"Huwarghh"
Dian yang tersedar dari tidur terus menguap dan meregang-regangkan badannyaa."Aduh! Sakit giler badan,aku salah tidur ke tadi,ke kerusi kereta ni yang keras mengalahkan batu"omelnya sendirian.
Afif yang mendengar omelan Dian itu terus menjawab..
"Eleh,salahkan kerusi pulak..awak yang tidur lasak..saya tengok dah macam ulat gonggok badan tu"perli Afif.Hampir tergelak dia melihat Dian yang tidur berpeluk lutut di kerusi dah macam spesies ulat dah.Nasib kau comel..eh!eh!
Dian yang malu apabila ditegur sebegitu terus mengubah topik.Cehh! Cekodok ni tak abis-abis nak perli aku..
"Eh,kita dah sampai?"tanya Dian apabila melihat mereka sudah melepasi tol lebuhraya.
"Yups,welcome to Kedah..sayang"ujarnya girang.
Dian yang mendengar si cekodok itu tidak habis-habis memanggilnya sayang terus menundukkan mukanya 'malu'.Hishh!Kenapa dengan aku nii..takkan cair kot dengar dia cakap..ke aku dah suka mamat cekodok ni.Eh!! Gila ke..mintak simpang jelah nak suka cekodok basi miang ni herh!
"Kenapa muka merah tuu..malu ke dengar saya panggil awak sayang?Awak suka saya eaa..sebabtu blushing" tanya Afif sambil tersenyum sinis.Nak cendol ke !?Ahaksss(maaf² sis tengah mengarut😂)
"Awak jangan nak perasan ea..muka saya merah sebab panas!Suka awak?? memang tak laa saya nak suka cekodok basi tahap miang ulat bulu herh!"sindirnya kembali.Hushh!Kantoi pulak,time-time macamni laa kau nak blushing wahai muka huhuhu.
Afif yang mendengar hanya tergelak kecil sahaja.Eleh! Suka tak nak mengaku! "Takpe 'Cik Durian' ini baru permulaan hahaha"monolognya di dalam hati sambil memikirkan rancangan untuk menambat hati gadis itu.Just wait and see ya!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Afif membelok memasuki kawasan kampung.Dian yang teruja lantas memerhatikan pemandangan sawah padi yang terbentang luas di sebalik tingkap kereta.
"Mana rumah maktok awak?"tanya Afif kepada Dian yang sedang memerhatikan anak-anak kecil yang bermain layang-layang berdekatan sawah padi.
"Hmm,depan lagi lepastu belok kanan"jawabnya tidak memandang Afif malah matanya tertumpu pula ke arah bangau-bangau yang berterbangan.
Afif membelok ke kanan dan melihat sebuah rumah kampung yang dikelilingi sawah padi yang menghijau."Wah! Tak tahu pula rumah maktok Dian ni kelilingnya sawah padi"monolognya di dalam hati.
Mereka keluar daripada kereta dan mula menghirup udara segar.Kampung ku syurga ku...! Eh! Macam salah jee haha.
"Dian!Cucu maktok..awat tak habaq nak mai sini"ujar maktok lantas memeluk Dian..rindu sungguh dengan cucunya itu.Yelah,selalunya hari raya sahaja mereka akan berjumpa.
Dian membalas pelukan maktok erat.
"Siapa tu Dian?kacak sungguh noh"tanya maktok merujuk kepada Afif.
"Ohh,tu suami Dian maktok..Afif namanya"jawab Dian memperkenalkan Afif kepada maktok.
Afif lantas menyalami tangan tua itu.
"Maktok sihat?Tanya Afif prihatin.
"Alhamdulillah,sihat ja..bila hampa berdua kahwin??"tanyanya pelik kerana tidak diberitahu oleh anak dan menantunya tentang perkahwinan cucunya.
"Semalam maktok,ibu dengan ayah buat kecil-kecilan sahaja.."jawab Dian.
"Ohh,ha mai laa kita masuk panas kat luar ni"pelawanya menyuruh cucu-cucunya berehat terlebih dahulu.
Afif yang melihat Dian mengikuti maktok masuk ke rumah terasa bengang kerana ditinggalkan.
"Herh!Pikir aku ni patung ke kat sini..buat macam tak wujud pulak" omelnya lantas membuka bonet dan mengambil beg pakaian mereka berdua dan melangkah masuk naik ke rumah.
"Hampa berdua tidur dekat bilik ni noh"ujar maktok kepada cucunya.
"Baiklah maktok,Dian masuk bilik dulu"ujarnya sebelum menguak pintu bilik.
Afif yang masih bengang mengikuti langkah Dian dari belakang sambil menjinjit beg memasuki bilik,sempat juga dia memberikan senyuman manis kepada maktok sebelum masuk ke bilik dan menutup pintu.
Afif menghempas beg pakaian mereka dan mula mengeluarkan tuala sebelum keluar menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Dian yang pelik dengan sikap suaminya yang tiba-tiba dingin membuatkannya tertanya-tanya.
"Kenapa dia tu?Tiba-tiba je angin,period ke ?Eh!Lelaki mana period..hishh!"Dian malas mahu mengambil pusing angin lelaki itu lantas terus menghempaskan badannya ke atas katil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Afif menguak pintu bilik dan melihat isterinya yang sedang nyenyak tidur.Herhh!Sedap je kau tidurkan.Dia menghampiri tubuh kecil itu lalu menjerit ditelinga perempuan itu.
"Woiiiii,bangunnn!!"jerit Afif ditelinga Dian.
Dian yang terjaga akibat pekikan mamat cekodok itu terus memaki hamun lelaki itu di dalam hati.
"Tak reti nak kejut elok-elok ke ha!"katanya bengang.Melihat tiada balasan daripada lelaki itu membuatkannya semakin bengang.Hish!Mamat ni..tadi moody sekarang cari gaduh pulak dengan aku!Tak guna punya cekodok.Tetapi dia masih bersabar kerana mengingati perjanjian antara mereka supaya tidak ada lagi peperangan antara mereka.
"Awak"ujar Dian mendekati lelaki itu yang berada di depan cermin sedang membetulkan rambutnya.Melihat tiada sahutan daripada lelaki itu terus dia bertanya.
"Awakk...marahkan saya ke?"tanyanya lembut sahaja."Kalau saya ada buat salah saya minta maaf"katanya lagi.
Afif yang mendengar kata-kata maaf itu terus tersenyum.Cehh!Mengada je kau Afif nak merajuk-merajuk.
"Awakkk..."panggil Dian lagi apabila melihat tiada reaksi dari lelaki itu.Dia cuba memberanikan diri lantas memeluk badan lelaki itu dari belakang.
Afif yang agak terkejut dengan tindakan perempuan itu terus meleraikan pelukan dan memusingkan badannya menghadap Dian.Melihat perempuan itu seperti hendak menangis terus dia berkata..
"Saya tak marah awak pun"ujarnya lembut sambil memegang kedua-dua pipi Dian dengan tapak tangannya.
"Dahtu kenapa awak macam moody je tadi?"tanyanya lagi.
"Saya cuma terasa hati sebab isteri saya buat saya macam tunggul kayu jee dekat bawah tadi,bukan nak ajak saya masuk rumah sekali"jawabnya sambil mencuit hidung Dian.
Dian yang memahami maksud lelaki itu lantas meminta maaf dan berjanji tidak akan membuatnya lagi.
"Ye lah,awak pergi lah mandi..kita ni belum solat Asar lagi nanti terlepas pulak"ujarnya.
Dian terus mengambil tuala di dalam begnya lantas terus keluar menuju ke bilik mandi.Sekurang-kurangnya dia berasa sedikit lega kerana dapat memujuk lelaki itu karang tidak pasal-pasal dicop isteri derhaka pula.Huhuhu!
Hehehe,thanks sebab support cerita ni.Keep vote yer!🌷
Sis nak promote cerita ni ' Perempuan limited edition' by Irdinasya
YOU ARE READING
Dian Amelin
Romance" Dian ? Nama pun dah macam durian je perempuan ni " ~Afif Zafran "Kau ni memang tak ada adab ke ? Dah langgar tak reti minta maaf "~ Dian Amelin "Eh sukahati dia je cakap aku takde adab.Baiklah Cik Durian saya sebagai lelaki sejati dan tersangatlah...