PART 55

502 13 1
                                    

*Jadi, jika saya beritahu yang nama awak mengingatkan saya pada seseorang, adakah awak akan sukakan saya lagi?**

Alisa tersentak dari lamunan. 

Cepat-cepat dia menutup pili air yang dibiarkan mengalir lama. Cerek air yang kini melimpah dengan air, diletak ke tepi.  Dia bergerak ke ruang tamu. Duduk di situ diam-diam, berfikir panjang. 

Dari kocek seluarnya, Alisa keluarkan satu kotak hadiah yang balutannya sudah lusuh warnanya.  Direnungnya hadiah ini. 

Sebelum ini dia pernah ternampak hadiah ini disimpan elok-elok di dalam laci Neal. Menyangkakan hadiah untuk dirinya, dia berpura-pura tidak mengetahuinya. Tetapi, kian lama dia sedar yang hadiah ini bukan miliknya.

Dan bila kadang-kadang,  dia ternampak Neal mengeluarkannya dan merenungnya dengan pandangan yang sayu, hatinya berbisik yang ia juga bukan milik Neal.

Pagi tadi, Neal telah membuangnya lalu keluar. Dan Alisa, mengutipnya kembali. 

Kotak hadiah itu Alisa buka. 

Di dalamnya terdapat rantai silver yang buahnya adalah simbol not musik diperbuat dari kristal. 

Alisa mengeluarkan rantai itu, talinya pendek, bermaksud ia rantai milik kanak-kanak. 

Serta merta Alisa teringatkan bunga tulip yang terdapat di wad Neal tempoh hari.  Ada persoalan yang bermain di mindanya.  Terus Alisa mendail nombor telefon Kenny.

" Hello." jawab Kenny.

" Kenny, it's me Alisa."

" Ye tau.. I ada nombor you.. Kenapa?  "

" Apa yang berlaku semasa korang berdua di kampung Neal hari tu?"

 "I  tak faham, what? "  jawab Kenny setelah diam yang panjang.

Alisa tahu, kesunyian pada awal tadi membuktikan yang Kenny menyembunyikan sesuatu darinya.

" Kenny, don't act dumb."

" What dumb.." 

Kenny masih bermain-main, cuba lari dari topik. 

Bayang bunga tulip kembali berlegar di memori Alisa. Bunga tulip yang sentiasa berganti, air dari pasu yang sentiasa bersih. Tanpa pengetahuan Neal, Neal mempunyai pelawat tetap di sana. Jururawat di sana merahsiakannya atas permintaan pelawat itu sendiri. 

Tetapi...

" Kenny,  aku tahu tentang dia. I met her."

 Alisa tidak tahu apa reaksi Kenny. Tetapi kali ini diam Kenny lebih lama. 

" Jadi kau patut jelas bukan aku yang patut kau tanyakan." jawab Kenny akhirnya. 

Alisa diam.

Ya, memang. Tetapi..

 Hari itu, di sana, dia bertemu perempuan itu. Walau antara mereka tanpa bicara, hatinya seakan mengetahui kebenarannya.   

Dia tahu.  

Tetapi..

Pintu  utama terbuka dan Neal melangkah masuk ke rumah. 

Alisa menamatkan panggilannya.

.

.

.

.

" Do you remember the first thing you said to me when we first met?"

Alisa bertanya dalam getar suara yang perlahan. Dia membelakangi Neal, berdiri di sinki, berpura-pura membasuh beras. 

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now