CHAPTER 61

2K 282 44
                                    

[ Enjoy the song by Ann Marr- Bullet ]

             BLUES fokus memerhatikan meja judi di hadapanya dengan minda yang kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BLUES fokus memerhatikan meja judi di hadapanya dengan minda yang kosong. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepada dirinya ketika itu. Lawan di hadapannya pula kaku memandangnya. Dari tadi orang bertopeng itu tidak bergerak lansung. Blues tidak mahu memandang wajahnya kerana topeng yang dipakainya sangat menakutkan.

"Kita dah boleh mula?" Rinukut Spade nampak tidak sabar memulakan perlawanan itu. Sepertinya mereka semua kini berada di dalam sarkas yang bakal menampilkan persembahan daripada dua orang penjudi hebat di hadapan mereka itu.

Dealer mendekati meja Judi. Dia meletakkan satu set daun terup, tiga biji buah dadu dan sekeping syiling lama di atas meja.

Blues cuba melirik ke arah daun terup itu. Gelap. Dia tahu semua itu akan berubah sejak apa yang berlaku kepadanya dan juga Willy. Semuanya telah berubah mendadak untuk Blues. Dahulunya, melihat daun terup membuat dia sangat teruja. Tapi saat itu, melihat daun terup seperti dia sedang dihidangkan dengan semangkuk racun. Blues resah dan cemas.

Dia cuba menoleh pula ke arah Grey. Sebutir senyuman pun tidak kelihatan. Grey lansung tidak mempedulikan permintaan Blues untuk membatalkan perlawanan itu. Dia sudah berusaha memberitahu Grey yang dia tidak mampu melakukan apa yang dia inginkan tapi Grey tetap berkeras. Blues benar- benar hilang tempat mengadu. Dia tunduk dan ingat semula saat Semua Bodyguard yang menjaganya dibunuh dengan kejam. Grey ada di situ, dan dia bersama dengan orang- orang yang Blues tidak kenali.

Adakah Grey sudah lama merancang semua ni?

Hmmm. Grey?!

Sampai hati kau. Saya percaya dan melayan kau dengan baik. Kasih sayang saya sebagai seorang adik sudah saya buktikan tapi apa balasan yang kau buat? Benar kata Ibu. Kau memang lahir dengan kejahatan. Tiada nilai kemaafan dan belas kasihan dalam hidup kau. Blues akhirnya sedari semua itu.

But why Grey? Air matanya tidak berhenti mengalir di pipi.

TAKIYA POV

DAMN.

Kenapa Blues nampak sangat menyedihkan. Mana senyuman kau Blues? Siapa yang buat kau jadi sedih macam ni? Blues? Kalau saja saya mampu tanggalkan topeng ni dan peluk kau... saya akan akhiri semua permainan bodoh ni. Tapi nyawa kau dalam bahaya Blues. Kita kena ikut cakap mereka semua tu. Mereka tu gangster berhati hitam yang mengamalkan perniagaan kapitalis secara maksimum. Kita berdua hanya muncul sebagai sember pendapatan mereka.

Blues? Calm down. Jangan nangis. Bukankah kau hebat bermain judi? Kau boleh lakukan semua ni. Lihat di meja judi ni? Ini semua benda yang kau suka sejak saya kenali kau? Daun terup? Dadu dan chips berharga.

Blues, Look at me. It's Takiya.

Pelik.

Blues seperti tidak mengendahkan apa yang saya cuba sampaikan kepada dia. Selama ini dia boleh saja membaca apa yang ada di dalam hati saya. Blues boleh membaca bahasa badan saya. Tapi saat ini, kenapa Blues nampak lemah. Dia berada dalam ketakutan yang teramat. Dia seperti phobia melihat daun terup. Dia seperti bingung dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

THE GAMESTER'S BLUESWhere stories live. Discover now