++twenty six

105 18 6
                                    

Balik sahaja daripada mall, Jungkook terus menghempas badannya ke atas katil. Penat seharian berjalan. Perempuan yang mereka bawa balik tadi biarlah Junghyun yang jaga. Asalkan Hyejin ada bersama Jungkook.

"Kook, mandilah dulu. Tak elok lah tidur macam ni.." Hyejin bersuara sambil menepuk dada Jungkook.

"Kejaplah, penat ni.." Jungkook berkerut. Butang bajunya dibuka tiga teratas. Badannya penat. Dari pagi keluar hingga malam baru balik ke rumah. Hyejin hanya menggelengkan kepalanya lalu towel yang tergantung dia capai.

Baru sahaja Jungkook memejamkan matanya, dia sudah lena dibuai mimpi.
__________

"Apa nama kau? Kenapa kau lari? Apa yang dah jadi? Aku nak kau cerita semua." Bertubi tubi soalan keluar dari mulut Junghyun. Perempuan itu terkebil kebil ingin menjawab soalan Junghyun.

"S-saya, Roseanne.." Roseanne memejamkan matanya dan menarik nafasnya perlahan.

Junghyun berdiri manakala Roseanne duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Wajah Roseanne ditenung membuatkan Roseanne gementar.

"Ayah saya berhutang dengan samseng, rumah saya habis kena sita. Ayah saya mati kena bunuh, ibu saya pula mati sebab jadi mangsa bdsm—" tiba tiba mata Roseanne berair, badannya menggigil teruk.

"S-saya hampir kena r-rogol.." teresak esak Roseanne menangis. Terasa lemah satu badan.

Junghyun terkejut. BDSM bukan boleh bawak main. Masalah Roseanne adalah masalah yang serious. Tiba tiba Roseanne menjerit sambil menyilangkan tangan pada dadanya.

"Jangan sentuh aku!!" Roseanne jatuh dari sofa dan dia mengundur dengan tergesa gesa.

"Hey, Roseanne!" Junghyun berlari mendapatkan Roseanne. Roseanne ingin lari tetapi Junghyun pantas menangkap pergelangan tangannya lalu menarik Roseanne masuk kedalam pelukan.

"Jangan sentuh aku!" Dada Junghyun dipukul kuat membuatkan Junghyun mengeratkan lagi pelukannya sehingga Roseanne berhenti memukul Junghyun.

"Jangan sentuh...." tiba tiba badan Roseanne memberat. Roseanne pengsan.

__________

"Appa, Kook sayang appa..." Jungkook memejamkan matanya.

"Omma macam mana? Tak sayang omma?" Soal Encik Jeon dengan bersahaja.

"Kook ni macam bukan anak omma je.." Jungkook mengetap bibirnya perlahan.

"Jangan cakap macam tu Kook.. teruk macam mana pun omma layan kamu, dia tetap omma kamu." Encik Jeon mengusap perlahan rambut anaknya itu. Jungkook hanya mengeluh perlahan.

"Kook tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu.. Kook cemburu dengan kawan kawan Kook. Ibu kawan kawan Kook semua layan anak dia baik baik. Terutamanya... 'Dia.' Kawan Kook yang paling Kook cemburu." Riak Jungkook hanya kosong.

"Kook, appa dengan omma makin tua.. kami tak dapat nak jaga Kook dengan abang Kook selamanya. Lepas ni, kalau ditakdirkan appa pergi, janji dengan appa, jangan pernah menangis. Biarkan appa pergi dengan tenang. Lelaki mana boleh menangis. Faham?"

"Apa appa cakap ni?" Berkerut kerut muka Jungkook mendengar perkataan yang keluar dari bibir bapanya itu.

"Appa semakin tua, musuh syarikat semakin ramai. Ramai nak jatuhkan appa. Jadi bersedia lah Kook. Berbaik dengan Abang kamu." Kata Encik Jeon dengan suara yang perlahan.

"Kook dah lambat nak pergi kelas. Pergi dulu appa." Jungkook bangun lalu menyalam tangan bapanya. Bukan ingin kurang ajar dengan memotong percakapan bapanya, cuma Jungkook benci bila bapanya bercakap tentang kematian.

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now