CHAPTER 56

1.7K 194 13
                                    

APARTMENT TAKIYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

APARTMENT TAKIYA

Bangunan Apartment di hadapan itu diperhatikan sahaja oleh Willy dan Ted. Blues turun daripada kereta dan dia juga mendongak memerhatikan bangunan yang dimaksudkan oleh Grey.

Grey kata dia tinggal di situ dan ibu kandung mereka juga ada bersamanya. Blues tersenyum lebar. Akhirnya dia dapat menemui ibu kandungnya. Tidak pernah menyangka, hari seperti itu akan muncul juga. Setelah lama menganggap dirinya sendirinya tanpa keluarga, kini dia terlalu gembira kerana ibunya masih hidup.

"Ted, kau tunggu di sini. Saya dan Blues naik ke atas dulu." Arah Willy kepada Ted sebelum dia. menarik tangan Blues memasuki bangunan itu.

HOUSE NO G-2-1G

Nombor rumah itu Blues perhatikan. Dia yakin itu adalah alamat yang Grey berikan kepadanya.

Tok. Tok. Tok.

Willy mengetuk pintu dan Blues menunggu dengan sabar pintu itu dibuka. Hatinya berkobar- kobar dan dia tertanya- tanya, apa reaksi ibunya bila melihat kemunculannya di Situ.

"Kau jangan fikir banyak sangat boleh tak? Nanti kau jatuh sakit lagi." Kata Willy Tiba- tiba. Dia seperti dapat membaca apa yang tertulis di minda si Blues ketika itu.

"Saya okay Willy. Saya Cuma takut ... tak tau kenapa. It's weird."

"Kalau kau tak sedia lebih baik kita balik dulu. Kau ada banyak masa lagi untuk jumpa dia.."

Blues pantas menggeleng.

"Saya dah ada di sini. Tak perlu nak lengahkan masa lagi."

Willy menangguk. Dia memandang wajah Blues semahunya. Dia juga rasa hairan, kebelakangan ini dia seperti dapat membaca apa sahaja yang ada di dalam minda si Blues.

Malam tadi selepas mereka berdua tidur bersama, Blues terlelap dan Willy bangun sebentar untuk menghisap rokok di
Luar balkoni. Kepalanya pening sejenak dan dia duduk di sofa selama beberapa minit. Dia menoleh ke dalam bilik bila mendengar suara Blues memanggilnya.

Pantas Willy masuk ke dalam bilik tapi Blues sedang tidur lena. Willy mendekati Blues dan memeluknya erat. Malam itu dia tak lena tidur sangat. Dia asyik mendengar Blues memanggil namanya dan bila dia buka mata, Blues sedang alami mimpi buruk. Willy mengusap kepala Blues, menenangkan dirinya agar dia tidur semula.

KRAKKK!

Pintu terbuka dari dalam Apartment. Blues tersenyum apabila melihat Grey muncul dan membuka pintu untuk dia dan Willy masuk ke dalam.

"Masuklah. Mak ada di dalam..." Grey menarik tangan Blues. Willy dibiarkan masuk sendiri tanpa memandangnya lansung.

Grey membawa Blues ke ruang tamu dan menjemputnya duduk. Willy hanya berdiri di hadapan pintu Apartment.

THE GAMESTER'S BLUESWhere stories live. Discover now