Part 22

2.4K 79 0
                                    

Part ni entah pape😪😪😪. Maaf ye. Part Seterusnya kita tunangkan diorang then kahwinkan terus😂

Irasya
bila tarikh tunang?

Darrish
Entah

Irasya
Betul betul la!

Darrish
Entah

Irasya
Orang tanya betul betul ni dia main main pulak! Awak bertunang la sorang sorang😤

Mesej antara dia dan Irasya beberapa jam yang lepas dibaca sekali lagi.Bibir mengulum senyum lucu.Gadis itu mesti tengah bengang dengan dia sekarang ni.

Haris Irsyad sudah menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku di rumah sana beberapa hari lepas. Tak tahu nak gelak ke nak kesian pada Irasya.

Telefon diletakkan di atas kaunter dapur. Kaki menapak ke satu arah. Mug yang berada di atas rak diambil. Tangan turut mencapai satu paket nescafe 3 in 1.Beberapa saat kemudian bau wangi kopi mula memenuhi ruangan dapur tersebut.

"Hmmm...Wanginya bau kopi. Aikk, Arrish tak tidur lagi? igatkan Along tadi"

Arrish. Itu nama panggilan manja dia. Hanya Ayah dan Ibunya sahaja yang mengelar dia begitu. Anak manja la katakan. Nama saja anak kedua tapi manjanya mengalahkan Darlina si bongsu.

"Ayah... Belum. Ada kerja sikit nak kena settle. itu yang buat kopi ni. Ayah pun kenapa tak tidur lagi ni?" Tuan Rashidi melabuhkan duduk  dikerusi. Satu keluhan dilepaskan.

"Tadi dah tidur. Tapi tersedar, baru teringat ada kerja yang belum siap. Ingat nak terus masuk bilik bacaan ternampak pulak kamu dekat sini. Itu yang Ayah tukar laluan kesini"

"Owhh. Ayah tu jangan tidur lewat sangat.Nanti tak pasal pasal kena darah tinggi."

"Alah tak payah nak mengata Ayah. Kamu tu pun sama. Kamu patut risaukan diri sendiri.Malam malam jadi burung hantu. Karang eyebag berkilo bawah mata, dah hodoh lari pulak bakal tunang kamu tu. Tak kahwin la kamu nanti"

Darrish senyum saja. Rasa macam sudah lama tidak berbual mesra begini. Yelah dua dua busy, Kadang kadang dalam rumah pun langsung tak bertembung. Nak makan semeja jauh sekali.

Handsome handsome pun bakal menantu Ayah tu tak nak pun dekat Arrish ni. Hmmm... sedih pulak rasa.  kata kata itu hanya terluah dalam hati saja.

"Ayah nak kopi? Arrish boleh buatkan"

"Tak nak. Karang susah pulak Ayah nak tidur"

Darrish melabukkan duduk berhadapan dengan Tuan Rashidi. Mug disua kebibir kopi yang berasap tipis itu di hirup perlahan.

Terasa seperti diperhati wajah diangkat. Matanya bertembung sepasang mata tua milik Tuan Rashidi bibir lelaki berusia pertegahan 50-an itu turut di hiasi senyuman manis.

"Kenapa Ayah pandang Arrish macam tu?"

Kepala digeleng perlahan. Senyuman masih tidak lekang dari bibir. Darrish pulak yang rasa seram. Macam pelik aje senyum tu. Waktu sekarang sudah hampir pukul satu pagi. Betul ke itu Ayahnya?

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now