SARA
Bip...bip...bip (bunyi alarm)
"Uwaaahhh cepatnya dah siang" kataku sambil melihat jam.
"HAH! dah pukul 9.00?!...ALAMAK!! dah lambat tinggal 30 minit je lagi class nak start.."
Aku lari ke tandas dan cepat bersiap.
"Kenapalah papa tak nak kejutkan" rungutku dalam hati.
Sebaik sahaja aku keluar bilik setelah selesai bersiap...papa menegurku.
"Hmm...awal bangun, kenapa tak bangun tengah hari je tak yah masuk class" perli papaku.
"Ish papa ni tak baik tau, dah lah malas nak layan... orang dah lambat ni" balasku malas.
"Hati-hati" nasihat ayahku pendek.
Aku ada dua orang adik beradik, bawah aku adik lelaki masih sekolah menengah dan aku budak universiti. Mama aku sudah pergi buat selamanya setelah berperang mati-matian dengan kansernya. Jadi aku tinggal dengan papa sahaja. Walaupun hanya kami berdua, aku tak pernah rasa bosan sebab papa jenis suka bergurau jadi rumah tidak sunyi sangat.
"Huh...nasib baik lecturer masuk lambat, kalau tidak habis aku dimalukannya" kataku seorang diri.
"Woi Sara, jom lunch sama-sama..aku ada dengar budak junior cakap pasal kafe baru and diorang kata makanan kat situ sedap" tegur best friend aku di universiti.
"Boleh boss, I am hungry right now" balasku.
Nama kawan aku Dian. Dia ni nampak je lembut kat luar tapi perangai dia..tak boleh bawa bincang. Sepanjang aku kat sini, dia lah yang paling banyak tolong aku. Sebab tu lah sampai jadi best friend.
Di kafe baru...
"Hmm..nak makan ape eh..kau ade idea tak?" tanyaku kepada Dian.
"Apa kata kita suruh dia suggest kan yang mana paling sedap" balasnya.
"Okay..okay" kataku tanda bersetuju.
Sementara tunggu makanan sampai...
"Hari ni kau mimpi apa...sama ke atau lain?" soal Dian.
"Hari ni aku dapat clue lain pula..aku nampak tattoo dia kat dada, kalau dulu tattoo tu tak jelas tapi sekarang aku dah tau bentuk dia" balasku.
Sejak kebelakangan ni, aku selalu mimpi benda yang sama tapi ada berubah sikit sahaja setiap hari. Kadang-kadang aku rasa macam mimpi tu ada something message yang dia nak sampaikan. So, setiap kali aku bangun je aku akan tulis kat buku apa yang aku nampak. Tapi yang seramnya mimpi tu, aku rasa macam benda tu akan kena kat aku. Huuu~ so scary.. Pasal mimpi aku ni Dian dengan family aku je yang tau, but papa macam tak percaya sangat. Dia kata ni mainan tidur je.
"Alaa kau ni cerita la dari awal...aku nak tahu juga" kata Dian.
"Entah la, aku pun tak faham sangat dengan mimpi aku ni...mula-mula ok je. Tapi lepastu aku terus kena bawa lari dengan siapa entah aku pun tak kenal. Lelaki itu macam tengah cuba nak rogol aku tapi aku pertahankan diri aku and terkoyakkan baju dia, so nampak la tattoo dia kat dada bahagian kanan" terangku panjang lebar kepada Dian.
Dian mendengar ceritaku dengan begitu khusyuk sekali.
"Dah la..cepat habiskan makanan kau, nanti lambat pula masuk kelas" arahku sambil menghabiskan air latte caramel ais.
YOU ARE READING
Puzzles in the Investigation
Mystery / ThrillerSeorang detektif yang berniat untuk berhenti mendapat message rahsia yang membuatkan dia harus bertugas semula. Sepanjang penyiasatan mempunyai teka-teki yang harus diselesaikan untuk menemui jawapan.