PART 20 : KIRIM SALAM

439 3 0
                                    

Amran tidak terus ke rumah Fariha untuk memulangkan basikal sebaliknya mengayuh pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Dalam perjalanan, dia berselisih pula dengan Leman. Leman menahannya.

"Wuih.. ni biska Iha ni kan?" perkataan pertama yg terpacul dari mulut Leman menceritakan kekagumannya.

"Dah nak poi Bahau dah ko?" tanya Leman lagi tanpa menunggu jawapan Amran untuk soalan awalnya.

"Den pinjam bawak poi sekolah adik den tadi. Nanti2 la den cerito, Man. Den balik dulu yo. Sakit poghut ha.." kata Amran. Dia perlu mengarang alasan supaya Leman tidak terus bertanya macam2.

"Yo lah.. Polik Iha ni. Nak lak deh boghi pinjam biska. Suruh kirim salam kek kau, taknak lak deh" kata Leman. Amran yg baru hendak mula mengayuh membatalkan niatnya. Kata2 Leman sedikit menarik perhatiannya.

"Kirim salam apo?" tanya Amran.

"Kan kau selalu kirim salam kek dio. Lopeh tu suruh dio kirim salam balik kek kau. Dio asik cakap ekau ontah apo2 yo. Sampai den lak jadi sogan nak sampai an salam kau. Den ingat dio menyampah kek kau. Ni nak lak deh bagi pinjam biska. Dah ok la agak eh tu. Nanti den suruh dio kirim salam kek kau yo.." jelas Leman.

"Eh.. takyah la suruh dio kirim salam doh. Hee.. den balik dulu la yo.." balas Amran lalu terus mengayuh pergi dengan sengihan yang panjang. Dalam hatinya, dia menjerit2kan nama Fariha berkali2.

"Ekau ke mano, Bong? Tak datang kobun langsung lak? Tolong la cari duit sikit. Ni asik nak mengabih an bogheh yo tau eh. Pemaleh kan main. Dah bosa, dah buleh menikah lak dah. Camni yo laie perangai kau?!" Sebaik melangkah masuk, terus telinga Amran disajikan dengan ceramah ringkas Makcik Kiah.

"Poi sekolah Udo tadi. Borang biasiswa eh tertinggal. Lupo lak nak koba kek omak. Jgn la maghah. Takdo Ombung merayau doh.." jawab Amran.

"Kalau tak cayo, Udo balik kang co tanyo dio.." sambung Amran.

"Macam2 la alasan kau.." kata Makcik Kiah dari dapur. Walaupun hatinya masih marah dengan Amran, namun dia percaya anaknya itu tidak pernah menipunya. Oleh itu, kes itu tidak dipanjangkannya.

Amran mandi dan mengenakan pakaian bersih. Dia tak mahu pergi memulangkan basikal Fariha dalam keadaan masih berpakaian uniform menorehnya. Bila mengenangkan insiden yg berlaku pagi tadi, Amran tersengih sendirian. Segalanya sangat manis terutamanya apabila Fariha tiba2 memberi salam.

Dengan berkemeja-t kosong berwarna merah dan berseluar sekolah warna hijau, Amran mengayuh penuh yakin ke rumah Tuk Said. Dalam hati, dia berharap dapat peluang lagi sekali untuk beramah mesra dengan Fariha.

Fariha bersama Makcik Fasha dan dua orang wanita yg sebaya Makcik Fasha duduk di pangkin sambil mengupas bawang dan berbual2. Amran berhenti mengayuh lalu turun dari basikal. Dia tahu, dia takkan berpeluang untuk berbual2 dengan Fariha kerana adanya Makcik Fasha dan dua orang makcik itu. Cukuplah baginya jika dia dapat sekadar menyerahkan basikal itu terus ke tangan Fariha. Namun, tak sempat berkata apa2, Tuk Said yg sedang berbual dengan Haji Murad memanggilnya dari tangga rumah.

"Amran! Bawak biska tu senia!" kata Tuk Said sedikit menjerit. Amran akur. Dia cuma sempat menjeling Fariha. Fariha juga begitu. Mereka cuma sempat berbalas jelingan dan senyuman tanpa mempedulikan Makcik Fasha yg sedang rancak berbual sambil mengupas bawang.

"Timo kasih yo tuk. Kut takdo biska ni tadi, paghah ese nak berjalan poi sekolah tu.." kata Amran lalu menghulurkan basikal ke arah Tuk Said.

"Samo2.." jawab Tuk Said. Tetapi dia tidak menyambut basikal itu dari tangan Amran sebaliknya Haji Murad yg menyambutnya.

"Lawa biska ni.." kata Haji Murad sambil membelek2 basikal tersebut.

"Ese mintak diri dulu yo. Assalamualaikum.." kata Amran sambil menghulurkan salam kepada kedua2 orang tua itu. Amran terus meninggalkan mereka berdua setelah salamnya disambut.

Semasa lalu di hadapan kumpulan Fariha dan makcik2 yg mengupas bawang itu, Amran berhenti sebentar.

"Apo cerito eh Haji Murad tu, cik?" tanya Amran. Soalannya itu ditujukan kepada Makcik Fasha kerana agak kurang manis jika dia bertanya pada Fariha di hadapan orang2 tua itu.

"Dio nak boli biska tu keteh.." jawab Makcik Fasha. Serta merta Amran rasa darah dari seluruh kapilarinya menyerbu ke muka. Lidahnya langsung menjadi kelu.

"Omak sihat tak, Am?" tanya Makcik Fasha.

"Sihat.." dengan susah payah Amran dapat juga bersuara.

"Kirim salam kek omak yo.." kata Makcik Fasha lagi.

"Aaa.." jawab Amran masih dengan berat.

Dengan berat juga, Amran mengheret kakinya untuk melangkah pulang.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now