Bab 7

22 6 0
                                    

Dua hari kemudian...

Hari ini merupakan hari perkahwinan bagi Dian Amelin dan Afif Zafran.Bagi Dian ini merupakan satu bala untuknya kerana terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia sangat benci iaitu mamat cekodok basi yang tiada adab melanggar dia sebanyak dua kali..dah laa annoying ,poyo pulak tu herhh..ha lagi satu terlebih miang ulat bulu.Eee!

Dian memandang dirinya yang sudah siap disolek oleh kak Mira di hadapan cermin dan memperagakan sedikit bajunya ala ala model gituwww.

Puan Zara yang baru sahaja ingin memanggil anaknya untuk turun terus menegur Dian yang acah acah modeling di hadapan cermin..haishh pilu hatinya mengenangkan anak gadisnya akan berkahwin selepas ini dan akan menjadi seorang gadis yang lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.

"Dian..mari turun,semua dah ada dekat bawah"ujar Puan Zara.

Dian dengan berat hati mengikuti langkah ibunya dari belakang..bagi semua pasangan semestinya hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan tetapi bukan bagi dirinya..dia merasakan semua ini adalah satu beban yang amat berat bagi dirinya hurhurhur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Afif Zafran bin Dato Hanafi ?"

"Ya,saya"jawab Afif Zafran tenang.

"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku,Dian Amelin binti Zahir dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai"ujar Encik Zahir.

"Saya terima nikahnya, Dian Amelin binti Zahir dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai"balas Afif lancar sahaja.

"Sah?"

"Sah!!"

"Alhamdulillah.."

Setitis air matanya jatuh setelah mendengar perkataan 'sah' yang bererti dia telah menjadi isteri kepada mamat selenga a.k.a cekodok basi itu..ini bererti dia telahpun menjadi 'Mrs Zafran' yang dikatakan oleh cekodok basi miang huwaa!

Sesi pembatalan air sembahyang sedang berlangsung sekarang..kebanyakkan flash kamera yang tidak berhenti-henti mengambil gambar mereka.Silau dibuatnya!

"Hey,Mrs Zafran"ujarnya perlahan sahaja tetapi dapat didengari oleh Dian.

Dian yang meluat terus membuat muka menyampah tetapi dia masih cuba memaniskan mukanya di hadapan kamera."Hishh cekodok ni dah mula dah miang dia!"ujar Dian di dalam hati.

Dian menghulurkan tangannya secara baik dan dipegang lembut oleh Afif lantas dia menyarungkan cincin ke jari manis perempuan itu.

Dian juga berbuat demikian menyarungkan cincin ke jari lelaki itu dan menyalaminya.Afif pula terus sahaja mencium dahi Dian lamaaa..

"Eh cekodok nii ambil kesempatan ke ape!!?"fikirnya kerana lama mereka dalam keadaan begitu,beberapa minit kemudian baru lelaki itu melepaskannya.Cehh! Lelaki gatal!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Wahhh,penatnya!"ujar Dian menghempaskan badannya ke atas katil.Memang laa penat tetamu belah pihak lelaki sahaja sudah mencecah 5000 lebih yelahh dato kan..manakala belah perempuan hanya dipanggil saudara-mara dan jiran terdekat sahaja.

Afif yang melihat tubuh kecil yang berada di atas katil itu hanya tergelak kecil,"alahaii comel jee"monolognya di dalam hati.

Dian yang perasan bunyi pintu ditutup terus menoleh ke arahnya..

"Siapa benarkan kau masuk?"tanya Dian sedikit terkejut melihat lelaki itu mencerobohi biliknya.

"Eh,kenapa tak boleh ke?"tanyanya sambil tersenyum sinis.

"Tak boleh,ni bilik aku!"kata Dian bengang.

"Bilik awak bilik saya jugaaa.."ujarnya meleret sambil membuka butang baju melayunya..

"Eh,kau nak buat ape ha!"ujar Dian panik kalau dia nak lari rasanya sempat tak?Huwaaa ibuuu!

"Ha saya buat apa ?"tanya Afif sinis lalu menghampiri Dian.

Dian yang tengah berasa takut kerana lelaki itu nampak seperti ingin mengapa-apakannya terus menggelabah..

Afif mendekatkan mukanya dengan Dian yang kelihatan seperti ketakutan itu lalu terus berbisik ditelinganya..

"Awak ni takut sangat kenapa..jangan perasan laa saya nak sentuh awak,saya nak tuala nak mandii panas sangat dah ni..kalau awak tak nak bagi saya tuala..tak apa saya boleh cari sendiri dalam almari awak,jangan salahkan saya kalau ternampak bende yang tak sepatutnya"katanya lembut sahaja tetapi amat menyakitkan hati Dian.Herh!

Dian yang bengang terus menolak tubuh lelaki itu menjauh darinya lantas terus pergi mengambil tuala lebihan di dalam almari miliknya..sebelum diberikan kepada lelaki itu.

Tak guna punya cekodok!!!

Lelaki itu tersenyum senang melihat muka Dian yang cemberut akibat sindirannya tadi..hahaha ini baru permulaan Cik Durian!

jangan mengharapkan sis nak buat aksi yang berlebihan..sebab sis masih bawah umur hahaha

Keep vote and support ya🌷

Dian AmelinWhere stories live. Discover now