"Hah,Leganya!"kata Afif baru sahaja keluar daripada bilik air dan hanya mengenakan tuala dipinggangnya.
Dian yang berada dikatil tercengang melihat keadaan Afif yang hanya bertuala dan tanpa baju.Dia cepat-cepat menutup matanya dengan menggunakan bantal kesayangannya,"ohh doraemon tolonglah selamatkan aku daripada mamat miang tahap ulat bulu tu,hishh apesal laa mamat ni tak pakai baju dalam toilet tu tadi..tak pasal-pasal mata aku ni dah tak suci dahh"huwaaa!
Afif yang melihat isterinya menutup muka menggunakan bantal doraemon berwarna biru hanya tersenyum geli hati,"hahaha pelik-pelik je lah minah ni"ujarnya di dalam hati.Dia segera mencapai beg pakaiannya dan segera memakai baju.
Setelah selesai dia mendekati isterinya itu lalu dicuitnya bahu perempuan itu..
"Arghhh!!Jangan dekattt shuhh shuhhh"jerit Dian menyuruh lelaki itu pergi.Ish! Mamat nii dah laa tak pakai baju nak dekat-dekat dengan aku pulak herhh!
"Eh,minah ni dia ingat aku kucing ke nakk ber'shuhh' haishh"ujarnya di dalam hati sedikit bengang.Dia terus merentap bantal doraemon yang dipegang Dian dan serta merta perempuan itu terus menjerit lalu menutup mukanya dengan tapak tangan.
Afif mendapat akal untuk mengenakan perempuan penakut di depannya ini..
Dia mula mendekatkan wajahnya dengan wajah Dian yang masih bertutup dengan tapak tangan gadis itu.Tangannya mula mengusap rambut Dian yang dibiarkan lepas oleh gadis itu lalu dihidunya.
Dian yang semakin takut diapa-apakan oleh mamat miang tak guna ni!Menjadi semakin gelabah.
"Dian.."ujar Afif lembut.
"Jangan dekat!Awak pergilah pakai bajuu"ujar Dian merayuu..
Afif yang mendengar Dian memanggilnya dengan panggilan lembut terus tersenyumm sampai ke telinga..hahaha!
"Hey,Dian look at me.."arah Afif dia ingin berbincang secara baik dengan gadis itu takkan laa hubungan mereka hanya peperangan sahaja tiada penamatnya.
Dian yang masih was-was mengintai sedikit di celah-celah jarinya untuk memastikan lelaki itu sudah berbaju atau belum.
"Fuhhh,nasib baik"ujarnya lalu membetulkan posisi duduknya supaya lebih selesa.
"Hah,kau nak cakap apa tadi?"tanya Dian sedikit menyampah.
"Eh! Tadi bukan main berawak-awak dengan saya"perli Afif sambil tersenyum ke arah Dian.
"Hishh!Dahlaa nak mandi"ujarnya.
"Ehhh kejap..kejap,saya nak bincang sesuatu dengan awak pasal 'kita' "katanya kedengaran serious.
Dian yang pelik terus duduk semula berhampiran lelaki itu..nampak serious je cekodok ni.
"Kau nak bincang ape?"
"Hmm saya nak kita ni berbaik..takkan laa sampai bila-bila kita nak bergaduh je..tak bosan ke tak habis-habis perang"ujarnya ikhlas.
"Ohhh,okay aku pun tak nak gaduh dengan kau menyakitkan hati je dah la annoying"hambur Dian tidak bertapis.
"Lepastu saya nak awak cakap baik-baik dengan saya..sekurang-kurangnye guna laa 'awak saya',tak manislaa kalau parents kita tau yang kita ni guna 'kau aku' "katanya lagi.
"Errr okay aku cuba ehh..saya cuba"jawab Dian gagap.
Afif yang mendengarnya hanya tersenyum manis ke arah Dian sebelum keluar meninggalkannya di dalam bilik.
Dian yang melihat senyuman manis itu hanya terkedu dan cuba mengusir bayangan lelaki itu di dalam fikiran.Ishh!!Nyah kauu cekodokk!!Dia terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
thanks sebab baca buku nii..kalau ade kekurangan boleh tegur ye..✨
Keep support Dian Amelin🌷
YOU ARE READING
Dian Amelin
Romance" Dian ? Nama pun dah macam durian je perempuan ni " ~Afif Zafran "Kau ni memang tak ada adab ke ? Dah langgar tak reti minta maaf "~ Dian Amelin "Eh sukahati dia je cakap aku takde adab.Baiklah Cik Durian saya sebagai lelaki sejati dan tersangatlah...