lepas makan tengah hari Amran baring2 di beranda rumahnya menikmati angin petang yang membawa bahang. masih dengan pakaian seragam menorehnya. Makcik Kiah malas nak menegur. Amran tidak keluar merayau macam biasa pun dah cukup baik baginya. bukan apa, dia risau kalau anak bujangnya itu buat kerja tak tentu hala dan menyusahkannya. namun, selama ini dia tak pernah lagi dengar perkara buruk dilakukan oleh Amran dan rakan-rakannya semasa mereka merayau.
posisi standard Amran semasa berbaring, lengan kanan atas dahi dan tapak tangan kiri di atas perut. jari2 tangan kirinya bergerak2 menepuk perutnya yg kurus kering itu. posisi yang menunjukkan bahawa fikirannya sedang serius memikirkan sesuatu.
basikal.. fikirannya tak lari dari subjek itu. basikal yang menjadi sasarannya sudah tentulah basikal Fariha. bayangan Fariha yang menunggang basikal beriringan dgb Azi dan Ina tadi terus terusan berlegar dalam kotak fikirannya.
dia tahu basikal itu bukan milik Fariha sebaliknya milik ketua kampung iaitu ayah Fariha. namun, basikal itu adalah satu2nya yg dia harapkan untuk membawanya ke Bahau. dia taknak yg lain. tapi persoalannya.. macam mana nak mintak pinjam? sudikah Tuk Said, ketua kampung yg merupakan ayah kepada gadis pujaannya itu meminjamkan basikal itu kepadanya?
hendak saja dia pergi ke rumah Leman untuk membincangkan hal basikal Fariha itu. tapi hatinya segera menolak. dia masih malu dengan sikap sentimental tak bertempatnya semalam mengenangkan hal itu, dia tersengih sendirian.
"apo Ombung ni.. songeh sensorang.." tiba2 dia dikejutkan dgn suara adiknya, Nora yg baru pulang dari sekolah. tersentak dgn teguran yg tiba2 itu, otak Amran segera mencari idea untuk mereka alasan. namun dia tak perlu mereka apa2 alasan kerana selepas menegur perilaku pelik abangnya itu, Nora terus saja masuk ke rumah.
Amran meneruskan kembali khayalannya. walaupun di awal pertemuan di kebun getah tadi Razak dan Salim sangat meriah mempersendakannya, namun mereka menyatakan sokongan tak berbelah bagi pada Amran untuk menawan hati Fariha. tapi masih lagi hal Fariha itu tak boleh dilayan sangat hingga mengganggu rancangan mereka untuk ke Bahau. sebab itu Amran rasa nak gelakkan diri sendiri atas rasa cemburunya yg membuta tuli. kalaupun dia perlu cemburukan Razak, satu2nya alasan adalah kerana Razak pernah makan ayam goreng Kentucky. itu sahaja dan keazamannya makin kuat untuk merealisasikan hasratnya dan semua rakannya untuk mengunjungi restoran makanan segera tersebut.
dalam pada berkhayal itu, Amran hanyut dan terus terlena. siap mimpi pulak gadis2 dgn kostum berbulu2 membawa dulang berisi penuh dengan ayam goreng. salah seorang dari gadis itu menoleh ke arah Amran. serta merta hati Amran berbisik, "Iha...?"
serentak itu juga dia terus terjaga. "aduiyai... kalau mimpi panjang sikit kan best.." katanya dalam hati. dia tersengih lagi mengenangkan mimpi itu.
"apo Ombung ni.. dari tadi songeh yo manjang" tak semena2, Nora muncul lagi.