"Dian...Dian!"jerit Puan Zara memanggil anak gadisnya yang berada di dalam bilik buat ape dia pun tak tahu.
"Dian! DIAN!!!!!"jerit Puan Zara setelah membuka pintu bilik anak gadisnya dan melihat anaknya yang sedang tidur mengangkang di atas katil sekali lihat serupa beruk Pak Sarip jiran sebelah😂
"Dian tersedar dan menutup telinganya menggunakan bantal doraemon kesayangannya setelah mendengar pekikan ibunya di pagi hari"(aku pun tak tau asal doraemon😂)
"Dian bangun,dh tengah hari dh ni..hishh kamu ni anak dara jenis apa tidur mengangkang mengalahkan beruk dah,bangunn!"
"Kejap la ibu,lima minit..lima minit"Dian.
"Eh takde takde..lima minit lah sangat macam ibu tak tahu lima minit kamu tu lima jam!"
Dian terpaksa membuka matanya dan berjalan longlai mengambil tuala dan pergi ke bilik mandi malas mahu mendengar ibunya menjerit-jerit seperti makcik-makcik jual ikan di pasar.
Selesai sahaja mandi dia melangkah ke dapur ingin mengisi perut yang dah memainkan lagu rock dandut almaklumlah tengah hari baru nak bangun sarapan pun terlepas laa jawabnye.
"Morning ibuu"sapa Dian melihat ibunya sedang memotong bawang untuk memasak lauk tengah hari.
"Morning hutakk kamuuu,dh tengah hari dah baru nak bangun ape nak jadi laa kamu ni Dian dah besar dah umur pun dah 16 tahun depan nak masuk 17 dahh"bebel Puan Zara sambil memotong bawang serupa chef terkenal hushh kalah chef Wan aku tengok hahaha.
Dian memekakkan telinganya dah biasa dengan bebelan ibunya itu,hahaha..dia membuka tudung saji dan melihat ade nasi goreng yg berbaki separuh di dalam mangkuk dan beberapa kuih karipap.Dian segera mengambil pinggan dan duduk di meja makan.
Puan Zara yang melihat anak gadisnya yang makan serupa tak pernah makan setahun itu terus menegur sambil menghentak meja.
"Uhukk..uhukk"Dian yang tercekik akibat terkejut dengan teguran ibunya lantas meraba meja mencari air.
Puan Zara terus menuangkan air untuk anaknya yang kelihatan biru mukanya seperti tercekik tulang ayamm padahal dia tidak menggoreng ayam pun tadi.Dia menghulurkan air kepada Dian dan menyuruh anaknya minum secara berhati-hati supaya tidak tersedak pula..haishh tadi tercekik lepastu tersedak pula ish ish ish.
____________________________________________
Selepas sahaja makan,Dian menolong ibunya pergi ke rumah Pak Sarip untuk meminta sedikit daun limau kerana ingin memasak asam pedas untuk lauk tengah hari ini.Dian pun tanpa membantah kata-kata ibunya kerana tidak mahu dibebel hanya mengikut segala arahan Puan Zara huwaaa😧.
"Assalammualaikum,Pak Sarip"sapa Dian ayu sahaja acah-acah perempuan melayu terakhir gituww auchh hahaha.
Pak Sarip yang sedang memberi beruknya makan mengalihkan pandangan apabila terdengar suara seseorang memberi salam.
"Waalaikumsalam,ha Dian buat apa tengah-tengah panas ni,meh sini dok pondok minum kopi dulu"kata Pak Sarip yang sedang menyandar di pondok sambil memberi pisang kepada Chot hushh beruk pun ade nama tauu bukan bishe bishe ni.
"Eh takpela Pak Sarip saya datang ni sebab nk minta izin Pak Sarip nak ambil sikit daun limau nak masak untuk lauk tengah hari ni"kata Dian lembut
"Ohh,ambil jela Dian..pokok limaunya ade dekat belakang rumah je"kata Pak Sarip
"Terima kasih Pak Sarip..saya pergi belakang dulu ye nak ambil daun limau"
"Ha yelah Dian..sama-sama.Hati-hati ambil tu ye takut ade penyengat pula"
"Ooo insyaallah Pak Sarip.."hishh Pak Sarip ni takutkan aku je lah,kata Dian dalam hati.
Semasa Dian ingin kebelakang tiba-tiba dia dirempuh seorang jejaka yang sedang mengangkat bakul yang berisi buah kelapa.
"Aduhhh!"jerit Dian ketika dia terjatuh ke tanah,habis bajunya kotor terlekat debu-debu tanah dah laa baru lepas mandi tadii hishhhhh.Kurang asam boi betul laa orang yang langgar aku nii buta ke tak nampak aku tengah jalan ke mata dia ni kat lutut bebel Dian perlahan sahaja tetapi masih dapat didengari oleh jejaka itu.
Jejaka itu membiarkan sahaja Dian yang terjatuh ke tanah itu lalu terus pergi ke belakang rumah untuk meletakkan buah kelapa yang dikutipnya tadi.
Dian dengan perasaan bengang kerana tidak dibantu oleh jejaka itu dah laa langgar aku pastu boleh pulak blah je tak tolong herhhh😡.
Dian terus pergi mengambil beberapa helai daun limau sebelum pulang ke rumah..ikutkan hati nak je dia terus balik sebab menyampah tengok muke jantan tak guna tu herh..tapi aku tak nak laa kene bebel dengan ibu hukhuk kesian telinga akuu.
*Huwaaa author budak baru lagi,sori kalau ade kekurangan huhuhu*😉
Jgn lupe vote huehue
YOU ARE READING
Dian Amelin
Romance" Dian ? Nama pun dah macam durian je perempuan ni " ~Afif Zafran "Kau ni memang tak ada adab ke ? Dah langgar tak reti minta maaf "~ Dian Amelin "Eh sukahati dia je cakap aku takde adab.Baiklah Cik Durian saya sebagai lelaki sejati dan tersangatlah...