya. ciri-ciri seorang lelaki dan suami dambaan setiap wanita termasuk aku.
usai sarapan pagi kami menuju ke bilik sewaku.aku ambil beberapa barang yang ku tinggalkan. sengaja aku meneruskan bayaran sewa kerana aku harus bersedia saat aku di tendang keluar dari hidup adam. ye aku kena tabah. aku mesti berani..
selesai urusanku dengan tuan rumah kami menaiki kereta yang di pandu adam sendiri. tiada pemandu selain kami berdua,suasana sunyi saja dalam kereta janggal rasanya bila begini. aku beranikan diri bertanya
'' awak kita nak ke mana ye ''
adam senyum menoleh sekejap padaku '' we're going for our honeymoon. we've just married and this is my present for you' '
gulp.. aku telan air liur.. huhu matilah aku. aduh makin serabut kepala aku ni. segera aku mulakan mesej pada anika.tapi tak berjawab, sibuk la tuh. anikaaa tolong saya. getusku dalam hati
hampir 3 jam perjalanan kami hingga aku tertidur beberapa kali. saat ku buka mata dihadapanku kini sebuah rumah sederhana besar seperti cottage house nampak tenang dan menyenangkan
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
'' come wife.. kita honeymoon di sini. rumah peninggalan keluarga saya"
waa.. cantiknya di bahagian dalam hingga tanpa sedar aku mulutku terngaga kerana leka dengan kekemasan di bahagian dalamnya.
"awak.. saya.. emm kita berdua je ke kat sini"
"of course wife.. ok anggap je ni sesi perkenalan kita ok." kata adam sambil kenyitkan mata. aduhh gugur jantung aku dengan wajahnya yang tampan tu.
" nak tanya lagi bole?.. ada makanan tak saya lapar " aku dah macam kerang busuk tersengih sambil pegang perut.
" ooo ok.. sorry i forgot to tell u. in this house i will be your chef.. just tell me what do you want to eat wife" dia menundukkan badan seperti seorang pelayan.