selepas makan sambil dihiburkan dengan bebelan Makcik Kiah, Amran terus keluar semula. dia perlu menenangkan hati. tempat paling sajak tentulah ke surau. bukan niat nak iktikaf. saja baring2.
dengan berbantalkan beberapa helai sejadah yg dilipat tebal2, lengan kanannya melekap di dahi manakala tapak tangan kirinya di perut.
satu hal sahaja dirisaukannya. takut perhatian Fariha lebih terarah kepada Razak. sedang dia sudah mula menyimpan hati pada gadis itu sejak tingkatan 4 lagi.
"kono cakap kek Leman. takleh jadi ni.." akhirnya Amran buat keputusan. hanya Leman yg rapat dgn Fariha. nak tak nak dia terpaksa percayakan Leman.
Leman hampir nak ketawa besar bila Amran tiba2 datang ke rumah dan ajak dia berbual di belakang reban ayam lalu meluahkan kebimbangannya yg entah di mana asasnya. lucu sangat baginya melihatkan rakannya yg kental itu tiba2 jadi sentimental. namun ditahannya ketawa itu kerana dia nampak satu peluang yg terhidang.
selama ini, Amranlah yg paling berpengaruh dalam kumpulan mereka. manakala Leman sering menjadi mangsa sendaan rakan2nya. dengan pengaruh Fariha, dia harap dapat menguasai Amran selepas ini. tambahan pula, dia sendiri sudah lama memerhatikan Nora yg kini sedang belajar dalam tingkatan 5.
"ok la.. kirim salam kek Iha yo" kata Amran sebagai amanat terakhir perbualan ringkas itu.
"iyo la.." jawab Leman ringkas.
"selamo ni den kirim salam kek Iha, ekau sampaikan tak? takdo lak dio kirim salam balik kek den.."
"iyo la.. nanti den suruh la dio kirim salam balik kek kau.."
"kirim salam nak kono suruh.. keh3.." Leman sekadar ketawa dalam hati.