Bab 5

26 8 0
                                    

Puan Zara menerpa ke arah pintu bilik anak gadisnya.."haishh dah nak berkahwin pun perangai masih tidak berubah lagi"omel Puan Zara sebelum menguak pintu bilik anak daranya.

Kelihatan Dian yang masih sedang tidur gaya 'Superman' itu hanya diperhati dan Puan Zara hanya mampu menggeleng melihat anak gadisnya yang tidur mengalahkan anak bujang pula!Yelah cuba korang bayangkan perempuan tidur badan meniarap lepastu tangan sebelah kehadapan..burukk betul rasanya, hilang ayu kau Dian oii!

"Dian..bangun,pergi mandi bersiap..kejap lagi pihak lelaki dah nak sampai..apa diorang kata nanti kalau kamu tak bangun lagi..segan laa macam tu" omel Puan Zara susah betul nak kejutkan anaknya seorang ini.

Dian yang tersedar terus menggeliat sambil menguap besar..

"Huwaarghhh"Puan Zara yang melihat hanya mampu menggeleng sahaja..terukk betul kau menggeliat Dian...ni kalau bakal suami kau nampak ni comfirm dia reject kau terus tak fikir panjang lagi dah Hahaha,ceh kesah apa aku pikir aku nak sangat kahwin dengan dia ?Euww.

Lambat-lambat Dian bangun mencapai tuala dan berlalu ke bilik air."Tak sangka hari ini adalah hari aku akan bertunang dan dua hari kemudiannya KAHWIN,dah la aku tak kenal pun siapa lelaki tu..boleh ke aku hidup lepas ni uhukks.Eh! Ofcourse la kau boleh hidup Dian..takkan laa lelaki tu nak makan kau pulak ish!"fikir Dian sambil berjalan menuju ke dalam bilik air.

Selesai sahaja mandi..Dian terus memakai baju yang telah tersedia di atas katilnya..

"Hmm,lawa juga kau ni kan Dian"ujar Dian memuji dirinya dihadapan cermin.

Kedengaran pintu bilik dikuak..Dian terus memandang ke arah gerangan yang berada berdekatan pintu..melihat kelibat ibu dan seorang perempuan yang membawa sekotak barang makeup..kelihatan seperti mak andam sahaja.

"Ha Dian dah siap ?"tanya Puan Zara dan hanya mendapat anggukan kecil daripada Dian.

"Ni Kak Mira,dia akan tolong hiaskan kamu.."ujar Puan Zara sebelum meninggalkan mereka berdua di dalam bilik.

"Akak nampak kamu ni masih muda,umur berapa ?"tanya Kak Mira sambil tangannya menyapu sedikit bedak ke muka Dian.

"17 akak ,hmm aturan keluarga saya ikutkan jelah nak bantah nanti dicop anak derhaka pula kan"luah Dian tidak puas hati kerana dipaksa-paksa oleh ibu bapanya..lepas habis belajar tak boleh ke ?Hish!

Kak Mira yang mendengarnya hanya tergelak kecil mendengar omelan Dian dan dia masih meneruskan kerjanya..baginya muka Dian tidak perlu solekan yang terlalu tebal cukup sekadar solekan tipis kerana Dian mempunyai rupa paras yang putih bersih lagi menambahkan seri dimukanya.

______________________________________________

Ruang tamu semakin dipenuhi oleh saudara mara yang terdekat sahaja...riuh dibuatnya yelah dah lama tak berjumpa sekian lama almaklumlah semua sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing..

Beberapa minit kemudian..kelihatan tiga buah kereta mewah memasuki perkarangan halaman rumah.Nampaknya pihak lelaki telah pun tiba lantas mereka terus dijemput masuk dan mula berbincang mengikut adat.Yelah!Orang Melayu kan banyak adat istiadat nya..huhuhu.

Dian hanya menjenguk-jenguk di sebalik pintu bilik..yelaa dia pun nak tahu siapa bakal suaminya..mana tahu lelaki tu tua kerepot ke..hushh minta dijauhkanlah huhuhu.

Selepas tamatnya perbincangan,Dian diminta keluar untuk sesi menyarungkan cincin pertunangan yang membawa maksud 'Dian telahpun berpunya guyss huwaa!😭'

Melihat seorang wanita yang hampir sebaya umurnya dengan Puan Zara itu mendekati Dian untuk menyarungkan cincin.Selepas menyarungkan cincin yang bertatahkan berlian yang sangat dilihat cantik sekali bagi Dian..dia terus menyalami tangan wanita itu..wanita itu hanya tersenyum lalu berkata..

"Terima kasih Dian..sebab terima anak aunty"ujar wanita itu jika dilihat gayanya seperti orang kaya..datin mungkin.

Dian hanya tersenyum mengiakan kata-kata wanita itu.

"Oh ya..nama aunty Lia"katanya memperkenalkan diri yelah baru pertama kali jumpa dan Dian tak sangka keluarga bakal suaminya ialah keluarga dato datin.Woww!

"Itu suami aunty..namanya Hanafi"ujar Datin Lia sekadar memberitahu bakal menantunya.

Sampai sekarang dia masih tidak melihat kelibat bakal suaminya..eh! Dia ni mentang-mentang orang kaya takkan rumah aku pun dia tak nak jejak herh!

"Hmm,aunty mana satu anak aunty ye?Saya tak nampak pun dari tadi ade lelaki muda"tanya Dian entah-entah bakal suami aku tu tuaa !!Hush minta simpang malaikat 44 lah aku lari dari majlis kalau macam tu.

"Ohh dia ade dekat luar,yelah mengikut adat dia tidak boleh berada di dalam rumah masa tengah merisik tadi,ohh kamu nak jumpa dia ke..mari aunty kenalkan"ujar Datin Lia.

Dian hanya mengikuti langkah Datin Lia yang pergi ke arah kereta mewah.Ceh!duduk dalam kereta..typical budak kaya herh!

Dian hanya memerhati Datin Lia yang sedang bercakap dengan orang yang berada di dalam kereta..haishh tingkap kereta ni pun satu gelap sangat tak nampak aku muka dia hish!

Apabila melihat Datin Lia menghampiri semula...Dian hanya memberikan senyuman yang manis semanis gula melaka kepada bakal mak mertuanya auchh hahaha.

"Eh! Mana lelaki tu?"monolognya sendiri.

"Dian,pergilah jumpa dia dekat kereta tu..aunty nak jumpa mak kamu sekejap"ujarnya memberitahu.

"Ceh!kaki tu dah tak reti jalan sendiri ke jumpa aku dekat sini..annoying jee mamat kaya ni"kutuk Dian tidak berpuas hati.

Dian menghampiri pintu kereta yang sedia ada terbuka itu..kelihatan seorang lelaki berpakaian kemeja berwarna biru dan memakai cermin mata hitam sedang sibuk bermain telefon bimbitnya..herh dasar typical budak kaya!

"Hai!"tegur Dian yang melihat lelaki itu sibuk melayari laman sosial haishh kau ni tak nak layan aku ke?

Lelaki yang mendengar dirinya disapa lantas terus memandang dan membuka cermin mata hitamnya dan memandang ke arah Dian.

Dian yang melihat lelaki itu terus terkejut dan menjerit kecil..

"What!!!!"jeritnya tidak percaya.

Dian AmelinWhere stories live. Discover now