Chapter 58

12.9K 415 10
                                    


Lelaki itu mundar-mandir di dalam bilik tidurnya. Masih lagi tak puas hati dengan diri sendiri.

"Bongok ah kau ni Syed!! Asal kau buat macamtu tadi? Nanti apa pulak Putri fikir? Ke aku je yang fikir lebih-lebih? Ahhhhh.. dia okay je kut. Tapiiiii mesti awkward. Ahhhhh. Mummy, apa Syed nak buat ni? Ke buat-buat lupa je. Mesti tak awkward kan? Kan?" bebel Syed seorang diri.

Setelah lama berfikir, Syed mengambil keputusan untuk turun ke dapur dan minta maaf pada Putri? Mungkin. Oh! Gementarnya.

Syed melangkah keluar dari bilik tidurnya. Dia mengintai Putri di sebalik dinding. Amboi! Khusyuk naw tengah buat kek tu. Ehem, bismillahirrahmanirrahim.

Syed melangkah masuk ke dalam ruang dapur. Peti sejuk di buka dan di ambil air kosong. Diteguknya hingga habis. Dahaga.

"Jadi ke kek kau?" soal Syed melihat wajah isterinya yang sedang sibuk hendak membuat kek. Warna koko tu mestilah kek coklat kan.

"Tak. Tadi saya dah cuba takpi tak jadi. Ni kali yang kedua. Let's see kalau jadi ke tak." beritahu Putri dengan bibirnya memuncung. Merajuk dengan kek boleh ke?

"Oh!"

Lama Syed menyepi dengan botol air masih lagi dalam genggamannya. Sepasang matanya hanya melekat pada gadis itu. Cantik je. Mata tu. Hidung. Pipi pau yang timbul bila senyum. Bibir mungil tu. Semua cantik. Am I fall for you already Putri Emylia Irdina?

Syed berdehem kuat mendapatkan sepenuh perhatian daripada Putri. Selepas meletakkan kek ke dalam ketuhar, Putri menoleh wajahnya melihat suaminya.

"Putri aku nak.. um nak nak.. nak...."

"Nak apa?" sergah Putri dengan suara yang kuat.

"AKU SEBENARNYA NAK MINTA MAAF PASAL TADI." latah Syed. Haaa! Semuanya terkeluar. Cepat-cepat Syed menutup mulutnya sendiri. Oopsie

Aduih! Mr Arrogant ni. Aku ingat dia taknak bawa tajuk ni dah. Aku pun segan sebenarnya. Nak cakap apa nih?

"Ummm, takpa. Lupakan jelah." kata Putri dengan suara terketar-ketar lalu dia mengambil tempat di kerusi meja makan sementara menunggu keknya untuk masak. Harap-harap jadilah kek kali kedua ni.

"Okay." balas Syed.

Syed membuka peti sejuk sekali lagi. Dia melihat-lihat barang yang ada di dalam peti sejuk. Matanya tertancap pada air tin nescafe dan coklat cadbury lalu dia mengambil bawa keluar untuk makan. Plastik coklat cadbury itu dibuka lalu dengan serta-mertanya coklat itu masuk ke dalam mulutnya. Yummy.

"Putri kau nak?" soal Syed menunjukkan coklat cadbury tersebut.

"Boleh jugak." Syed menghampiri Putri dan mendekatkan coklat cadbury tersebut ke mulut Putri.

Eh! Nak suap aku ke? Hahaks. Tanpa berfikir banyak Putri pun membuka mulutnya dan mengigit coklat itu. Sedap.

Sambil-sambil menunggu kek, pasangan itu berbual-bual dan kebanyakkannya makanlah. Entah kenapa dengan Syed hari ini. Habis makanan ini, dia pergi cari buah-buahan pula, snek dan macam-macam lagi. Dah Syed makan, Putri pun tumpang sekakilah.

Putri membuka ketuhar dengan harapan yang keknya kali kedua ini akan jadi. Tolonglah. Dia membawa keluar kek itu dengan senyuman. Senyuman pasrah. Once again, keknya tak jadi. Ergh. Ternyata dia memang tak boleh buka bakery. Kalau buka mesti hancur.

"Awak. Tak jadi jugaklah." kata Putri dengan kekecewaan dalam suaranya.

"Takpelah. Nanti kita pergi Secret Recipe. Beli je kek apa yang kau nak. Kan senang." kata Syed menghabiskan buah anggur yang terakhir.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now