26 (seruan misteri)

642 14 2
                                    

(Sebelum berlakunya perbalahan)

Minhyun berjalan menaiki tangga menuju ke satu tempat, sambil tangannya membawa gelas berisi air putih..

Dia membuka salah satu pintu bilik dan jelas bilik itu milik adiknya, Lyia..

Biliknya kemas teratur.. Ini sudah 3 kali Minhyun jejak bilik adiknya selepas berlaku malapetaka itu.

Apabila teringatkan mendiang Lyia ini sahaja yg dia mampu buat untuk mengenang balik kenangan nya bersama, mengemas bilik Lyia.

Begitu jelas Minhyun bermandi peluh akibat mengemas bilik adiknya. Dia hanya pandang sekeliling dengn ukiran senyuman .

Tiba tiba! Telefon yg ada di poket seluarnya berdering. Dia celup poketnya dan pandang telefon yg dipegang. Nombor tidak dikenali terpapar. Begitu susah untuk nya angkat panggilan itu , tetapi diri Minhyun memaksanya untuk angkat.

"Hello, siapa ni?" Minhyun menanti jawapan

"Abang!"

Suara itu ! Mirip dengn orang yg dia kenal ...

"Abang ni Lyia ! Tolong......"

Minhyun terkejut sehingga gelas dipegangnya jatuh di lantai berbulu . Lyia ? Adik aku? Tak salah apa yg aku dengar bukan..? tetapi kenapa diam?

"Lyia...?" Perlahan Minhyun bersuara .. Tapi dalam panggilan senyap tak terkata...

Tetiba suara lelaki datang menyerang dalam panggilan nya.. Minhyun dalam kekalutan ..Apa Yg berlaku?

"Lyia..!" Minhyun cuba panggilnya namun hanya suara jeritan Lyia sahaja keluar..

tuuuttt... tuuuttt... tuuuttt....

Panggilan mati . Minhyun diam seketika..

"Apa semua ni? Lyia? Adik aku call aku? Dia dah mati lah..!" Minhyun kebingungan.. Tapi jelas suara itu milik Lyia.. Lyia yang mati telefon? Tak lawak dowh mayat dalam kubur tetiba call orang..

Minhyun pandang pada nombor itu.. Dia perlu call nombor telefon itu walaupun dirinya rasa itu panggilan palsu..

Minhyun call nombor itu..

tuuuttt... tuuuttt... tuuuttt....

Kenapa begitu sukar untuk diangkat?Minhyun call beberapa kali namun...

'Maaf panggilan anda tidak dapat dijawab. Sila cuba sebentar lagi..'

Dirinya rasa bimbang. Fikir apa yg berlaku kpada adiknya..Minhyun call sekali lagi , menunggu deringan. Panggilan diterima namun diam sahaja.

"Hello!" Minhyun menjerit , namun Lyia mmbisu.

"Lyia! Abang ni"
"Apa yg berlaku, apa semua ni?!"

Lyia masih diam... namun bunyi suara tangisan.. Minhyun dengar sahaja dengan penuh debaran.

'Kenapa...' Bunyi suara lelaki dlm kesedihan namun bertukar kemarahan...

Bunyi agak bising dalam panggilan ,sukar untuk Minhyun dengar..

'Jangan cikgu! Maafkan saya!' Suara Lyia jelas berbunyi namun kesudahan hanya bunyi jeritan Lyia sahaja kemudian lenyap. Panggilan juga mati mengejut.

Minhyun yg dengar ,air matanya mengalir dalam kesedihan.. Apa yang berlaku ? Dia panggil sekali lagi, namun tidak diangkat.. Minhyun terduduk di lantai.. Air matanya laju mengalir.

Minhyun tenang kan dirinya kemudian keluar dari bilik itu..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Killers (Psycho) 2Where stories live. Discover now