10 tahun yang laluu..
"Mel!!!Awak dekat mana?"jerit seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun yang sedang mencari kelibat budak perempuan yang bermain-main di sekitar taman permainan itu.
"Mel!!!"laungnya lagi namun dia tidak menemukan budak perempuan itu.
Dia terlihat sesuatu berwarna biru di atas rumput di kawasan taman permainan itu.Eh! Ni patung Doraemon Mel kan ?Fikirnya cuba mengingati adakah patung ini kepunyaan gadis itu atau bukan.Ya!Dia tidak silap patung ini memang kepunyaan gadis itu.Tapii..dimana dia ?Dia melihat sekeliling taman itu ingin mencari kelibat seorang budak perempuan.Dia terlihat seorang budak perempuan yang berada berdekatan dengan jalan raya yang ingin menyelamatkan seekor kucing yang berwarna putih.
"Eh!Itu macam Mel jee..?"
"Mel!!!"Budak lelaki itu pantas mendekati budak perempuan yang berada di tengah-tengah jalan raya itu sambil memegang kucing tanpa melihat sekeliling jalan raya.
"Mel!!"jeritnya lagi.
"Pinnn!!Pinnnn!"kedengaran bunyi hon kereta yang laju semakin hampir ke arah budak perempuan itu.
"Mel!!!!!!!"
Dia segera memeluk budak perempuan itu dan sempat mengelak daripada dilanggar kereta.Mereka terjatuh di atas jalan tar.Budak lelaki itu segera bangun tetapi dia tidak dapat menstabilkan diri lalu terjatuh semula.Dia mengerang kerana kakinya terluka dibahagian lutut ketika ingin menyelamatkan Mel tadi.
Mel yang melihat kaki budak lelaki itu terluka segera mengeluarkan plaster dan tisu yang berada di dalam poket seluarnya.(entah laa sis rasa budak ni memang jenis yang sediakan payung sebelum hujan kot😂)
Budak lelaki itu hanya memerhatikan sahaja kakinya yang dirawat oleh Mel.Hati kecilnya mula berdebar saat melihat keprihatinan budak perempuan itu.
"Ya allah!Afif kenapa nii?"tanya seorang wanita kepada anak lelakinya.Dia terus menerpa ke arah anaknya yang berada di tepi jalan raya kawasan taman itu.
"Dia jatuh tadi aunty"kata Mel menjawab pertanyaan wanita itu.
"Haishh lain kali main tu hati-hati kan dah luka..dah jom kita balik"ujar wanita itu lalu memimpin anaknya supaya berjalan berhati-hati.Budak perempuan itu pula hanya mengikut langkah wanita yang digelarkan aunty itu sambil membawa patung doraemon yang dijumpai oleh Afif tadi.
Sejak peristiwa ituu..Afif tidak lagi bertemu dengan Mel.Dia pun tidak tahu kemanakah pergi nye budak perempuan itu.Bila ditanya mamanya,katanya Mel telah berpindah.Pindah kemana?Dia agak kecewa kerana tiada lagi teman disisinya untuk dijadikan rakan sepermainan."Mel,mana awak?"ujarnya sendirian.
"Mel!!"
Afif yang baru tersedar daripada mimpi terus melihat susuk tubuh disebelahnya..
"Mel...janji dengan aku jangan tinggalkan aku lagi"katanya sambil mengusap kepala Dian perlahan.Dia mengerling jam di atas meja lampu bilik itu..hmm dah pukul 6:15 pagi.Dia terus menuju ke bilik air ingin membersihkan diri dan mengambil wudhuk.
Keluar sahaja dari bilik air,dia melihat isterinya yang masih tidur sambil memeluk patung doraemon yang sebesar tubuh kecilnya haishh minat sangat dengan doraemon.ish,ish,ish.
Dia cuba mengejut isterinya dengan menggoyangkan bahu perempuan itu.Eh!Tak bergerak pun,sah tidur mati.
"Diann..bangun solat subuh jom"kejut Afif ditelinganya.
Apabila melihat pergerakan badan isterinya,dia mula menjauhkan sedikit badannya dari perempuan itu..yelah mana tahukan tiba-tiba Dian ni terajang aku sebab pikir aku nak buat bukan-bukan dekat dia..herh!
Dian yang mulai sedar itu menggosok-gosok sedikit matanya yang kelihatan kabur pandangannya beserta taik mata yang melekat di tepi-tepinya.eyukss!belum cerita air liur dekat pipinya lagi huhuhu.Afif hanya tersenyum lucu melihat kecomelan isterinya itu..hahaha
"Awak pergilah bersihkan diri dulu,saya tunggu awak dekat sini..jangan lama sangat tau nanti terlepas pulak subuh"katanya lembut.
Dian yang masih mamai itu hanya menurut lalu mengambil tuala di penyangkut sebelum berlalu ke bilik air.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selesai sahaja mengaminkan doa,Afif menghulurkan tangannya kepada Dian.Dian hanya menurut mengingati yang lelaki di depannya adalah suaminya.Ingat Dian isteri kena taat kepada suami!
Afif yang melihat tangannya disalam oleh Dian terus tunduk mencium dahi isterinya.Ecehh!!kau nak cakap morning kiss ke ape ni Afif oiii hahahaha!
Mereka terus bersiap-siap kerana sebentar lagi mereka akan balik ke kampung maktok di Kedah.Yeayy!!Balik kampung!
Hah,sis rasa sis dah merapu dah ni hahaha mohon tabah laa kalau jalan cerita ni pelik huhu.✨
Vote,vote,vote🌷
YOU ARE READING
Dian Amelin
Romance" Dian ? Nama pun dah macam durian je perempuan ni " ~Afif Zafran "Kau ni memang tak ada adab ke ? Dah langgar tak reti minta maaf "~ Dian Amelin "Eh sukahati dia je cakap aku takde adab.Baiklah Cik Durian saya sebagai lelaki sejati dan tersangatlah...