PART 2 : OLE-OLE PAK ANDAK

18.2K 47 0
                                    


recap : "Bahau jom..." kata Razak bila dah cukup hampir dgn Amran.
"gilo.. jauh tu. buleh tercabut lutut kut berjalan poi Bahau. tak koso den doh.." jawab Amran dgn ikhlas.

"bukan poi jalan kaki.. dan bukan haghi ni doh.." balas Razak sambil bibirnya masih meriah menguntum senyum penuh misteri.
Amran berhenti menoreh untuk menumpukan sepenuh perhatiannya pada apa yang hendak disampaikan oleh sahabat sekerjaya sepenuh masanya itu. dia menggaru dagunya yang digigit nyamuk dengan menggunakan belakang pisau torehnya. walaupun beliau belajar tak berapa pandai, namun beliau tak la ******* sangat untuk menggaru dagu dengan mata pisau.

"Pak Andak den datang ghumah malam tadi. hihihi..." bicara Razak tersekat di situ. dia tak dapat berbicara dengan lancar kerana sibuk nak kontrol sengihnya yang dia ingat manis sangat.
"dio ado bawak bondo ni. hihihiii..." sambungnya, sekadar beberapa patah sambil tangannya menyeluk poket.

"apo bondo eh kau ni? kut payah bona nak cakap, tulih sughat. lopeh motong kang den baco..! tapi bahagian yg hihihi tu kau jgn tulih lak. meluat den!" Amran mula panas hati dengan perilaku Razak.

"nia ha.. den simpan untuk kau sikit" kata Razak sambil menghulurkan tiga batang objek yang amat asing bagi Amran. Amran menyambutnya dengan penuh hairan.

"apo natang eh ni?" dipicitnya objek itu. lembut, lembik, langsung patah dan hampir terlepas dari pegangannya.

"cubo kau makan" kata Razak tanpa menjawab pertanyaan Amran. bibirnya masih menguntum senyum dengan penuh yakin bahawa sahabat karibnya itu akan suka ole2 yang dibawa oleh Pak Andaknya itu.

walaupun masih dalam kecurigaan, namun Amran suapkan juga objek pelik itu ke mulutnya. digigitnya sedikit dan dikunyahnya perlahan2 dengan gigi kacipnya. tak dapat Amran perihalkan rasa yg dideriainya. cuma rasa masin yang dapat lidahnya tafsirkan. cukup membuatnya tak sanggup untuk meneruskan kunyahan seterusnya.

"apo bondo eh ni?!" sikit pun deria rasanya tak tertarik dengan makanan apa entah itu. melihatkan reaksi Amran, Razak turut rasa tak senang hati.

"Pak Andak den kato ubi kontang. camano ontah org putih tu buek buleh jadi camni lak. sodap tu.." balas Razak. sedang dia sendiri dah jadi tak yakin bila melihatkan reaksi Amran dan fizikal ubi kentang lembik yang diberinya pada Amran tadi. sengihnya juga semakin tawar.

"sodap kepalo otak kau. kau ingat den ******* bona ko?" Amran mula bengang sebab rasa dipermainkan.

"camni.. den nak koba kek kau, kek Bahau dah ado kodai Kentaki... tu ubi kontang Kentaki la tu.." segera Razak berterus terang memandangkan niatnya nak memeranjatkan Amran dengan makanan barat yang dia sangat pasti tidak pernah dijamah Amran itu menemui kegagalan dan mengundang kemarahan sahabatnya itu.

"ekau jangan nak mongak la. kodai Kentaki tu jual ayam. ni bukan ayam ni doh" lalu dihulurnya semula kentang goreng dalam pegangannya kepada Razak. Razak menyambutnya. dia sendiri pelik melihat kentang goreng tersebut. malam tadi semasa dia meletak tiga batang kentang goreng tersebut di dalam poket seluarnya, keadaan kentang itu masih keras. susah payah dia menahan nafsu untuk tidak menjamah tiga batang kentang goreng tersebut demi untuk memberikannya kepada sahabat seperayauannya.

dan kini, apa yang dirancangnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. namun, dia perlu terus cuba ajak Amran untuk pergi ke Bahau suatu hari nanti. sebab di Bahau ada restoran Kentucky Fried Chicken yang baru dibuka.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now