"Dian mari sini sekejap"panggil Encik Zahir di ruang tamu.Melihat semua orang berkumpul malam ini membuatkan dia tertanya-tanya ada apa sebenarnya ?
"Ada apa ni ayah ?"tanya Dian lantas duduk di sebelah Afif yang sedang bermain telefon bimbitnya.
"Ayah nak kamu berdua pergi berbulan madu,sementara cuti kamu berdua masih berbaki empat hari lagi..yela lepas ni kamu dah sibuk dengan aktiviti sekolah bila lagi nak pergi berbulan madu" ujar Encik Zahir berterus terang.
"Betul tuu,papa pun rasa seeloknya kamu berdua pergi berbulan madu,tak kesah laa kat mana-mana pun janji kamu berdua meluangkan masa bersama"kata Dato Hanafi pula.
Manakala Puan Zara dan Datin Lia hanya mengiakan sahaja kata-kata suami mereka.
"Errrr,Dian tak kesah ayah..papa.Tanyalah Afif ni"jawab Dian merenung Afif dengan pandangan yang membawa maksud dia tidak mahu pergi!
"Afif..ikut je"katanya tenang dan memberikan senyuman sinis untuk Dian.Herh!Mengada sangat tak nak pergi.
"Ha bagusla tu,kamu berdua dah fikir nak pergi ke mana ?"soal Datin Lia pula.
"Hmm,Af rasa..nak pergi tempat yang dekat-dekat jee ma,af lagi suka persekitaran kampung,mandi air terjun ke...tengok sawah padi ke"ujarnya teruja.
"Kalau macam tuu,kamu pergi lah balik rumah maktok dekat Kedah,lagipun maktok dah lama tak jumpa Dian ni..kasihan dia tinggal pun seorang saja"kata Puan Zara pulaa mencadangkan mereka pergi melawat orang tua itu di Kedah.
Dian yang mendengarnya terus teruja..seperti mahu melompat-lompat apabila mendengar mereka akan melawat rumah maktok di Kedah.Bestnya!
Afif yang melihat Dian seperti teruja itu lantas tersenyum senang melihat 'buah hatinya' yang gembira seperti budak berumur lima tahun..eh! Buah hati?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"huwarghhh,ngantuknyaa"kata Dian sambil menguap lalu membaringkan diri di atas katil dan mula memejamkan mata.Dia perlu berehat kerana besok dia akan bertolak pulang ke kampung maktok,wahhh tashabarnyaa!
Afif yang baru masuk ke dalam bilik,terlihat tubuh kecil yang sedang nyenyak tidur di atas katil.Dia menghampiri gadis itu lalu memerhatikannya yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi.Tersenyum dia apabila kedengaran dengkuran halus dari mulut kecil itu.
"Kau memang tak berubah dari dulu kan Mel.Dari dulu sampai sekarang suka buat aku berdebar bila dengan kau"katanya perlahan sahaja takut juga jika gadis itu terjaga.Dia membelai rambut gadis itu lalu diselitkan ditepi telinga sebelum dikucup dahi gadis itu lama..sebelum dilepaskan.
Dia membaringkan dirinya disebelah Dian dan mula memejamkan matanya yang memang sudah memberat sejak tadi lagi."Sweet dream Mel"ujarnya tanpa sedar sebelum dirinya tertidur dibuai mimpi.
10 tahun yang laluu..
"Mel!!!Awak dekat mana?"jerit seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun yang sedang mencari kelibat budak perempuan yang bermain-main di sekitar taman permainan itu.
"Mel!!!"laungnya lagi namun dia tidak menemukan budak perempuan itu.
Dia terlihat sesuatu berwarna biru di atas rumput di kawasan taman permainan itu.Eh! Ni patung Doraemon Mel kan ?Fikirnya cuba mengingati adakah patung ini kepunyaan gadis itu atau bukan.Ya!Dia tidak silap patung ini memang kepunyaan gadis itu.Tapii..dimana dia ?Dia melihat sekeliling taman itu ingin mencari kelibat seorang budak perempuan.Dia terlihat seorang budak perempuan yang berada berdekatan dengan jalan raya yang ingin menyelamatkan seekor kucing yang berwarna putih.
"Eh!Itu macam Mel jee..?"
"Mel!!!"Budak lelaki itu pantas mendekati budak perempuan yang berada di tengah-tengah jalan raya itu sambil memegang kucing tanpa melihat sekeliling jalan raya.
"Mel!!"jeritnya lagi.
"Pinnn!!Pinnnn!"kedengaran bunyi hon kereta yang laju semakin hampir ke arah budak perempuan itu.
"Mel!!!!!!!"
Huhuhu siapa Afif ni sebenarnya!Siapa budak perempuan yang bernama Mel tu..? Rasanya budak perempuan tu kena langgar ke?Hahaha
Keep vote ya🌷
YOU ARE READING
Dian Amelin
Romance" Dian ? Nama pun dah macam durian je perempuan ni " ~Afif Zafran "Kau ni memang tak ada adab ke ? Dah langgar tak reti minta maaf "~ Dian Amelin "Eh sukahati dia je cakap aku takde adab.Baiklah Cik Durian saya sebagai lelaki sejati dan tersangatlah...